Assalamualaikum w.b.t
Syukur, syukur, syukur alhamdulillah..
Alhamdulillah,atas pemberian nikmat rezeki yang diberikanNya selama ini. Maha suci Engkau ya Allah, mustahil sama sekali untuk aku hitung rezeki dan pemberianMu.
Cerita tentang nikmat I,
Kini, ia semakin meningkat dan ‘forward anteriorly’.
Apa sudah jadi pada budak-budak ikhwah gen2 ini?.
Suka saya maklumkan, mereka sudah semakin membesar! :p.
bukan niat untuk memalukan sesiapa tapi ianya kenyataan yang harus kita jaga-jaga. 3 hari yang lalu pergi ke destinasi pilihan untuk mengalas perut, mana lagi jika tidak en. Mo’men kan. Asyik-asyik jumpa si waiter Hussein itu kalau makan disana. Mahu dia anggap aku ini muka ‘mo’men yang sejati’ selang sehari berturut-turut pergi sana. Fulus yang berwarna warni itu bagai hitam putih. Nasib kali ini kiraan aku tepat,betul! hanya order murah-murah sikit untuk perut yang kecil ini. Berbeza dengan mereka, sungguh kejam sekali!, sanggup berperang demi perut. Memang benarlah seperti disebut oleh pakar psykologi dan saintis-saintis tentang selera makanan ikwah ini.
Tapi, segalanya sudah berlalu kan. Semestinya ia sudah digest dengan baik dan member kesan nutrient yang berguna pada badan. Alhamadulillah atas pemberian nikmat makan dan minum itu.
Kami suka makan ramai-ramai. Tula ukhwah
Betul tak
Siapa kata pelajar medik tak ade mase nak buat ini kan
Cerita tentang nikmat II
Siapa pernah kira dalam masa seminggu atau sebulan berapa kali kita jatuh sakit?.
Berapa kali pening kepala dan selesema?.
Itu acute,tidak termasuk chronic pula.
Dulu, masa berangan-angan nak ambil medik selalu curi-curi jengok doktor di klinik. Mereka sihat, ceria sahaja dan senyuman. Eh, mereka tak sakitkah? Yelah, jika difikirkan doctor yang penuh dengan ilmu perubatan didada itu mustahil sekali untuk sakit. Jika ada pun sakit kecil-kecil sahaja dan semestinya jika ia berlaku mereka tahu cara untuk menghindar dan merawatnya. Lihat diluar sana, tidak kiralah di Malaysia atau disini sama sahaja. Golongan professional seperti itu masih juga tidak mengamalkan hidup sihat.
Harini, Alhamdulillah..nikmat ini Allah tetap jaga rapi dan baik sekali. Tiada lagi demam selesema ataupun diarrhea seperti 2 minggu yang lalu. Aku sihat bukan kerana ubat anatel buatan mesir yang ditelan 3 kali sehari itu, bukan juga kerana doctor yang pakar merawat. Bukan juga futsal dan berenang di kompleks zagazig yang selalu aku pergi. Tapi semua itu kerana kehendak izinNya untuk memberikan nikmat berharga itu. Teorinya mudah sahaja, hanya kerana izinNya, maka lahirlah ilmu yang tidak putus-putus itu. Kemudian,dengan izinNya juga ilmu itu diturunkan kepada kalian yang bergelar doctor ataupun ahli farmasi. Seterusnya, dengan ilmu itu bercabanglah aplikasi yang tiada sempadan yang berguna untuk berusaha merawat penyakit. Doktor dan ubat hanya pembantu, tapi segala penyembuh dan pengubat hanya atas izinNya.
Masih diberi kesempatan gelak ketawa bersama
================================
p/g : Nikmat makan yang sihat yang terindah tak ternilai harganya
p/s : Hari-hari yang berlalu minggu ini adalah hari yang sihat :) syukur sekali lagi
-To be continued for next present from Him-