Bagus kan

Tuesday, August 04, 2009 0 comments


Salam w.b.t

Exam ni
Boleh buat kita selalu rasa cuak,
buat kita rasa gementar
buat kita rasa takut,

Exam ni,
selalu memaksa( ye ke?) untuk kita pulun dan pulun
'Mengaji' bersungguh-sungguh
Iya la kan,sebab kita mahu keputusan yang mantap-mantap,
Mahu tunjuk kepada emak dan ayah di sana
Yang kita di sini bukan suka-suki je,
Belajar bukan main-main
Khususnya untuk mereka yang berada di luar tanah air,
pastinya mahu buat yang terbaik,
Sebab tak mahu pulang balik sini,ambil exam semula.
Sebab semua nak naik tahun
Dari tahun satu naik tahun dua
Dari tahun dua naik tahun tiga
Dan sebagainya

Andai dengan exam ni,
kita lebih banyak berharap kepada Dia,
lebih banyak berdoa agar diberikan kemudahan dalam menjawab exam
Banyak berdoa agar kesudahannya nanti baik-baik sahaja,
Maknanya exam tu memang bagus la kan?

Andai dengan adanya exam ni,
Kita selalu bangun malam bertahajjud,berzikir dan menghayati ayat-ayat Al-Qur'an
Rajin berpuasa, Solat lima waktu terjaga,tepat pada waktunya
Makan jaga,Kesihatan jaga,
Tidur terjaga(erkk)
Maknanya,memang exam ni bagus la kan?

Andai dengan adanya exam ni
Hubungan kita dengan emak dan ayah semakin erat
Hubungan kita dengan manusia dan makhluk lain pun terpelihara
Tak cari pasal dengan sesiapa,
Kita pun lebih sensitif terhadap perasaan orang lain berbanding biasa
Orang pun senang hati dengan kita
Kita pun tiada masalah dengan orang lain
Maknanya kan, exam ni memang bagus la kan.

Kalaulah sikap kita macam ni masa exam,
Kalaulah masa exam ni kita lagi dekat dengan Dia
Dia yang sayang sangat dengan hamba-hambaNya yang tak putus-putus berusaha dan berdoa
Tetiba je rasa nak kata

'
Kan bagus kalau ada exam setiap hari'

:)

Maka oleh itu,
marilah kita redha dan suka sama exam
Sebabnya
'Result' semua sudah ditentukan,sudah tertulis dalam suratan,
Yang tinggal sekarang adalah
Perjalanan kita ke arah result itu saja
Sama ada dari segi usahanya,dari segi tawakal kita
dari segi doa nya
Dan setiap yang kita niatkan,
semua siap sedia dihitung,
dan tak ada satu yang terlepas pun

maka,
mari 'menuai pahala' banyak-banyak masa musim exam ni
Agar nanti,kita dapat hasil yang memuaskan hati
di akhirat kelak
ditentukan untuk berada di Syurga dan bertemu dengan Pencipta kita
Ameen

===============================

Pagi tadi pergi kelas seperti biasa, sekali lagi ke Department of Physiology, Dr Sallah

Tinggal lagi 2 kelas untuk habiskan syllibus

Jadi, tak hairanlah jika saya katakan doctor ajar kami macam jet combat kali ni.

2 hari yang terakhir,

Sangat penting katanya. Rugilah pada sesiapa yang uzur untuk ke kelas.

Sebab kata Dr Sallah tadi, hari khamis ade taklimat exam dan tip2 mustahak yang nak diberi.

Sangatlah berguna tu..

:)

p/s: off for anatomy written

p/s lagi: credit from kak Cairo, syukron :)

+Exam jadikan kita lebih dekat denganNya..