2 Minggu
Thursday, September 24, 2009 Posted by FarhanMurtza at Thursday, September 24, 2009 0 commentsBukan sengaja,
2 minggu nampaknya aku tak update blog ni. Mungkin kesibukan dan kepenatan baru saja tiba di kajang. Oh ya, mungkin ada yang telepas,tepat jam 9.25 pagi 18 september Farhan selamat mendarat di KLIA buat kali pertamanya :) Alhamdulillah, semuanya selamat..
Sahabat-sahabat yang lain pun begitu juga. Kami semua kepenatan sejurus selesai urusan 'exam' dan tiket balik kampung. Syukur nasib baik kajang ni dekat saja dengan KLIA. kalau tidak kena naik 'flight' atau bas pula untuk ke utara, pantai timur atau selatan seperti kawan-kawan yang lain.Penat..
Kini, di Kajang. Kesempatan masa bersama keluarga disini begitu panjang dan pastinya membawa seribu makna. Maka, secara 'rasmi'nya jadual 'cerita pendek' untuk tahun 2009 ini akan berkuat kuasa selepas selesai musim raya ni :)
Jaga-jaga la semua..!
-Supaya blog ni akan terus bangkit selepas sekian lama tidur (xdela lama sangat pun) :D
-'Budak' tu teruja betol 'first time' sampai KL dari Cairo & Manama.
Buzz Ramadhan @ MT
Tuesday, September 08, 2009 Posted by FarhanMurtza at Tuesday, September 08, 2009 0 commentsSalam w.b.t
BismillahirRahmanirRahim..
Salam Ramadhan Mubarak..
Apa khabar semua tetamu Ramadhan yg dimuliakan? Sihat bersama nur Ramadhan? Masih bersemangat atau semakin bersemangat mengutip barakah Ramadhan dan malam2nya yg Indah? Jika “Ya” jawapannya, MasyaAllah, Alhamdulillah..
Saya setiap kali melangkah nak ke masjid buat solat terawih, mesti kena ingatkan diri tujuan sebenar setiap kudrat yg dileburkan dalam setiap langkah ke sana. Sentiasa kena refresh niat! Bukan tu je, melangkah je keluar dr pagar rumah dalam hati kalut berdoa supaya Allah hidup dan nyalakan semangat mengimarahkan malam yg mulia ni seperti mana terangnya cahaya bulan yg menghantar langkah kami ke masjid setiap malam, Subhanallah.. Saya mintak Allah bagi saya ketahanan mental dan fizikal pada tiap2 malam. Tu dia, macam tu sekali. Tu lah dia kelemahan namanya. Kadang2 di celah2 hati terselit rasa, “Ya Allah, mengantuk la pulak..”, “Ya Allah, malasnya nak buat sampai 20 rakaat..”, “Ya Allah tu, Ya Allah ni…” MasyaAllah, macam2 dugaan betul. Nak kata ada syaitan yg mengganggu, bukan semua habis kena kurung ke?Hurm.. maknanya ada yg tak kena dgn hati la tu.. nak kena check selalu ni.. Macam mana nak check hati?Jom pi belek yg namanya Muwasofat Tarbiyyah (MT)..Tafaddal!
Sebelum tu, credits untuk abang Bai yang forward mesej ni pada saya. Alhamdulillah, bagus sungguh abang senior sekolah ni. Kalau tak, saya pun tak terfikir nak semak MT ni untuk perbaiki diri sepanjang Ramadhan ni. Dok terperap jela dlm “atas riba” ni..Jazakillah ya ukhti..Jazakillahu khaira! (Jazaki, jazaki.. jazakillahu khaira.Walaki, walana.. InsyaAllahu Jannah!
Ada 10 perkara dalam MT;
1) Aqidah sejahtera
2) Ibadah yang sahih
3) Akhlak yg mantap
4) Mampu bekerja
5) Berpengetahuan
6) Tubuh yg cergas
7) Mujahadah
8) Teratur urusannya
9) Sangat menghargai masa
10) Bermanfaat kpd orang lain
Bagaimana caranya?
Saya bagi contoh2nya ye..
Aqidah sejahtera
Mengimani rukun2 iman
Mengikhlaskan amal kerana Allah semata
Tidak mensyirikkan Allah
Mensyukuri Allah SWT ketika menerima nikmatNya (Ingat Allah selalu)
Ibadah yg sahih
Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Berjemaah di masjid (solat terawih)
Perbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali ( 4x je dlm Ramadhan? Mana cukup! Hari2 la,cuba, InsyaAllah)
Bayar zakat
Berpuasa wajib
Berniat menunaikan haji
Beriltizam dgn adab2 tilawah (tadarus AlQuran)
Khusyu’ ketika membaca AlQuran
Hafaz satu juzu’ dr AlQuran
Berdoa pada waktu2 yg diutamakan ( berbuka dan bersahur)
Mengakhiri hari dgn taubat dan istighfar
Mulakan setiap amalan dgn niat
Menjauhi dosa2 besar
Sentiasa zikir pagi dan petang (Mathurat)
Ingat Allah setiap masa
Menyebarkan salam
Menahan anggota dr perkara haram
Beriktikaf di bulan Ramadhan ( Buzzz!! Now is Ramadhan, be alert!)
Bersugi
Sentiasa dlm keadaan berwudhu’
Akhlak yg mantap
Tidak takabbur, menipu, mencaci, mengadu domba, mengumpat, berdusta, mengejek, berkelakuan buruk. (Buzz!! Buzz!! Jaga mulut, puasa semua pancaindera)
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Mampu bekerja
Jauhi pekerjaan haram
Jauhi riba
Jauhi judi
Jauhi penipuan
Tunai zakat
Buat simpanan wlpun sikit
Tidak menangguh tugasan
Pelihara harta awam dan peribadi
Berpengetahuan
Baca tafsir satu juzuk dr ALQuran
Hafaz setengah dr Hadith 40
Hafaz 20 hadith Riadhussalihin
Mengenali 10 orang yg dijanjikan syurga
Kenali hukum2 bersuci, solat, puasa
Membaca sesuatu yg di luar bidang 4jam seminggu
Mahirkan diri dgn wasilah2 moden
Sentiasa peka akan serangan zionis terhadap Islam (Buzzz! Ni kesedaran diri ana sendiri)
Semak pertubuhan2 yg menyeleweng
Mendengar dgn baik dan mampu beri pandangan
Sedia terima tugas2 kolektif (tolong keluarga & sahabat2)
Tubuh yg cergas
Bersih tubuh badan, pakaian, tempat tinggal
Beriltizam dgn adab makan n minum
Tidak berjaga malam berlebihan (untuk kerja yg tidak berfaedah)
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sblm subuh ( jgn tidur slps bersahur!!)
Tinggalkan tabiat merokok (Buzz!Now is Ramadhan!!)
Jauhi tempat2 kotor (denggi)
Jauhi tempat2 berpenyakit ( H5N1)
Bermujahadah
Jauhi perkara2 haram
Jauhi tempat2 lalai yg diharamkan
Tinggalkan tempat2 maksiat
Teratur urusannya
Penampilan yg elok
Tidak berhubungan dgn musuh Islam (Buzz!! Boikot Israel n yahudi laknatullah)
Sangat hargai masa
Bangun awal
Gunakan masa tertentu utk belajar ( Buzz!!ingat tu semua budak2 medic!=D
Bermanfaat kepada orang lain
Tunaikan hak ibu bapa ( Balik berpuasa keluarga, solat terawih sama2)
Sertai majlis2 kegembiraan
Bantu org2 yg memerlukan
Bimbing orang yg sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai =)
Subhanallah, Allahuakbar! Islam itu syumul tiada bandingan.. Islam itu indah jika segalanya kerana Allah..
p/s :Jom, kita ramai2 cuba praktikkan.. Buzz untuk diri yang menyampaikan ini! Buzz! Buzz!
p/s lagi :Ingat surah AsSaff ayat 2-3..
Wallahualam
Putera IV (Trial)
Sunday, September 06, 2009 Posted by FarhanMurtza at Sunday, September 06, 2009 0 commentsKepada adiku...
Selamat menjawab peperiksaan percubaan SPM 2009
Hari yang telah berlalu, kini dan selamanya,
Abang sentiasa mendoakan kejayaan adik
Cuma,ingatlah dalam setiap perkara,
Ingatlah, wahai adikku,kejayaan seorang manusia,
Bukan terletak hanya diatas kertas dan pena sahaja.
Selagi mana kamu berusaha mencapai cita-citamu itu,
Untuk mencapai sesuatu kejayaan,
Dengan bergantung harap padaNya,
InsyaAllah,
Adik adalah seorang pejuang yang setia.
Ingat, jauh dimata abang,
Abang sentiasa disini,
Memberi sokongan dan semangat.
Gunakan kesempatan bulan Ramadhan ini sebaiknya,
Pasti ada hikmah dan mutiara sinar adik dihadapan sana
Semoga kamu dirahmati Allah selalu.
==============================
ALL THE BEST!!!
Usaha-Istiqamah-Tawakal (ingat :)
p/s: Syafiq akan menduduki Trial SPM tahun ni, adik abang alan kena kuat !:D
p/s lagi: kepada adik2 di tanah air yang menduduki Trial SPM09, moga najah insyaAllah. Farhan tahu kalian boleh!, jangan takut dan gentar. Hadapi dengan tenang dan perbanyakkan doa..
lagi2 : ayat diatas terlalu berlembut (untuk nasihat)
Salam abang dari sini .
Hijab dan El sayf
Posted by FarhanMurtza at Sunday, September 06, 2009 0 commentsAllahu sallimak :D,
Harini aku bawakkan cerita pendek dimana cerita ni berlaku disekitar perjalanan Farhan dan sahabat ke Hussien, Kaherah.
Bagi seorang muslimah, berjalan di tengah kota Cairo di kala panas terik memang berjaya menarik perhatian ramai orang melayu..
Tatkala kami berusaha untuk mengurangkan kepanasan, dengan pelbagai cara dan macam-macam jenis pakaian, melintas pula di depan mereka seorang gadis yang menutup seluruh tubuh badan..yang hanya tinggal, muka dan dua tapak tangan..
Tidakkah ini suatu kepelikkan bagi mereka..? Kepelikkan inilah sepatutnya menjadi kebanggaan (izzah) sebagai seorang MUSLIMAH…bukan sahaja di bumi Cairo ini, malah di mana sahaja kita berada pada bila-bila masa.
They say, “Oh, poor girl, you’re so beautiful you know
It’s a shame that you cover up your beauty so.”
She just smiles and graciously responds reassuringly,
“This beauty that I have is just one simple part of me.
This body that I have, no stranger has the right to see.
These long clothes, this shawl I wear, ensure my modesty.
Faith is more essential than fashion, wouldn’t you agree? This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
They tell her, “Girl, don’t you know this is the West and you are free?
You don’t need to be opressed, ashamed of your femininity.”
She just shakes her head and she speaks so assuredly, “See the bill-boards and the magazines that line the check-out isles, with their phony painted faces and their air-brushed smiles?
Well their sheer clothes and low cut gowns are really not for me.
You call it freedom, I call it anarchy.”
This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
Lift the veil from your heart and seek the heart of purity.
Madrasah sanawi
Saturday, September 05, 2009 Posted by FarhanMurtza at Saturday, September 05, 2009 0 commentsSalam 15 Ramadhan 1430H..
[Muhasabah Ramadhan bersama ana dan sahabat-sahabat]

Malam yang pekat,
Jalan basah lumpur melekat,
Menapak perlahan melangkah lambat,
Ke rumah suci kuning langsat,
Bersama barisan saf yang rapat,
Mula takbir sebelumnya niat,
Alunan kalam tiada cepat,
Dalam jemaah nada sepakat,
Mengharap malam terisi berkat..
Malam yang kelam,
Cahaya sikit kadang berbalam,
Menanti bulan memadam suram,
Hati kalut jadi tenteram,
Hilang kusut dan remuk redam,
Surut cinta rindu terpadam,
Pada dunia noda semalam..
Malam yang sunyi,
Dalam langkah berteman sepi,
Bunyi unggas silih berganti,
Riuh bingit bertasbih memuji,
Tinggal insan kalut sendiri,
Pada dunia yang lekat di hati,
Menempek hitam kotor berdaki..
Malam yang dingin,
Hujan henti hilang angin,
Tanah basah langkah licin,
Kaki merentas pohon beringin,
Panas sejuk hati teringin…
Malam itu,
Pekat dan kelam tidak menyatu,
Sunyi dan sepi berganti lagu,
Dingin pergi melintas lalu..
Malam itu,
Lumpur melekat jadi sepatu,
Cahaya sikit berpusu-pusu,
Riuh bingit terdengar syahdu,
Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita..
Apa yang kita peroleh selama 15 hari ni?
fikirkan..
==============================
p/s : Hari nak balik semakin hampir.tak tipu :p
p/s : Sajak pertama bulan Ramadhan nukilan penulis :D
Tunggu..
Wallahualam,
3 sudut
Posted by FarhanMurtza at Saturday, September 05, 2009 0 commentsPada 3 sudut yang berbeza,
Berlainan cerita,
Berbeza dunia..
Di satu penjuru sebelah kanan,
Kedengaran sayup, suara rakan,
Keluar segar dari dewan,
Sibuk berbincang tentang peperiksaan,
Itu salah, ini bukan,
Pelbagai bahan menjadi alasan.
Terdengar juga perkataan-perkataan,
Yang tidak patut menjadi perbualan,
Kata-kata kesat memenuhi ruangan,
Jelak mata memandang, rosak pendengaran.
Mengapa harus diperkata sedemikian?
Tidak syukurkah wahai insan?
Adakah dia kurang kefahaman?
Ataupun tidak pernah dia praktikkan?
Percayalah bahawa terdapat kebaikan,
Dari segala yang sudah ditetapkan.
ii.
Halaman yang penuh dengan pelajar,
Ada membaca, ada berehat sahaja,
Seorang demi seorang, masuk ke dewan,
Seorang demi seorang, keluar dengan keputusan.
Sekumpulan manusia sedang berbincang,
Didatangi taulan, yang melepasi rintangan,
Bolehlah, kata si taulan,
Keputusan elok sekadar memuaskan,
"Adakah benar wahai teman?"
"Ya, benar" jawapan penuh keyakinan.
Sukar untuk kami percaya,
Kerana si taulan, pelajar istimewa,
Segalanya berada, di hujung jarinya,
Memuaskan? Pelik bunyinya.
Tepat sekali jangkaan kami,
Si taulan sebenarnya, mendapat mumtaz,
Mengapa sanggup memalsukannya?
Kerana mahu menangkis riak?
Ya, semua faham. Tetapi caranya, betul atau tidak?
Adakah tiada alternatif yang lain?
Banyak tawakal, mungkin jawabnya,
Tiada riak, tipu pun tidak.
iii.
Suara halus di penghujung sana,
Milik pemuda berbaju terang, berseluar gelap,
Duduk bersila mengenang nasib,
Bermusahabah berfikir kembali,
Salah silap semalam dan hari ini.
Linangan air mengalir di pipi,
Hakikat seorang adam yang tak dizahiri,
Saccus lacrimalis terbuka, tanpa disedari pemiliknya,
Telah cuba dia bertahan, tetapi gagal,
Suasana hening di pagi peperiksaan,
Sesiapapun tak sedar, gerangan sang penangis.
Perlahan-lahan mencapai bagasi,
Apakah isinya memberi ketenangan?
Sejenis naskhah dibawa keluar,
Satu per satu diselak sang pemuda
Ya, benar. Al-Quran dipegangnya,
Menghayati setiap ayat yang tersimpan,
Untuk mendapat ketenangan yang berkekalan.
Pemuda tabah menghadapi dugaan,
Walau apa rintangan di hadapan,
Kitab suci Allah sentiasa menjadi pegangan,
Tatkala senang mahupun kesempitan.

