Warna-Warna Cinta

Tuesday, October 20, 2009 0 comments

Warna-Warna Cinta

Mereka berkata

Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu? selepas gerimis


-Hadiah untuk mereka tersayang :)

=============

Harini hari jumaat, 23 Okt / 4 Zulkaedah solat jumaat terakhir untuk tahun 2009. Lepas ni akan balik ke Cairo dan seperti biasa mendengar khutbah versi bahasa arab semula:D

===============
-Continue entry-

Harini hari sabtu, 1 hari sebelum
flight ke Cairo. Seperti mereka yang lain pernah rasa detik yang sama, mengemas, packing barang, sibuk beli barang itu ini sebentar buat aku tersedar dah sebulan lebih aku ada di tanah air. Walaupun untuk episod pertama berlalu dalam masa yang singkat, tapi kenangan bersama mereka pasti xdapat aku lupakan. Terima kasih Abah mak dan semua.. :). Dalam masa yang singkat ni, aku akan habiskan masa dengan mereka sebaiknya.















-Cari semangat untuk kembali ke Cairo :)

Berita dari Zaqazig

Friday, October 16, 2009 0 comments

Salam w.b.t


Beberapa hari ini, bagaikan sesuatu yang semacam sahaja. Begitu banyak berita yang kurang baik aku dengari. Selang beberapa hari, bagaikan ada sahaja berita kurang enak yang aku terima. Tak kiralah ianya sebesar mahupun sekecil mana pun. Yang pasti aku tahu ia adalah ujian dan hikmah dariNya

Berikut adalah berita yang aku terima dari Mesir.

Sila baca : [Petikan dari laman rasmi DPMZ]


Takziah kami ucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang terlibat. Semoga kesabaran dan ketabahan kalian Allah balas dengan jutaan rahmat yang tiada tandingannya.


Berita beberapa hari yang lalu aku terima dari sahabat karibku, Naim yang kini bercuti di Kedah. Aku mula2 kurang jelas dengan maklumat yang dibagi sebab dia hanya menghantar mesej sahaja. Kemudiannya aku tanya pada sahabat2 yang lain di Zagazig, Harith dan dia juga khabarkan berita yang sama. Hati aku sentak sebentar dengan harapan tiada yang tak diingini berlaku. Selepas menelefon dan melayari serba sedikit berita tentang kejadian tersebut ternyata alhamdulillah semuanya selamat walaupun terdapat antara mereka senior2 kami, Dr Syam yang merupakan ketua OPZ dan beberapa lagi AJKT yang turut serta mengalami trauma yang berlanjutan dan memakan masa untuk pulih. Marilah sama-sama kita mendoakan agar sahabat2 kita yang terlibat cepat sembuh dan dilindungiNya sentiasa.


==============================================


Bersabarlah sahabat..


Dalam segala keadaan apa sekalipun, apa yang lebih penting pada saat kita dilanda pelbagai macam musibah, kesabaran yang tinggi amat dituntut oleh agama. Dan setiap kesabaran itu juga merupakan pintu hidayah bagi hati. Tidak dapat tidak kita perlu memiliki kesabaran itu kerana setiap musibah yang terjadi tidak lepas daripada ketentuan Allah s.w.t. Kita tentu tidak mahu sehingga tiba pada suatu peringkat, akibat ketidaksabaran itu akan mencacatkan keimanan seseorang (kita) terhadap rububiyah Allah.


Salah satu daripada sedemikian banyak faktor yang menyebabkan kegagalan seseorang dalam menjaga dan menpertahankan sikap sabar adalah rasa pesimis dan kekurangan keyakinan terhadap balasan dan janji Allah s.w.t. Abu Talib Al-Makki dalam kitabnya Qutul Qulubmenjelaskan bahawa orang yang paling baik atau terpuji kesabarannya ketika ditimpa musibah adalah mereka yang paling tebal keyakinannya, dan kebanyakan manusia yang gemar atau suka mengeluh dan bersikap berdendam dalam menerima musibah adalah mereka yang tipis keyakinannya. Bagi Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah pula, bencana-bencana yang menimpa manusia merupakan kenikmatan. Terhapusnya dosa dan kesalahan dengan adanya musibah-musibah, juga termasuk dalam kenikmatan yang besar.


Bencana atau musibah yang melanda pada hakikatnya memiliki peranan yang besar dalam mendidik jiwa kita. Ini kerana sudah semestinya jiwa itu perlu dididik meskipun menerusi penerima bencana. Hal demikian itu semata-mata untuk menguatkan hati, keteguhan sikap, terlatih, dan sentiasa waspada terhadap persekitaran.


Pada saat itu seseorang manusia harus segera menyedari bahawa apa yang paling penting ialahiltija, iaitu mencari perlindungan diri kepada Allah s.w.t semata-mata, ketika di mana seluruh tempat bergantung tidak berupaya membantunya untuk menghadapi bencana tersebut. Tidak ada tempat berlindung kecuali berada di bawah naungan-Nya. Tidak ada pertolongan kecuali daripada-Nya. Sehubungan itu, Allah s.w.t berfirman:


at-taghaabun


”Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (At-Taghabun: 11)


Alqamah, seorang tokoh daripada kalangan tabiin pernah berkata: ”Ia adalah seseorang yang dilanda musibah. Kemudian ia meyakini bahawa musibah itu berasal daripada Allah, sehingga tetap reda dan berserah diri.”


Demikan juga dengan Nabi Yunus, iaitu ketika ia dimasukkan ke dalam mulut ikan yang besar, maka ia memanggil Rabbnya, memohon pertolongan daripada-Nya, sekali gus mengakui kesalahan dirinya.


al-anbiya'


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa kami tidak akan mempersempitkannya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ”Bahawa tidak ada Allah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (Al-Anbiya: 87)


Mengabaikan tanda-tanda kehadiran Allah menjadikan hati gersang dan kacau, dan ‘mengundang’ jauhnya rahmat Allah dan datangnya bencana. Semoga kita semua terpelihara daripada bencana serta dapat menghayati ayat-ayat Allah, baik yang terhampar mahupun yang tertulis.


Fusilat

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa ia adalah hak/benar.” (Al-Fussilat: 53)


Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t ialah menjadikan kita atau keluarga sebagai tempat sasaran ujian-Nya. Musibah, memang akan selalu mengekorii umat manusia di dunia ini kerana dunia adalah tempat ujian dan cubaan. Hal demikian ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akan Kami ujikan kamu dengan sedikit daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan.”


al-baqarah

(Al-Baqarah : 155)


Ini semua bertujuan memperbaiki ketakwaan dan kesabaran hamba-Nya dan akan memilih siapa yang berjaya menerima ujian tersebut dengan penuh kesabaran. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mereka yang banyak menerima ujian itu ialah para nabi, siddiqin, dan salihin, kemudian mereka yang mengiringi…”


Segala ujian itu seharusnya ditempuh dengan penuh kesabaran kerana ini akan mendekatkan lagi dirinya kepada Allah s.w.t. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Bukan bererti orang yang sabar itu akan bergembira apabila ditimpa kesusahan dan ujian tetapi mereka tetap sedih dan dukacita. Namun, mereka tidak akan bertindak di luar batasan agama. Nabi Muhammad s.a.w, contohnya, pada hari kematian anak kesayangan baginda, Ibrahim, tetap bersedih, dan air mata tetap berlinangan, tetapi tidak melakukan sesuatu di luar batas agama melainkan apa yang diredai oleh Tuhannya sahaja. Maka, orang yang memiliki tahap kesabaran yang tinggi telah benar-benar memurnikan tauhid dan mengikhlaskan doa hanya untuk Allah.


Demikianlah contoh keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam menghadapi ujian daripada Allah s.w.t. Justeru itu digalakkan mereka yang ditimpa musibah itu berkata sebagaimana yang dituntut oleh agama, yang bermaksud: “Kami hanya bagi (milik) Allah dan kami tetap kembali menghadap-Nya.”


156

(Al-Baqarah:156)

Di dalam al-Quran dinyatakan untuk mereka yang berjaya menghadapi ujian itu akan mendapat penghargaan daripada Allah, juga rahmat-Nya dan mereka itu memperoleh petunjuk. Hati mereka sekali-kali tidak akan terlintas atau terbawa-bawa dengan perasaan yang terselit persoalan kenapa Allah memilih diri atau keluarga mereka sebagai tempat ujian-Nya.


Kesabaran yang tinggi amat dituntut di dalam Islam kerana dengan memiliki jiwa yang sedemikianlah umat Islam akan menjadi suatu umat yang teguh peribadi dan kukuh jati diri, tidak gentar akan segala dugaan atau bencana yang menimpa. Yakinlah bahawa ada hikmah di sebalik bencana yang menimpa. Rahmat Allah sentiasa terbentang selagi kita yakin dengan jalan menuju ke arah keredaan-Nya.



p/s: pengisian diatas aku petik dari buku 'La Tahzan' yang aku baca suatu aku juga ditimpa ujian dan musibah dariNya..

Semoga ia jadi pedoman dan kekuatan untuk menempuh halangan hari depan. InsyaAllah


Wallahua'lam

3: 8

Wednesday, October 14, 2009 0 comments

Ikhlaskah aku dalam perjuangan?
Jika ikhlas kenapa perlu bosan..
Jika ikhlas kenapa keletihan..
Jika ikhlas kenapa mengharap pujian..
Jika ikhlas kenapa mengharap balasan..
Jika ikhlas kenapa perlu dipertonton segala amalan..

Saan ini ku rasa jauh..
Jauh dari Mu, walau selalu sujud lima waktu.
Jauh dari Pemberi Syafaat, walau salawat di setiap munajat.
Jauh dari ikhwah, walau setiap minggu kita bermesyuarat

Adakah ini tanda hati ini punya masalah? Setiap saat ada resah
Adakah ini tanda hati ini mati? Hingga tak bisa menghargai dan hilang sensitiviti
Adakah ini tanda hati ini penuh daki? Hingga setiap masa merasa dengki

Jangan Ya Allah..
Jangan Kau lupakan daku,
Jangan Kau palingkan hatiku,
Jangan Kau tutup pintu hidayah Mu..


Walllahualam

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami...." [3: 8]

20 Mei - 25 Jamadilawal

p/s : entry tertangguh *

Terima kasih/ Syukron ahl mocow! =)

Makan-makan

Sunday, October 11, 2009 0 comments
Salam w.b.t

[Entry gambar lagi]


Untuk tatapan umum agar kita sama-sama bersyukur padaNya..

Ok,Mari kita mulakan dengan Bismillah..




Minum dulu :D,basahkan tekak (pic hiasan)


Mee bandung pak man Ayer Molek yang sedap dan murah


Goreng pisang seberang jalan


Jarang makan keledek ni..tp mak & abah suka sgt :) beli je


Yang ni pasti semua org suka.kan2?


Malaysian famous desert (ais kacang dan A.B.C)


Alhamdulillah masih lagi diberi rezeki untuk rasa makanan yang sekian lama di idamkan :D

Syukur..

Wallahua'lam

Ingat Mengingati

Friday, October 09, 2009 0 comments
Salam w.b.t


Saya ingin melengkapi diri saya dengan sifat di atas..

Saya ingin orang-orang yang saya sayang memiliki sifat-sifat di atas.. mahu jadi baik la :)

Saya ingin teman-teman yang mendampingi saya juga memilik sifat-sifat di atas..

Agar kita sama-sama fahami.. selami.. dan hayati...

Mari kita saling ingat mengingati (^^)

Semoga Allah kurniakan istiqmah kepada kita...


p/s: entry untuk orang yang tersayang =)

Selamat malam. Salam

Tenangkan Hati

Thursday, October 08, 2009 0 comments
Salam w.b.t

Di Yang Maha Mengetahui..

Sheikh Ibnu alJauzi berkata: “ Ketika aku berdepan dgn satu masalah yg menyesakkan dada sekian lama, aku berusaha menyelesaikan kebingungan ini dgn berfikir keras. Namun tidak kutemukan penyelesaiannya… kemudian aku ditunjukkan sebuah ayat: “Sesiapa bertaqwa kpd Allah, maka akan diberikan kpdnya jalan keluar..”(AtTalaq:2). Selepas itu aku sedar bahawa ketaqwaan adalah jalan keluar dr kebingungan. Itu sebabnya aku berusaha meningkatkan ketaqwaanku, dan kutemukanlah jalan keluar..”

Aku pun mengambil kesimpulan: “Kebaikan bagi orang yg berakal adalah ketaqwaan. Tidak ada seksa kecuali kerana adanya dosa dan tidak ada seorang pun diangkat darjatnya kecuali dgn bertaubat”. Sesungguhnya kekeruhan fikiran, kesedihan dan kegelisahan adalah akibat perbuatan maksiat yg anda lakukan seperti leka dlm sembahyang, meremehkan hijab (menutup aurat) atau melakukan hal2 yg diharamkan Allah SWT.

Sesungguhnya, siapa yg melanggar ketentuan Allah terpaksa membayar harga perbuatannya dan perlu melangsaikan kelalaiannya. Yang menciptakan kebahagiaan adalah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, lalu mengapa anda memohon kpd yang lain? Jika manusia yg menguasai kebahagiaan, maka tidak ada orang yg miskin, orang yg sedih dan orang yg gundah gulana..

Tidak usah terlalu berfikir tentang sesuatu yg tidak penting dan membuatmu tidak bermaya. Eloklah lupakan sahaja. Sebaliknya tumpukan fikiran utk kejayaan kerana dgn begitu hatimu tidak akan terganggu..

“Aku adalah sebagaimana persangkaan hambaKu kepadaKu”



p/s: titipan istimewa untuk adik2 yang disayangi, Syafiq dan Hamidy


-Ingatlah,selepas mendung pastikan cerah kembali.. Yang penting kamu tabah dan sabar dalam segalanya. InsyaAllah, Dia akan sentiasa bersama.


Wallahua'lam