Imtihan @ Exam

Thursday, October 29, 2009 0 comments
Salam,

Selamat bermujahadah/ menjalani peperiksaan
kepada
Abang, Kakak dan sahabat-sahabat di Malaysia

(UM,UIA,USM,USIM,UKM,UMP,KUIS,UTeM,UiTM,KUIM)
tak lupa juga adik-adik yang akan menduduki peperiksaan SPM mahupun exam akhir tahun =)






Semoga Allah sentiasa bersama kalian..


'Rabbi yassir wala tua'ssir'



Usaha - Istiqamah - Tawakal

InsyaAllah...

Belajar keranaNya

0 comments
Salam w.b.t

[Continuation entry 'Ingat tu..']; Innamal a'malu binniat..


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:


“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”


Hadis ini merupakan hadis pertama dalam hadis 40. Ia diriwayatkan oleh dua orang ulama hadis termasyhur, Bukhari dan Muslim dan merupakan hadis Mutawattir yang tak dapat disanggah kesahihannya.


Sebenarnya apa yang nak disampaikan kali ini, kita sebagai manusia setiapnya mempunyai tujuan dan matlamat. Begitu juga dengan makhluk lain seperti bulan, bintang, matahari dan lain lain makhluk Allah. Manusia tidak kira dia seorang muslim, atau kafir semuanya dijadikan kerana mempunyai matlamat masing masing, tetapi semuanya mempunyai matlamat akhir yang sama, iaitu kerana Allah.


Kerana Allah lah matahari menyinarkan cahayanya kepada planet disekelilingnya.
Kerana Allah lah bumi beredar mengelilingi matahari
Kerana Allah lah air hujan turun ke bumi.
Begitu jugalah manusia hidup di bumi matlamat akhirnya adalah kerana Allah.


Kerana itulah pentingnya manusia kembali kepada tujuan asal ia berada di bumi Allah ini. Aku juga seorang pelajar, datang ke Mesir dengan matlamat untuk menjadi orang yang bijak pandai. Tetapi lama-kelamaan aku sedar itu sebenarnya adalah matlamat yang salah. Ada orang pernah berkata, kita belajar kenalah pasang niat kerana Allah barulah dapat pahala. Tetapi sebenarnya kita belajar kerana Allah seperti mana hati dan lidah kita melafazkannya, tetapi tidak kepada perbuatan kita. Ramai orang pasang niat untuk belajar kerana Allah, tetapi hakikatnya dia belajar hanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Ada juga yang mahu mendapat pekerjaan yang baik. Ada yang belajar kat Mesir untuk dapat ustaz/ustazah atau doktor/doktorah kerana akhirnya nanti dipandang tinggi sanak saudara ditanah air kelak.


Kita tidak sedar apa tujuan kita di sini. Walhal semua itu ada dalam buku teks PSI, PQS atau lebih memalukan ianya diterap pada peringkat sekolah rendah lagi. Semua yang belajar itu hanya sekadar pengetahuan, bukan untuk diamalkan. Perkara yang paling basic yang semua umat Islam lupa. Aku tak beritahu di sini apa tujuan kita di sini (sebab kalian semua tahu sebenarnya)...


Sampai di sini dahulu, renung renungkan..



Aku rindukan ustaz ustazah yang pernah mendidikku dulu...



Wallahua'lam

Ingat tu..

Tuesday, October 27, 2009 0 comments
Salam w.b.t




“Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”


Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.


“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.


Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.


“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang ria'. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya ria' dalam beramal.



p/s : ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.


p/s II: Entry tertangguh (belum complete lagi)



"innamal a'malu binniat"

Tuntut ilmu ikhlas keranaMu..



Wallahua'lam

2nd Year

Monday, October 26, 2009 0 comments
Salam w.b.t,

Sampai sudah, Masuk universiti sudah, Ambil buku pun sudah..


Bismillah, ayuh kita mulakan tahun 2!

Manama,Bahrain I

0 comments
Salam,

Aku di Manama, Bahrain. Menunggu selama 3 jam transit untuk flight ke Cairo. Lama sedikit berbanding waktu pulang ke Malaysia dulu hanya 1 1/2 jam saja. Aku tak kesempatan nak buat apa-apa sebab aku diarahkan hanya untuk duduk diam-diam dalam airport sehingga boarding time nanti. Jadi,nak pukul gambar banyak-banyak pun tak dapat la kan.

Alhamdulillah, aku sempat capai handphone untuk hubungi mak dan abah sampaikan yang aku selamat tiba di Bahrain dan menunggu selama 5 jam lebih sahaja untuk tiba di Cairo. Terima kasih kat Azim sebab pinjamkan kredit (ala..95sen/msg je).

Untuk org Kajang, Farhan tak beli apa-apa souvenir dari Bahrain kali ni. InsyaAllah next time ye =). Tapi tak apa, aku ada 'souvenir' pic yang mampu aku hadiahkan untuk kalian buat masa ni.

Sementara menunggu, jom jalan-jalan jom :D







Aku rindukan kalian..(tak leh tipu)

Warna-Warna Cinta

Tuesday, October 20, 2009 0 comments

Warna-Warna Cinta

Mereka berkata

Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu? selepas gerimis


-Hadiah untuk mereka tersayang :)

=============

Harini hari jumaat, 23 Okt / 4 Zulkaedah solat jumaat terakhir untuk tahun 2009. Lepas ni akan balik ke Cairo dan seperti biasa mendengar khutbah versi bahasa arab semula:D

===============
-Continue entry-

Harini hari sabtu, 1 hari sebelum
flight ke Cairo. Seperti mereka yang lain pernah rasa detik yang sama, mengemas, packing barang, sibuk beli barang itu ini sebentar buat aku tersedar dah sebulan lebih aku ada di tanah air. Walaupun untuk episod pertama berlalu dalam masa yang singkat, tapi kenangan bersama mereka pasti xdapat aku lupakan. Terima kasih Abah mak dan semua.. :). Dalam masa yang singkat ni, aku akan habiskan masa dengan mereka sebaiknya.















-Cari semangat untuk kembali ke Cairo :)