Bismillah wa Alamdulillah.. Sedikit perkongsian bersama sesama kita selaku syabab (pemuda/di) Islam.
فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم. ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار.
MUQADDIMAH.
Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah.Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan.
Sabda Rasulullah saw.
أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.
Maksudnya:
Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.
Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )
Generasi Muda sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah. Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta ini adalah jelas kerana: antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)
Generasi Muda tak selayaknya alpa dibuai mimpi dan impian palsu, sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.
Sabda Rasulullah saw.
و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”
Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata:
إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرفالجاهلية
“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”
CABARAN UTAMA YANG PASTI DIHADAPI.
Paling minima, cabaran utama yang akan ditempohi oleh generasi muda dalam membentuk dan membina kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah:
Ø Sukar untuk mencipta Isu
Ø Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul
Ø Isu membalikkan arca negatif ( back fired )
Ø Sifat Isu yang mudah luput
Ø Tidak menafsirkan isu dengan tepat
Lantaran itu, Generasi Muda sewajarnya memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini, suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan Isu yang tajam dan berpengalaman.
Tanpa persiapan sedemikian, Generasi Muda akan terperangkap dalam manipulasi musuh yang amat licik. Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh.
Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu kerana menyedari “jiwa kepemudaan” Generasi Muda mudah dipengaruhi.
(إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ ( رواه الحاكم
Maksudnya:
Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain: Hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu, mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu.
Sabda Rasulullah saw:
لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ: عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه.
Maksudnya:
Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara:Ke manakah dihabiskan umurnya, bagaimana ia manafaatkan usia mudanya, dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya.
( Riwayat At- Tarmizi )
Antara isu yang menguji keperihatinan Generasi Muda hari ini, sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran, keruntuhan moral, dan tentangan pemerintahan sekular.
Surat titipan untuk kalian Buatmu sahabat seperjuangan.. Ingatlah, Penjara, penyiksaan, pengasingan , penindasan malah dibunuh adalah amat sinonim dengan kisah para pejuang dakwah. Bermacam-macam dugaan diterima, namun inilah hakikat yang perlu ditelan dalam perjuangan dalam menyebarkan perkara haq. Para pejuang dakwah tidak pernah putus asa, malah ada yang sampai mengatakan; “Setiap kali kami dihentak atau dipukul dan mengalir darah di kepala kami, maka disitulah kami rasakan saat kemanisan dakwah.” Apakah rahsia besar kejayaan mereka dalam meperteguhkan prinsip memperjuangkan dakwah? Mereka sama sekali bukan mengimpikan kemenangan, tetapi merasakan diri bertanggungjawab di atas amanah Iman dan Islam. Inilah harga yang mereka bayar, untuk membeli kunci syurga. Dunia bukanlah tempat berenak-enakan bagi mereka. Kisah-kisah pejuang agama. Kebanyakan dari mereka ketika hidup, adalah orang buruan, dipenjara, disiksa dan bermacam-macam lagi dugaan malah tohmahan. Imam Abu Hanifah mati di dalam penjara. Tetapi selepas kematiannya ilmunya dipakai, malah dikenang hingga sekarang sebagai salah seorang Imam Besar. Imam Malik disiksa kerana mempertahankan prinsip fatwanya sewaktu menjadi Mufti Madinah. Pendapatnya berlawanan dengan Gabernor yang memerintah ketika itu. Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling kota Madinah. Ia tidak pernah tidak menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan. Imam Al-Laits, seorang alim menjadi Mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata, “Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, mejadikan satu tingkat baginya masuk syurga” Imam Syafie' difitnah sebagai seorang Syiah, sehingga beliau diikat dan dirantai. Tetapi perjuangannya menyebabkan kemudian dia digelar sebagai ‘Nasirus Sunnah’. Perjuangan Imam Ahmad bin Hambal yang dicambuk kerana menetapkan pendirian bahwa Al-Qur’an itu bukan makhluk juga pendirian yang sama dipegang oleh Ulama Ahmad bin Naser Al-Khuza’I yang dipancung dan digantung kepalanya. Melihat ujian mereka, amat kerdillah rasanya diri. Tak malu, manakah dikatakan kita pejuang yang mengharapkan syurga tetapi hidup hanya bersenang-senang saja tanpa ujian dan dugaan... credit to ibnsina
Saudaraku,
Mungkinkah orang yang banyak berdosa, mengesakan hati yang mengakui keagungan Allah swt? Banyak orang berfikir jawapannya, tidak. Mereka mengatakan, hanya orang soleh yang mampu memiliki hati yang menyimpan kebesaran dan keagungan Allah swt. Sementara orang yang berdosa bergelimang kemaksiatan, mereka termasuk kelompok orang yang tidak mendapat rahmat Allah, dan ini ertinya tidak ada pengakuan dalam hati mereka terhadap kebesaran dan keagungan Allah swt.
Saudaraku yang dikasihi Allah,
Dosa dan maksiat memang pasti memberi kesan pada orang yang melakukannya. ketaatan yang memberi pengaruh pada orang yang melakukannya. “Kebaikan itu menyinari wajah (nur), memberi cahaya dalam hati,membuka seluas rezeki, memberi kekuatan tubuh, menambah cinta di hati makhluk. Sedangkan keburukan dan dosa itu, memberi kelam di wajah, kegelapan di dalam kubur dan di dalam hati,melemahkan tubuh, menyempitkan rezeki dan memunculkan kebencian di hati makhluk.” Demikian ungkapan Ibnu Abbas RA.
Saudaraku,
Tapi Islam tetap selalu ingin memberi semangat pada orang yang sudah berdosa agar tidak pernah putus harapan dari rahmat Allah. Dosa dan kemaksiatan sebenarnya tidak menghalangi seseorang untuk tetap memiliki hati yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah swt. Mungkin, kita meletakkan kaki di tempat yang tidak sesuai dengan keredhaan Allah swt. Tapi hati kita tetap memendam pengakuan tulus akan keagungan Allah swt. Ertinya, Allah swt meniupkan kebaikan dalam hati, meskipun secara lahir kita belum sesuai dengan situasi hati kita. Itulah sebabnya para ulama’ membahagi dua kategori kemaksiatan, iaitu kemaksiatan anggota tubuh yang disebut dzunuub al jawaarih, dan kemaksiatan hati yang disebut dzunuub al qalb. Walaupun keduanya tiada kaitan secara lahiriah, dan paling membahayakan adalah kemaksiatan hati berbanding kemaksiatan anggota tubuh.
Saudaraku,
Keadaan hati yang tetap mengagungkan Allah swt, adalah kedudukan yang membersihkan seseorang untuk kembali dari limbah kehinaan. Hati seperti inilah yang tetap menyuarakan keagungan dan kebesaran Allah swt sehingga menolong pemiliknya dari keadaan keruh dalam kemaksiatan. Kata hukama’ ada menyebut, “Barangsiapa yang di dalam hatinya tetap mengagungkan Allah swt, maka Allah swt akan menolongnya agar jasadnya juga mengagungkan Allah swt.”
Lihatlah peristiwa yang dialami seorang soleh bernama Basyar Al Hafi, tokoh ulama yang terkenal zuhud dan wara ’ Abu Na ’im dalam Hilyatu Al Auliya, menguraikan Basyar Al Hafi yang mengatakan, “Aku dahulu seorang yang tersesat dan tidak tahu arah. Suatu hari aku melihat sebuah kertas di atas jalan. Aku mengambil kertas itu dan kulihat di dalamnya tertera kalimat “Bismillahir Rahmaanir Rahiim ”. Aku bersihkan kertas itu dan aku masukkan ke dalam jubah. Saat itu aku hanya mempunyai wang dua dirham, tapi wang tu aku habiskan untuk membeli minyak wangi. Minyak wangi itu aku usap pada kertas yang kusimpan di dalam jubah. Malam harinya, aku bermimpi seseorang mengatakan padaku, “Wahai Basyar, engkau angkat Nama Kami dari jalanan. Engkau membuatnya harum. Maka Aku akan mengharumkan namamu di dunia dan di akhirat.”
Renungkanlah saudaraku, bagaimana pengagungan Allah swt yang ada di dalam hati Basyar Al Hafi.
-credit to Google-
Saudaraku,
Ada pula kisah pelaku dosa yang tiba-tiba jiwanya tersungkur merasakan keagungan Allah swt. Lihatlah perubahan besar yang dilakukan seorang bernama Fudhail bin Iyadh, yang kemudian menjadi salah satu ulama besar Islam di zamannya. Dahulunya, Fudhail adalah seorang perompak yang sangat ditakuti akan kekejamannya. Suatu ketika, ia merompak sebuah rumah sebelum waktu subuh. Bila sahaja dia menembusi tembok rumah, ia melihat seorang kakak tua membaca Al-Qur ’an. Mugkin ketika itu, Fudhail tetap dengan hasratnya untuk merompak, tapi bacaan Al-Qur ’an orang tua itu begitu membuat jiwanya luntur. Secara zahirnya, Fudhail sudah melakukan kejahatan. Tapi kali ini, kejahatan fizikalnya tidak mendominasi keburukan hatinya. Maka, ketika orang tua itu membacaan firman Allah swt,
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka)…” (Al Hadid :16).
Fudhail memandang ke langit, seraya berkata, “Ya Tuhanku, aku bertaubat kepadamu malam ini.” Saat itu juga ia turun,, lalu mandi dan pergi ke masjid menangis dalam taubatnya. Seperti itulah, bahawa ada banyak perilaku maksiat yang tidak membatasi kedudukan hati yang tetap mengagungkan Allah.
Saudaraku,
Kerana itu, nilai seseorang tidak serta merta jatuh karena ia melakukan dosa dan maksiat. Bahkan ketika seorang pezina direjam lalu mendapat cacian dan penghinaan dari sejumlah sahabat,
Rasulullah saw bersabda, “Jangan lakukan itu, dia telah bertaubat dengan taubat yang bila ditimbang dengan 70 orang penduduk Madinah nescaya taubatnya meliputi mereka semua.”
Dalam riwayat lain,, “Sesungguhnya taubatnya jika ditimbang dengan seluruh penduduk Madinah, nescaya akan meliputi mereka semua.”
Ertinya, penzina itu pun ternyata memiliki hati yang tetap mengagungkan Allah swt.
Hati seperti itulah yang membuatnya rela mendapat hukuman setimpal dengan perbuatannya.
Sekarang,tanyalah pada diri, sebesar mana keagungan Allah swt dalam hati kita? :D
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)".
"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
Ada pagi itu, ketika sedang aku melayan santapan lena yang enak terdengar ketukkan pintu rumah setiap pagi seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
"Assalamualaikum" , seru Subuh. "Wa'alaikumsalam" , sahutku. Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu. "... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."
Dan airmata Subuh pun berlinangan.
"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat.
"Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.
Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.
"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu". Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.
"Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" "InsyaAllah" , jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?
" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap. "Assalamualaikum" , seru Subuh. "Waalaikumsalam" , jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.
p/s : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Carilah jawapannya di hati anda....
Janganlah bersikap ria', berasa ujub dan berlagak takabbur dalam amalmu, kata-katamu mahupun tulisan-tulisanmu.
Hubungan Diri - Allah S.W.T
Ingatkanlah dirimu berkali-kali tanpa jemu; kamu hanyalah hamba dan khalifahNya. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah SWT, Tuhan seluruh 'alam" Maka, tidak layaklah kamu menjadikan manusia lain tunduk dan hormat semata-mata kerana dirimu.Bersungguh-sungguhlah menyediakan dirimu untuk umat demi agama tercintamu, Islam. Jadilah khalifah yang memakmurkan bumi dengan penuh keadilan yang sebenar-benarnya.
Someone say "Genius is an ability to simplify complex things." So, be the genius dai'e.
“Berdakwah itu memberi, membaca itu mencari. Jangan sibuk memberi, sebelum sibuk mencari” - dipetik dari SaifulIslam.com
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar derajatnya disisi Allah. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan menggembirakan mereka dengan rahmat dan keredaan-Nya dan syurga-syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang abadi, mereka kekal di dalamnya. Sesungguhnya Allah pada sisi-Nya pahala yang besar.” (At-Taubah:20-22)
“Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”. H.R. Muslim
'NAVY' HIJRAH
“Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”. H.R. Muslim
Jadilah “orang beruntung” yakni orang yang bersiap sedia untuk melakukan hijrah satu langkah “jump start” yang sangat diperlukan masa kini. Perkukuhkanlah iman dan lakukanlah hijrah setiap masa, di mana sahaja dan di posisi mana pun kita berada. Sentiasa ada set minda (“mind set”) hijrah di dalam diri kita yang menyebabkan apa sahaja yang kita fikir, rasa, buat dan laksanakan adalah ke arah Islam dan iman yang lebih baik.
Setiap diri berfikir untuk menghijrahkan hati, akal, nafsu, emosi dan fizikalnya ke arah iman dan Islam. Kita sering berfikir bagaimana untuk berhijrah dalam memenuhi tuntutan fardhu sebagai seorang mahasiswa. Begitu juga ibu bapa berfikir bagaimana menghijrahkan keluarganya. Guru-guru bertanggung jawab menghijrahkan sekolah. Imam hijrah dengan anak-anak kariahnya. Pemimpin masyarakat menghijrahkan kampung, mukim, bandar dan daerah. Wakil rakyat di kawasan parlimen masing-masing. Begitu juga dengan PM, tokoh-tokoh korporat, menteri-menteri pula berperanan memimpin armada hijrah yang lebih besar dan luas lagi…
Inilah pra syarat untuk mencapai kejayaan. Bantuan Allah akan sentiasa bersama kita jika kita bersama hijrah. Maha Hebat Allah yang menjadi sesarang lelabah dan merpati yang zahirnya begitu lemah untuk melindungi dua orang kekasihnya di gua Thur… Namun di situlah kehebatan kuasa Allah yang pernah menjadikan air untuk menewaskan Firaun dan bala tenteranya, nyamuk untuk membunuh Namrud, burung dan batu kecil ketika memusnahkan tentera bergajah Abrahah.
Dan untuk kita umat Islam akhir zaman, pasti ada bantuan yang sama, dengan syarat kita berhijrah dengan tenaga, harta, masa dan jiwa. Hijrah atau kalah, yang mana satu pilihan kita?
Aku kagum suatu masa dahulu kita kuat dan gagah. Membina empayar hampir 2/3 dunia. Membelah lautan meneroka ciptaanNya. Bila disebut Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin dunia bagai memandang tegak terpaku seketika. Benarlah, tiada yang terbaik melainkan pemerintahan khalifah yang menjamin kesejahteraan semua. Duniawi ukhrawi semua terjaga.
Aku kagum lagi. Keberanian mereka yang tercatat dalam lipatan sejarah. Kalau tidak manakan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umayyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, Khalifah Uthmaniah, Kemaharajaan Mughal India, dan Kesultanan Melaka menjadi kerajaan terkuat di dunia.
Entry ni dan seterusnya aku akan kongsikan kisah kerajaan Islam terakhir di Andalus atau lebih dikenali zaman kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam dengan terbinanya istana AlHambra di kota Granada, Sepanyol.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
Hadis ini merupakan hadis pertama dalam hadis 40. Ia diriwayatkan oleh dua orang ulama hadis termasyhur, Bukhari dan Muslim dan merupakan hadis Mutawattir yang tak dapat disanggah kesahihannya.
Sebenarnya apa yang nak disampaikan kali ini, kita sebagai manusia setiapnya mempunyai tujuan dan matlamat. Begitu juga dengan makhluk lain seperti bulan, bintang, matahari dan lain lain makhluk Allah. Manusia tidak kira dia seorang muslim, atau kafir semuanya dijadikan kerana mempunyai matlamat masing masing, tetapi semuanya mempunyai matlamat akhir yang sama, iaitu kerana Allah.
Kerana Allah lah matahari menyinarkan cahayanya kepada planet disekelilingnya. Kerana Allah lah bumi beredar mengelilingi matahari Kerana Allah lah air hujan turun ke bumi. Begitu jugalah manusia hidup di bumi matlamat akhirnya adalah kerana Allah.
Kerana itulah pentingnya manusia kembali kepada tujuan asal ia berada di bumi Allah ini. Aku juga seorang pelajar, datang ke Mesir dengan matlamat untuk menjadi orang yang bijak pandai. Tetapi lama-kelamaan aku sedar itu sebenarnya adalah matlamat yang salah. Ada orang pernah berkata, kita belajar kenalah pasang niat kerana Allah barulah dapat pahala. Tetapi sebenarnya kita belajar kerana Allah seperti mana hati dan lidah kita melafazkannya, tetapi tidak kepada perbuatan kita. Ramai orang pasang niat untuk belajar kerana Allah, tetapi hakikatnya dia belajar hanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Ada juga yang mahu mendapat pekerjaan yang baik. Ada yang belajar kat Mesir untuk dapat ustaz/ustazah atau doktor/doktorah kerana akhirnya nanti dipandang tinggi sanak saudara ditanah air kelak.
Kita tidak sedar apa tujuan kita di sini. Walhal semua itu ada dalam buku teks PSI, PQS atau lebih memalukan ianya diterap pada peringkat sekolah rendah lagi. Semua yang belajar itu hanya sekadar pengetahuan, bukan untuk diamalkan. Perkara yang paling basic yang semua umat Islam lupa. Aku tak beritahu di sini apa tujuan kita di sini (sebab kalian semua tahu sebenarnya)...
Sampai di sini dahulu, renung renungkan..
Aku rindukan ustaz ustazah yang pernah mendidikku dulu...
Ikhlaskah aku dalam perjuangan? Jika ikhlas kenapa perlu bosan.. Jika ikhlas kenapa keletihan.. Jika ikhlas kenapa mengharap pujian.. Jika ikhlas kenapa mengharap balasan.. Jika ikhlas kenapa perlu dipertonton segala amalan..
Saan ini ku rasa jauh.. Jauh dari Mu, walau selalu sujud lima waktu. Jauh dari Pemberi Syafaat, walau salawat di setiap munajat. Jauh dari ikhwah, walau setiap minggu kita bermesyuarat
Adakah ini tanda hati ini punya masalah? Setiap saat ada resah Adakah ini tanda hati ini mati? Hingga tak bisa menghargai dan hilang sensitiviti Adakah ini tanda hati ini penuh daki? Hingga setiap masa merasa dengki
Jangan Ya Allah.. Jangan Kau lupakan daku, Jangan Kau palingkan hatiku, Jangan Kau tutup pintu hidayah Mu.. Walllahualam
"Ya Rabb kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami...." [3: 8]
Sesetengah aktikel hanyalah catatan harian semata-mata. Hanya budak yang suka bercerita. Buat pengajaran penulis & pembaca.
[PENENANG]
[Nota]
[TERKINI] Hanya study dan sedia membantu
[AZKIRNI]
لذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور
Maksudnya: 'Yang menjadikan mati & hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun'.
[Hadaf Hidup]
Firman-Nya : قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)
"Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga,pena (penulisan), dan lidah (berdakwah)"