Hakikat Manis Perjuangan

Wednesday, July 14, 2010
Surat titipan untuk kalian
Buatmu sahabat seperjuangan..  

Ingatlah, Penjara, penyiksaan, pengasingan , penindasan malah dibunuh adalah amat sinonim dengan kisah para pejuang dakwah.  

Bermacam-macam dugaan diterima, namun inilah hakikat yang perlu ditelan dalam perjuangan dalam menyebarkan perkara haq. Para pejuang dakwah tidak pernah putus asa, malah ada yang sampai mengatakan;  

“Setiap kali kami dihentak atau dipukul dan mengalir darah di kepala kami, maka disitulah kami rasakan saat kemanisan dakwah.”  

Apakah rahsia besar kejayaan mereka dalam meperteguhkan prinsip memperjuangkan dakwah?

Mereka sama sekali bukan mengimpikan kemenangan, tetapi merasakan diri bertanggungjawab di atas amanah Iman dan Islam. Inilah harga yang mereka bayar, untuk membeli kunci syurga. 

Dunia bukanlah tempat berenak-enakan bagi mereka. Kisah-kisah pejuang agama. Kebanyakan dari mereka ketika hidup, adalah orang buruan, dipenjara, disiksa dan bermacam-macam lagi dugaan malah tohmahan. 

Imam Abu Hanifah mati di dalam penjara. Tetapi selepas kematiannya ilmunya dipakai, malah dikenang hingga sekarang sebagai salah seorang Imam Besar.  

Imam Malik disiksa kerana mempertahankan prinsip fatwanya sewaktu menjadi Mufti Madinah. Pendapatnya berlawanan dengan Gabernor yang memerintah ketika itu. Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling kota Madinah. Ia tidak pernah tidak menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan.  

Imam Al-Laits, seorang alim menjadi Mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata, 
“Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, mejadikan satu tingkat baginya masuk syurga”  

Imam Syafie' difitnah sebagai seorang Syiah, sehingga beliau diikat dan dirantai. Tetapi perjuangannya menyebabkan kemudian dia digelar sebagai ‘Nasirus Sunnah’.  

Perjuangan Imam Ahmad bin Hambal yang dicambuk kerana menetapkan pendirian bahwa Al-Qur’an itu bukan makhluk juga pendirian yang sama dipegang oleh Ulama Ahmad bin Naser Al-Khuza’I yang dipancung dan digantung kepalanya.  

Melihat ujian mereka, amat kerdillah rasanya diri. Tak malu, manakah dikatakan kita pejuang yang mengharapkan syurga tetapi hidup hanya bersenang-senang saja tanpa ujian dan dugaan...


credit to ibnsina

3 comments:

  • penyiksaan itu bahasa indonesia

    penyeksaan itu bahasa melayu

  • FarhanMurtza

    salam.ouh..maalish.maaf.salah ejaan buat pmbaca.syukran menegur =)

  • Post a Comment