Madrasah sanawi

Saturday, September 05, 2009 0 comments

Salam 15 Ramadhan 1430H..
[Muhasabah Ramadhan bersama ana dan sahabat-sahabat]




Malam yang pekat,

Jalan basah lumpur melekat,

Menapak perlahan melangkah lambat,

Ke rumah suci kuning langsat,

Bersama barisan saf yang rapat,

Mula takbir sebelumnya niat,

Alunan kalam tiada cepat,

Dalam jemaah nada sepakat,

Mengharap malam terisi berkat..


Malam yang kelam,

Cahaya sikit kadang berbalam,

Menanti bulan memadam suram,

Hati kalut jadi tenteram,

Hilang kusut dan remuk redam,

Surut cinta rindu terpadam,

Pada dunia noda semalam..


Malam yang sunyi,

Dalam langkah berteman sepi,

Bunyi unggas silih berganti,

Riuh bingit bertasbih memuji,

Tinggal insan kalut sendiri,

Pada dunia yang lekat di hati,

Menempek hitam kotor berdaki..


Malam yang dingin,

Hujan henti hilang angin,

Tanah basah langkah licin,

Kaki merentas pohon beringin,

Panas sejuk hati teringin…


Malam itu,

Pekat dan kelam tidak menyatu,

Sunyi dan sepi berganti lagu,

Dingin pergi melintas lalu..


Malam itu,

Lumpur melekat jadi sepatu,

Cahaya sikit berpusu-pusu,

Riuh bingit terdengar syahdu,

Angin mengiring langkah melaju…


Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita..
Apa yang kita peroleh selama 15 hari ni?
fikirkan..

==============================

p/s : Hari nak balik semakin hampir.tak tipu :p
p/s : Sajak pertama bulan Ramadhan nukilan penulis :D

Tunggu..

Wallahualam,

3 sudut

0 comments
Salam,

Pada 3 sudut yang berbeza,
Berlainan cerita,
Berbeza dunia..

i.
Di satu penjuru sebelah kanan,
Kedengaran sayup, suara rakan,
Keluar segar dari dewan,
Sibuk berbincang tentang peperiksaan,
Itu salah, ini bukan,
Pelbagai bahan menjadi alasan.

Terdengar juga perkataan-perkataan,
Yang tidak patut menjadi perbualan,
Kata-kata kesat memenuhi ruangan,
Jelak mata memandang, rosak pendengaran.

Mengapa harus diperkata sedemikian?
Tidak syukurkah wahai insan?
Adakah dia kurang kefahaman?
Ataupun tidak pernah dia praktikkan?
Percayalah bahawa terdapat kebaikan,
Dari segala yang sudah ditetapkan.

ii.
Halaman yang penuh dengan pelajar,
Ada membaca, ada berehat sahaja,
Seorang demi seorang, masuk ke dewan,
Seorang demi seorang, keluar dengan keputusan.

Sekumpulan manusia sedang berbincang,
Didatangi taulan, yang melepasi rintangan,
Bolehlah, kata si taulan,
Keputusan elok sekadar memuaskan,
"Adakah benar wahai teman?"
"Ya, benar" jawapan penuh keyakinan.

Sukar untuk kami percaya,
Kerana si taulan, pelajar istimewa,
Segalanya berada, di hujung jarinya,
Memuaskan? Pelik bunyinya.

Tepat sekali jangkaan kami,
Si taulan sebenarnya, mendapat mumtaz,
Mengapa sanggup memalsukannya?
Kerana mahu menangkis riak?
Ya, semua faham. Tetapi caranya, betul atau tidak?
Adakah tiada alternatif yang lain?
Banyak tawakal, mungkin jawabnya,
Tiada riak, tipu pun tidak.

iii.
Suara halus di penghujung sana,
Milik pemuda berbaju terang, berseluar gelap,
Duduk bersila mengenang nasib,
Bermusahabah berfikir kembali,
Salah silap semalam dan hari ini.

Linangan air mengalir di pipi,
Hakikat seorang adam yang tak dizahiri,
Saccus lacrimalis terbuka, tanpa disedari pemiliknya,
Telah cuba dia bertahan, tetapi gagal,
Suasana hening di pagi peperiksaan,
Sesiapapun tak sedar, gerangan sang penangis.

Perlahan-lahan mencapai bagasi,
Apakah isinya memberi ketenangan?
Sejenis naskhah dibawa keluar,
Satu per satu diselak sang pemuda
Ya, benar. Al-Quran dipegangnya,
Menghayati setiap ayat yang tersimpan,
Untuk mendapat ketenangan yang berkekalan.

Pemuda tabah menghadapi dugaan,
Walau apa rintangan di hadapan,
Kitab suci Allah sentiasa menjadi pegangan,
Tatkala senang mahupun kesempitan.

Dunia ukhrawi,..

Sabar masa tenang...Itu lebih susah...

Thursday, August 20, 2009 0 comments

Salam w.b.t

Sabar.. kita selalu mengingatkan sahabat-sahabat supaya sabar.. malah lagaknya seperti pakar motivasi.. gayanya seperti pernah menghadapi.. diharapnya bersabar.. alhamdulillah.. itulah tugas sahabat.. menasihat kepada kesabaran.. sabar bila diuji.. sabar bila ditimpa bala.. sabar bila datang dugaan.. sabar bila kehilangan yang berharga.. sabar.. sabar.. sabar.. konsep sabar kita.. bagai telah disinonimkan dengan keadaan susah.. keadaan menderita.. keadaan sengsara.. sepertinya.. ketika senang.. tidak perlu lagi kita bersabar.. ya.. betul.. kalau difikirkan logik akal.. itulah dia.. apa lagi yang hendak disabarkan.. hidup senang.. mewah.. masa masih panjang.. duit sudah banyak.. kuasa kita ada.. apa sahaja lagi yang tidak cukup?.. khabarkan?.. bukankah itu sudah cukup baik.. ya.. sememangnya.. itulah waktu senang kita.. tapi adakah diwaktu senang itu kita tidak perlu lagi bersabar?..

sabar itu ada tiga kalau hendak dipecahkan secara terperinci.. satunya.. sabar yang difahami secara umum.. sabar yang meluas konsepnya.. siapa sahaja pasti tahu.. malahan perkataan sabar itu sendiri menggambarkan keadaan pada waktu tersebut.. iaitu sabar ketika susah.. ketika ditimpa bala bencana.. ketika datang ujian dan dugaan.. kita harus bersabar.. itu satu.. dan yang kedua.. ketika tetap perlu bersabar.. bersabar dalam melakukan sesuatu yang disukai oleh Allah subhanahu wa ta’ala.. bersabar dalam mencari redhaNya.. bersabar melakukan amar makruf.. bersabar mengerjakan solat malam.. bersabar melakukan segala amal baik.. segala amal kebajikan.. dan yang akhir.. yang ketiga.. sabar ketika senang.. dalam erti kata lain.. sabar daripada melakukan yang mungkar.. menahan diri dari menerima murka Allah subhanahu wa ta’ala.. menanahan diri dari melakukan maksiat.. menahan diri dari mencari sesuatau yang bukan hak kita.. menahan diri dari pujuk rayu nafsu.. menahan diri dari terkena panahan-panahan beracun iblis dan syaitan..

dan yang lebih susah antara semua itu pastinya yang kedua dan ketiga.. baiklah.. memudahkan perbincangan.. kita hanya bahagikan konsep sabar itu kepada hanya dua aspek.. satunya ialah.. terus tabah dan cekal ketika tragedi datang.. dan yang kedua.. menahan diri dari melakukan apa yang dimurkai oleh Allah subhanahu wa ta’ala dan terus menerus melakukan apa yang diredhai dan disukai olehNya.. kita telah menggabungkan pembahagian kedua dan ketiga seperti yang disebutkan sebelum ini menjadi satu.. agar lebih mudah dibincangkan.. sabar dalam amar makruf nahi mungkar..

-Sekadar berkongsi suka duka imtihan tahun ni-

Mahu study untuk physiology practical esok. Doakan Farhan & sahabat2.

Salam semua

Berkunjung tiba lagi*

0 comments

“Sempena kedatangan Ramadhan yang lama dirindui ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafaan di atas segala kesilapan dan kesalahan, sepanjang umur saya… Semoga Allah menaungi hati-hati kita dengan kasih silaturrahim yang suci dan dikurnia maghfirah-Nya di atas segala kekhilafan.”

“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

======================================

Buat orang Kajang dan Kangar:

Farhan akan berpuasa di bumi Anbiya' tahun ini. Alhamdulillah..Syukur dapat kesempatan emas berpuasa disini. Nampaknya nilah kali pertama berpuasa di perantauan dan berada di negeri orang. Sungguhpun berbeza suasana bulan Ramadhan di Malaysia, tapi amal ibadahnya tetap sama (puasa tetap puasa :). Sudah pastinya masing-masing antara kita akan gunakan bulan tersebut sebaiknya. Cuma untuk pengetahuan orang 'sana', Farhan dan sahabat-sahabat yang lain akan berpuasa dalam jangka masa yang agak mencabar iaitu bertahan lapar dahaga selama 15 jam pada awalnya. Apa pun yang berlaku,panas dan pasir disini pasti menjadi saksi yang hebat akan ketabahan kami disini. Doakan bersama.InsyaAllah..Jadikan Ramadhan kali ni lebih hebat dari sebelum ni ye.

p/s : Anak buah pakteh puasa baik-baik disana ye :D ( Mira dan Aliya akan belajar puasa tahun ni.Dina, Dina kena tunggu besar sikit lagi la sayang)

p/s lagi : Untuk orang kajang sahaja. InsyaAllah, ada rezeki dan kesampaian alan raya sana tahun ni.


-Ku merinduimu Ramadhan-

Kena tanya lagi?

Tuesday, August 18, 2009 0 comments
Anda budak Medik?

Jika ia, soalan berikut pasti akan membuat kalian kadang kala 'panas telinga'. Mari ikuti sesi temu bual LIVE bersama masyarakat sekeliling.
=========================================

Soalan Lazim Kalau Kamu Seorang Budak Medik...

Kalau kalian pergi mana-mana, kemudian orang tahu kalian amek Medic, Kenapa orang suka tanya soalan ni?

1) Betulkah kena tidur dengan mayat?

2) Betulkah kalian bawak balik tengkorak ke bilik?

3) Ha, ni yang paling 'panas': Kalian ambil medik, bidang apa? (Tulang? Perbidanan? Kanak-kanak?) :), tak dapek nak nolong eih..

4) Kemudian ada cakap macam ni: Oh, patutlah tulisan doktor. 'mind set' masyarakat tahu tulisan doktor ni macam cakar ayam. betul ke? dan semestinya kalian sebagai pelajar medic tahu ia langsung tidak kena mengena dengan bidang yang diambil. (ni minta komen ye)

5) Kemudian, jika kalian pakai spek pula (spt penulis). Pastu ada dengan membuat kesimpulan mengatakan, patut la rabun, amek medik. Erkk, rajin belajar?. Seperti yang saya katakan disoalan sebelumnya, pasti kalian akan katakan banyak lagi reason untuk jadi rabun. Bahkan pada mereka yang jujur mereka akan katakan mereka rabun kerana terlalu banyak mengadap laptop? Kurang tidur? tak suka makan carrot?. Budak medik kah?


Fikir2 kan..Renungan bersama

p/s: Farhan mahu muhasabah diri kerana dia juga budak Medik :)

Salam

Qunut Nazilah H1N1

Monday, August 17, 2009 0 comments

Salam lagi

Semasa Iraq diserang Amerika dulu, Semasa Gaza di bedil dek Israel laknatullah berapa bulan yang lau, masjid-masjid pernah diarahkan buat qunut nazilah. Dalam keadaan penyularan influenza H1N1 ni, tak ada qunut nazilah ke? tertanya2 juga..

Masih ingat lagi darjah enam dulu, di Sri ABIM,Gombak masa program tamrin rutin mingguan kami untuk budak2 tahun 6, setiap solat fardu Subuh kami berjemaah di dewan sembahyang (dataran sekolah) berimamkan Ust Azman, Ust Sobri ataupun Ust Azhar. Mereka bergilir ganti.Masa tulah pertama kali aku dengar qunut yang ada ayat tambahan daripada qunut yang biasa orang buat sewaktu solat Subuh:-

“Allaahummak-syif ‘an-naa minal balaa’-i wal wabaa’-i wal fahsyaa’-i wal munkari wal watiina wal fitani maa laa yaksyifuhu ghairuk”

Sebagai makmum, aku ambil peluang mendengar teliti dan menghayati bacaan doa Ustaz2 tu sambil langsung menghafalnya (walaupun xfaham maksud). Dari sebahagian istilah dan perkataan Arab dalam doa tu aku dapat tahu sikit2 bahawa doa tu meminta supaya dijauhkan dari – antaranya – bala bencana, kejahatan, wabak penyakit, fitnah etc. Sampai sekarang aku amalkan dalam setiap qunut Subuh aku. Begitu aku ajarkan juga kepada adik2 yang sesekolah denganku waktu itu.


p/s: Kepada yang senior dan ustaz2, kalau ada kesilapan pada doa' diatas tolong betulkan.

WaAllahualam