Sebenarnya

Friday, July 15, 2011 1 comments

Jika benar kamu beriman, adakah aku? -.-


Sebenarnya,
Jika kamu rasa diri kamu patuh, taat kpd Allah ta'ala. 
Tiada perasaan malu untuk berbuat amal, kerana Allah ta'ala
Tiada rasa malas utk belajar, kerana Allah ta'ala
Tidak akan ada rasa iri, nafsi-nafsi, kerana Allah ta'ala

Dan sebenarnya,
Kamu merasakan kehadiran kamu didunia ini sbg hamba Allah ta'ala, 
Hadir pada setiap masa dihatimu Allah ta'ala lah yg Maha tinggi ('Ala), Maha mulia (Akram), Maha pemurah (Ar-Rahman)..dan segala sifat2x selayak baginya,

Sebenarnya,
Tiada amalan syaitan yg kamu kerjakan,
Tiada bangkai nafsu yg kamu kejarkan.
Tiada 'amal kemungkaran' dalam kotak fikiran,

Jika sebenar-benarnya kamu itu hamba Allah ta'ala ('Abdullah)

Aku mahu menulis kembali, mahu hidupkan pentas dakwah ini..
Moga di beri kekuatan dariNya, di beri kesempatan seadanya,
Dipermudahkan segala..

TabarakaAllah..

Apa lagi yang mampu kita lakukan?

Sunday, April 24, 2011 1 comments
Coretan buat penggerak KPP (Kempen Prihatin Palestin) PCZ 2011 dan seluru warga Zagazig yang dikasihi…

Apa yang mampu kita lakukan untuk saudara-saudara kita di palestin sana..??
Kita tidak mampu untuk pergi berperang di sana..
Namun jangan disebabkan ketidakmampuan itu kita langsung tiada ikhtiar lain
untuk membantu saudara kita di sana.

doa yang kita sering panjatkan..
Qunut nazilah yang kita sering ucapkan dengan sepenuh pengharapan..
hingga mengalirkan air mata..
alhamdulillah..

demonstrasi membantah kekejaman Israel LAKNATULLAH..
itu salah satu cara untuk menunjukkan keprihatinan kita..
saya cukup kagum dengan semangat itu..

rakyat malaysia cukup pemurah..
saya akui..
di kuliah, di kelas, kedai mahupun hanya di jalanan,
tabung prihatin palestin lesu berjalan..
megharap keprihatinan kita bukan wang semata-mata..
istighfar..

Itulah antara cara-cara yang dapat kita lakukan..
dan mungkin ada banyak lagi yang kita mampu lakukan..

Tapi saya agak terkilan dengan satu perkara
di mana salah satu cara untuk membantu perjuangan rakyat palestin
ialah dengan MEMBOIKOT barangan Yahudi Israel dan sekutunya..

Tapi apa yang saya lihat masih ramai lagi
yang masih memhulurkan duit kepada pembelian produk mereka..
Telah banyak web,akhbar yang menyatakan setiap sen yang kita hulurkan
digunakan oleh Yahudi untuk membeli peluru dan menggunakannya untuk
membunuh saudara-saudara kita disana..
tidakkah itu cukup untuk menyedarkan kita kepentingan memboikot ini..??

Kita tidak berperang, tidak berlapar perut..
Yang paling nyata..tidak pergi berjuang..
Apa lagi yang mampu kita lakukan?..
Jika sekadar memboikot pun kita tidak mampu melakukannya..

Ayuh sahabat sabahabiah,
Sedar dan terus bertindak

Akhir sekali,
Saya mahu anda merenung sejenak wajah dibawah ini..


Apa agaknya perasaan anak ini, 
kehendak anak ini..

Jika anda tidak berasa apa-apa, 
Periksa iman, periksa taqwa..

Wallahua'lam
dari Zagazig yang masih sejook pada malam hari..

Sensitiviti generasi muda terhadap isu semasa

Monday, January 03, 2011 1 comments
Bismillah wa Alamdulillah..
Sedikit perkongsian bersama sesama kita selaku syabab (pemuda/di) Islam. 


فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم. ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار.

MUQADDIMAH.

Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah.Kekuatan tenagakecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan.

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.

Maksudnya:
Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.

Sabda Rasulullah saw.
إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة.
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )


Generasi Muda sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah. Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta ini adalah jelas kerana: antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)

Generasi Muda tak selayaknya alpa dibuai mimpi dan impian palsu, sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.

Sabda Rasulullah saw.
و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”
Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata:

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرفالجاهلية 




“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”


CABARAN UTAMA YANG PASTI DIHADAPI.
Paling minima, cabaran utama yang akan ditempohi oleh generasi muda dalam membentuk dan membina kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah:
Ø Sukar untuk mencipta Isu
Ø Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul
Ø Isu membalikkan arca negatif ( back fired )
Ø Sifat Isu yang mudah luput
Ø Tidak menafsirkan isu dengan tepat

Lantaran itu, Generasi Muda sewajarnya memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini, suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan Isu yang tajam dan berpengalaman.

Tanpa persiapan sedemikian, Generasi Muda akan terperangkap dalam manipulasi musuh yang amat licik. Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh.

Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu kerana menyedari “jiwa kepemudaan” Generasi Muda mudah dipengaruhi.

(إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ ( رواه الحاكم
Maksudnya:
Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain: Hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu, mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu.
Sabda Rasulullah saw:

لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ: عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه.
Maksudnya:
Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara:Ke manakah dihabiskan umurnya, bagaimana ia manafaatkan usia mudanya, dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya.
( Riwayat At- Tarmizi )

Antara isu yang menguji keperihatinan Generasi Muda hari ini, sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran, keruntuhan moral, dan tentangan pemerintahan sekular.


Perkongsian :Copyright Ust Nasruddin Hassan Tantawi

Bermula dari sini

Friday, December 10, 2010 1 comments


silent mosque by apocalitico@devianart
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam semua,

Setinggi sukur kehadrat illahi, Tuhan pentadbir sekelian alam. Selawat & salam buat junjungan mulia penghulu nabi tercinta Rasulullah S.A.W serta ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabi'in, soleh solehin seterusnya para syuhada yang mulia disisi Allah Ta'ala.

Sudah lama rasanya tidak mengungkap apa-apa coretan disini. terasa senyap dalam berkata-kata. terlalu banyak yang hendak diungkapkan jika dibandingkan masa yang berlalu dengan pantas. Jauh sekali jika hendak dikejar atau dibandingkan dengan laman blog sahabat-sahabat saya diluar sana. Manakan tidak selang dua tiga hari, Kotak inbox saya meloncat-locat memberi khabar bahawa ada post/ artikel yang ditatapkan buat si pembaca.

mungkin tak perlulah saya nyatakan kenapa blog ini sepi sejak 4 bulan yang lalu. cukup sekadar saya katakan alasan  saya terlalu 'malas' ataupun penat untuk mengupdate artikel atas sebab yang saya kira prosedurnya  perlu memerah otak penuh merumitkan dan keringat jari jemari untuk menghasilkan satu karya penulisan yang saya kira satu alasan yang paling tidak munasabah bukan? Tapi itu bukanlah punca utamanya. Ada punca lain yang akan saya beritahu susulan artikel selepas ini. Dengan cara itu, saya kira saya akan terus menulis dan menulis selepas ini sehinggalah apa yang saya mahukan tercapai.

Alahai,sewajibnya saya katakan, blogger seperti saya seharusnya memperbanyakkan lagi timbunan bacaan buku bersifat ilmiah atau apa-apa sumber yang boleh menjadi sumber idea bagi penulisan yang bermanfaat dan berguna pada penulisan akan datang. InsyaAllah..

Hanya itu sahaja..
Sekadar permulaan..

Bermula dari sini..

Hakikat Manis Perjuangan

Wednesday, July 14, 2010 3 comments
Surat titipan untuk kalian
Buatmu sahabat seperjuangan..  

Ingatlah, Penjara, penyiksaan, pengasingan , penindasan malah dibunuh adalah amat sinonim dengan kisah para pejuang dakwah.  

Bermacam-macam dugaan diterima, namun inilah hakikat yang perlu ditelan dalam perjuangan dalam menyebarkan perkara haq. Para pejuang dakwah tidak pernah putus asa, malah ada yang sampai mengatakan;  

“Setiap kali kami dihentak atau dipukul dan mengalir darah di kepala kami, maka disitulah kami rasakan saat kemanisan dakwah.”  

Apakah rahsia besar kejayaan mereka dalam meperteguhkan prinsip memperjuangkan dakwah?

Mereka sama sekali bukan mengimpikan kemenangan, tetapi merasakan diri bertanggungjawab di atas amanah Iman dan Islam. Inilah harga yang mereka bayar, untuk membeli kunci syurga. 

Dunia bukanlah tempat berenak-enakan bagi mereka. Kisah-kisah pejuang agama. Kebanyakan dari mereka ketika hidup, adalah orang buruan, dipenjara, disiksa dan bermacam-macam lagi dugaan malah tohmahan. 

Imam Abu Hanifah mati di dalam penjara. Tetapi selepas kematiannya ilmunya dipakai, malah dikenang hingga sekarang sebagai salah seorang Imam Besar.  

Imam Malik disiksa kerana mempertahankan prinsip fatwanya sewaktu menjadi Mufti Madinah. Pendapatnya berlawanan dengan Gabernor yang memerintah ketika itu. Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling kota Madinah. Ia tidak pernah tidak menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan.  

Imam Al-Laits, seorang alim menjadi Mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata, 
“Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, mejadikan satu tingkat baginya masuk syurga”  

Imam Syafie' difitnah sebagai seorang Syiah, sehingga beliau diikat dan dirantai. Tetapi perjuangannya menyebabkan kemudian dia digelar sebagai ‘Nasirus Sunnah’.  

Perjuangan Imam Ahmad bin Hambal yang dicambuk kerana menetapkan pendirian bahwa Al-Qur’an itu bukan makhluk juga pendirian yang sama dipegang oleh Ulama Ahmad bin Naser Al-Khuza’I yang dipancung dan digantung kepalanya.  

Melihat ujian mereka, amat kerdillah rasanya diri. Tak malu, manakah dikatakan kita pejuang yang mengharapkan syurga tetapi hidup hanya bersenang-senang saja tanpa ujian dan dugaan...


credit to ibnsina

Ikatan Ukhwah

Tuesday, July 06, 2010 1 comments
Salam ukhwah,
Tika sahabat lain sibuk merencanakan kegiatan/aktiviti tersendiri, tidak salah, kita, sebagai seorang muslim intelek, boleh mencuri masa dengan melebarkan sayap ukhwah.
Hubungan sesama manusia tidak wujud dengan sendiri. Perlu ada permulaan dan perlu ada kesinambungan. Berilah salam, mulakan bicara, dan carilah titik persamaan dalam membina ukhwah. InsyaAllah, moga setiap aturan kita permudahkan.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
(Al-Hujuraat;13)

 
Lewat kini, ramai yang sering menggunakan pendekatan yang tidak sopan dalam setiap perkenalan. Maka, berlakulah pergaulan bebas, melanggari batas antara lelaki dan wanita sehingga menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku. Persoalan, sedalam manakah setiap dari individu muslim memahami objektif dan pendekatan yang disyariatkan dalam Islam??

Kalau difikir-fikirkan balik, sebenarnya banyak kebaikan dan kelebihan apabila kita benar-benar memahami cara untuk berkawan. Hubungan sahabat sesama muslim misalnya, boleh dieeratkan dengan pelbagai aktiviti. Kita boleh berjaulah, bersukan, bermunaqasyah, study group, gotong royong, dan banyak lagi aktiviti yang menarik ikatan ukhwah boleh dilakukan. Atas dasar ukwah ini, kita mampu mewarnai persahabatan dan boleh saling bantu membantu antara satu sama lain.

Rasulullah pernah bersabda "Innal muslim akhul muslim" yang bermaksud "sesungguhnya muslim itu saudara bagi muslim lainnya".  Antara kelebihan ukhwah ialah individu akan dapat merasai manisnya iman. Rasulullah s.a.w bersabda "Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta pada seseorang kerana Allah, dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api neraka"
(Riwayat Bukhari-Muslim)

Cabaran ukhwah masa kini lebih kepada peperangan dalam individu itu sendiri. Jangan mudah tertewas. Teliti dengan apa yang ada di sekeliling kita. Be an observer!

Kepentingan diri merupakan tembok yang paling besar kepada penyatuan ummah. Seringkali manusia kalah apabila berlaku konflik antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Prinsip Islam jelas, bahawa apabila berlaku konflik ini, kepentingan umum adalah mengatasi. Di sini, kekuatan iman yang melahirkan ukhwah Islam yang sebenar akan diuji. Hanya Iman dan takwa mampu mengenepikan kepentingan diri demi untuk saudara seislam dan agama Islam
umumnya. (ukhwah islamiah, 2008)

Melihatkan situasi buruk yang kian meruncing sekarang, elok sahabat-sahabat semua, mari bersama kita melebarkan dan perbaiki jaringan ukhwah sesama kita. Kembalikan dan ceriakan segala yang dituntut oleh syariat Islam. Jadilah seorang yang kreatif, inovatif, berpandangan jauh, punya soft skills, dan ada critical thinking.  Islam perlukan pengerak yang berpandangan jauh dan luas, yang mana setiap pandangan dan pemikirannya perlulah berlandaskan kepada ilmu Islam yang syumul.



Wahai sahabatku..kuatkan ukhwah kita