[T] Tidur

Saturday, November 14, 2009 1 comments
Salam w.b.t

[Entry tertangguh 3 minggu lalu]
Dah lama peram dalam kotak draft.




Gambar hiasan


Tidur- (Petikan Rencana oleh Mohd Roslan Md. Isa, BERITA HARIAN)

ORANG dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.
Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah. Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.

“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Hadis riwayat Tarmizi) Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur. Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir. Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.


Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda. Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah.

Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.



--------------------------------------------------------------------------------

Aku teringat seperti yang diajarkan oleh ustaz-ustazah ketika di Seri AlHuda dulu. Aku diajar supaya beradab dalam setiap tingkah laku, tutur kata dan hinggalah ke sekecil-kecil perkara seperti adab tidur dan berhadas.

Terima kasih ustaz-ustazah..ilmumu saham diakhirat sana.


Malam tadi tidur tak betul. Pusing sana pusing sini macam ular kena sebat. Sedar2 keesokkan paginya ada bawah katil. Haih~


p/s: Mak, sakit tengkok~ (rasakan..)

AlHambra,Andalus

Wednesday, November 11, 2009 1 comments
Salam w.b.t

Aku kagum suatu masa dahulu kita kuat dan gagah. Membina empayar hampir 2/3 dunia. Membelah lautan meneroka ciptaanNya. Bila disebut Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin dunia bagai memandang tegak terpaku seketika. Benarlah, tiada yang terbaik melainkan pemerintahan khalifah yang menjamin kesejahteraan semua. Duniawi ukhrawi semua terjaga.

Aku kagum lagi. Keberanian mereka yang tercatat dalam lipatan sejarah. Kalau tidak manakan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umayyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, Khalifah Uthmaniah, Kemaharajaan Mughal India, dan Kesultanan Melaka menjadi kerajaan terkuat di dunia.

Entry ni dan seterusnya aku akan kongsikan kisah kerajaan Islam terakhir di Andalus atau lebih dikenali zaman kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam dengan terbinanya istana AlHambra di kota Granada, Sepanyol.


Sebagai permulaan,






Cinta Bertasbih

Tuesday, November 10, 2009 2 comments
Salam w.b.t

Malam tadi, gara-gara status di kotak YM aktif heboh tentang tayangan movie Ketika Cinta Bertasbih yang akan muncul di pawagam tanah air membuat aku tertarik untuk menulis sedikit sebanyak tentang cerita ni. Ya,mungkin sebelum ini sahabat-sahabat pengemar novel cinta islami ini sudah 2- 3 kali khatam membaca novel atau sudah mendegar cerita dari kawan-kawan dan sedikit sebanyak dapat membayangkan jalan penyudah ceritanya. Lebih expert lagi, ada juga dikalangan kawan-kawan kita dengan hanya menonton trailernya pun sudah mampu membuat kesimpulan sendiri. Tak mengapalah, lain orang lain jalannya.

Baik, hari ini muncul satu lagi alternatif baru untuk sahabat2 yang mungkin bagi mereka tiada terluang masa untuk mengamati novel tersebut. Ini membuktikan membaca novel memakan hari lamanya atau individu itu sendiri malas untuk membaca(tiada masa terluang). Sebaliknya boleh menonton cerita tersebut di layar perak, laptop kengkawan ataupun download sahaja dari internet (illegal!). Dalam masa 3 jam sahaja penghujung ceritanya boleh diketahui.

Semalam tengok sekerat je cerita ni kat laptop ahli bait. Secara visualnya boleh dikatakan penggambaran filem ni banyak diambil di Mesir terutamanya di Kaherah a.k.a Cairo. Ada juga jalan ceritanya disertakan lokasi-lokasi lain seperti Zagazig, Tanta dan di Indonesia sendiri. Apa yang membuatkan cerita ni tertarik untuk aku menulis entry adalah jalan ceritanya yang sangat menarik, islamik dan tinggi nilai sasteranya. Betul, siapa yang tak percaya bolehlah tengok cerita ni sendiri.

Sangat menariknya dalam cerita ni juga diceritakan tentang suasana kehidupan mahasiswa 'wafideen ' (asing) khususnya mahasiswa indonesia di bumi Mesir. Jadi, sesiapa sahaja yang menonton pasti sedikit sebanyak merasai tempias 'debu pasir' dan cara hidup orang perantauan di sini.

Lihat, bila kita menonton cerita-cerita begini bukanlah untuk mengetahui jalan cerita cintanya semata-mata. Betul, kalau ditanyakan pada budak sekolah rendah pun mereka boleh agak cerita yang ber'
title'kan CINTA pasti akan berakhir dengan pernikahan atau paling tidak perhubungan antara dua insan bukan. Tapi sebaliknya apa yang kita mahukan disini adalah mengambil sebanyak mungkin pengajaran jalan ceritanya tentang bagaimana ketabahan jerih payah kehidupan mahasiswa/mahasiswi islam menadah peluh untuk meneguk ilmu dalam masa yang sama ditimpa pelbagai ujian dan cabaran yang beratalu-talu. Daripada itu, kita dapat menilai sendiri dimanakah kedudukan tinggi rendahnya ilmu kita selama ini.

Bercerita tentang movie ini maksudnya bercerita tentang cinta..

Mari kita lihat.
Teksi Cairo yang 'sporty'



KCB I & KCB II (versi novel)




Bertasbih memujiNya


Kesimpulanya, cerita ni dapat mendidik jiwa supaya kita makin mencintaiNya.

Setiap masa..


Wallahu a'lam

Penat

0 comments
Salam w.b.t




Rasa letih dan tak sihat mungkin sinonim bagi mereka yang berada disini disebabkan 'seasonal flu' (perubahan cuaca) yang bakal tiba di Mesir (ntah2 dah tiba). Di Mesir, musim sejuk boleh mencapai antara 15 celcius hingga 21 celcius (sumber:Google). Jadi, bersedialah semua wahai ahlu misr untuk hadapi musim sejuk dengan ubat-ubatan yang perlu sebagai langkah awal bila penyakit datang. Penyakit biasa seperti demam, batuk, selesema, sakit dada dan sebagainya mungkin perkara biasa bagi 'orang lama' kan. Ya, biasalah sangat..Tapi perlu diingat bila sakit menyerang terus dapatkan rawatan dengan segera (cam doc la pulak).

Letih pula berpunca dari kekurangan tenaga yang ada dalam badan. Tambahan pula bila datang musim sejuk ni immunity badan akan jadi lemah dan perlukan banyak tenaga untuk kegunaan seharian kita.[Abang-abang senior kalau salah sila betulkan]

------------------------------------------------------------

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya kami tetap menguji kamu sehingga ternyata pengetahuan kami ternyata adanya orang yang berjuang daripada kalangan kamu dan orang yang sabar. Kami dapat mengesahkan berita mengenai keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 3)


p/s: Tak sihat, tak suka makan ubat.hei~

Wallahu a'lam

Sekuat Manakah Kita..

Thursday, November 05, 2009 0 comments
Salam w.b.t

SollaAllahu 'alaihi wa alihi Muhammad..



Semenjak akhir-akhir ini gerimis turun tanpa dipaksai. Petanda musim sejuk disini bakal tiba. Alhamdulillah, begitulah agungnya ciptaanNya.Lihat, bagaimana peredaran musim berlaku selepas luruh datangnya sejuk, selepas bunga tibanya panas dan begitulah peredaran yang ditetapkan. Mereka tanpa sedikit pun berganjak dari apa yang ditentukanNya.Tanpa sedar diri kerdil terasa di hati. Tersentak sebentar diri hamba ini. Sedar atau tidak namun itulah sebenarnya lumrah manusia yang terjadi. Bila saat diri tidak gagah berdiri, air mata turun membasahi pipi. Indahnya suatu saat itu, bila mata-mata manusia berair menyesali apa yang berlaku, doa dipohon buat pengampunan hamba yang luhur. Tiada yang lebih bermakna melainkan air mata yang tumpah demi mengharapkan redha tuhan yang Esa.


Sesekali cemburu menyapa diri, melihat mereka sujud menyembah bumi, deras air yang turun seiring doa yang dipohon, sesekali diri terpanggil untuk memberi tolong, namun segagah apakah diri yang kerdil ini, bimbang jadi seperti tin yang kosong, semakin diketuk semakin berbuat berbunyi. Apakan dayanya.


Gambar hiasan


Keras…sekeras manakah saya?? Syahdu..sesyahdu manakah syahdu?. Hati yang keras tidak bermakna tiada punya masa untuk menjadi syahdu, diri yang syahdu bukan alasan untuk terus layu. Hakikat alam, terjadinya sesuatu bukan tanpa alasan tapi punya pengertian buat yang mereka bernama insan.


Sekudus manakah pandangan alam? Bisakah dijumpainya Tuhan andai diri hilang tanpa pengetahuan?


“Kenal diri sendiri untuk mengenal Tuhan”. Ungkapan keramat seiring perjalanan menuju Tuhan. Ramai yang menangis sambil menyalahi diri, kerana kesabaran yang tidak dapat terus bertahan bila diuji. Namun sedarlah mereka yang sering menangis, ujian itu hadir sebagai arahan untuk tangisan kelemahan insan. Manusia….bila dihinanya diri dihadapan Tuhan, kemuliaannya diangkat buat martabat diri. Kerana hakikat insan itu terus disimpan, hutang yang ada tiada yang dapat menyimpan. Bukankah hakikat kejadian manusia itu ialah orang yang berhutang. Hutang kita bukan sebarangan tapi hutang kita dengan tuhan. Menangislah selagi kalian mampu menangis.


Buat yang malu untuk menangis,


Sekeras mana lagi yang kau anggap keras. Kalau keras itu lambang kekuatan, mengapa lelaki yang kuat dinilai dari sudut kesabaran? Kuatnya kita hanya dihadapan makhluk, tapi lemahnya kita bila berhadapan kekuasaan Tuhan. Selagi punya nyawa dibadan, nikmat kekuatan hanya pinjaman. Angan apa yang menyapa dirimu, kalau air jernih yang turun disangka lambang kelemahan maka dimana pula nilai kemuliaan? Mulia bukan pada gambaran sempurna rupa, tapi jiwa yang mengharap pada kesudahan yang penuh kebaikan.



Gambar hiasan


Sempurnanya Islam kerana Iman, Iman sempurna kerana taqwa, Taqwa tidak hadir tanpa amalan, Amalan yang ikhlas pembuka pintu cahaya jiwa.



Buat yang sentiasa mencariNya,

Ingatlah pencarian panjang mencariNya, penuh godaan dan dugaan alam,

Sesukar mana pun dirimu ditekan, rahmat Tuhan pasti datang.

Kalau susah itu tanda kesukaran, kesenangan bagaimana pula yang kau jangkakan?..

Manusia…semakin diuji semakin matang, InsyaAllah..tanpa sedar kita semakin menghampiri tuhan…



Aku tiada tempat lain untuk mengadu..

Hanya Dia sebaik-baik tempat..


Wallahu a'lam..

MendekatiNya I

Tuesday, November 03, 2009 0 comments
Salam w.b.t

Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..



Sejak beberapa hari ni hati rasa tak tenang..dan sejak dari itu aku semakin mendekatiNya..

Persoalannya, kenapa tika bila waktu tu sahaja aku mendekatiNya..(monolog diri)




p/s: maaf semua..

[Entry tengah tak sihat]


Wallahualam