Madrasah sanawi

Saturday, September 05, 2009 0 comments

Salam 15 Ramadhan 1430H..
[Muhasabah Ramadhan bersama ana dan sahabat-sahabat]




Malam yang pekat,

Jalan basah lumpur melekat,

Menapak perlahan melangkah lambat,

Ke rumah suci kuning langsat,

Bersama barisan saf yang rapat,

Mula takbir sebelumnya niat,

Alunan kalam tiada cepat,

Dalam jemaah nada sepakat,

Mengharap malam terisi berkat..


Malam yang kelam,

Cahaya sikit kadang berbalam,

Menanti bulan memadam suram,

Hati kalut jadi tenteram,

Hilang kusut dan remuk redam,

Surut cinta rindu terpadam,

Pada dunia noda semalam..


Malam yang sunyi,

Dalam langkah berteman sepi,

Bunyi unggas silih berganti,

Riuh bingit bertasbih memuji,

Tinggal insan kalut sendiri,

Pada dunia yang lekat di hati,

Menempek hitam kotor berdaki..


Malam yang dingin,

Hujan henti hilang angin,

Tanah basah langkah licin,

Kaki merentas pohon beringin,

Panas sejuk hati teringin…


Malam itu,

Pekat dan kelam tidak menyatu,

Sunyi dan sepi berganti lagu,

Dingin pergi melintas lalu..


Malam itu,

Lumpur melekat jadi sepatu,

Cahaya sikit berpusu-pusu,

Riuh bingit terdengar syahdu,

Angin mengiring langkah melaju…


Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita..
Apa yang kita peroleh selama 15 hari ni?
fikirkan..

==============================

p/s : Hari nak balik semakin hampir.tak tipu :p
p/s : Sajak pertama bulan Ramadhan nukilan penulis :D

Tunggu..

Wallahualam,

3 sudut

0 comments
Salam,

Pada 3 sudut yang berbeza,
Berlainan cerita,
Berbeza dunia..

i.
Di satu penjuru sebelah kanan,
Kedengaran sayup, suara rakan,
Keluar segar dari dewan,
Sibuk berbincang tentang peperiksaan,
Itu salah, ini bukan,
Pelbagai bahan menjadi alasan.

Terdengar juga perkataan-perkataan,
Yang tidak patut menjadi perbualan,
Kata-kata kesat memenuhi ruangan,
Jelak mata memandang, rosak pendengaran.

Mengapa harus diperkata sedemikian?
Tidak syukurkah wahai insan?
Adakah dia kurang kefahaman?
Ataupun tidak pernah dia praktikkan?
Percayalah bahawa terdapat kebaikan,
Dari segala yang sudah ditetapkan.

ii.
Halaman yang penuh dengan pelajar,
Ada membaca, ada berehat sahaja,
Seorang demi seorang, masuk ke dewan,
Seorang demi seorang, keluar dengan keputusan.

Sekumpulan manusia sedang berbincang,
Didatangi taulan, yang melepasi rintangan,
Bolehlah, kata si taulan,
Keputusan elok sekadar memuaskan,
"Adakah benar wahai teman?"
"Ya, benar" jawapan penuh keyakinan.

Sukar untuk kami percaya,
Kerana si taulan, pelajar istimewa,
Segalanya berada, di hujung jarinya,
Memuaskan? Pelik bunyinya.

Tepat sekali jangkaan kami,
Si taulan sebenarnya, mendapat mumtaz,
Mengapa sanggup memalsukannya?
Kerana mahu menangkis riak?
Ya, semua faham. Tetapi caranya, betul atau tidak?
Adakah tiada alternatif yang lain?
Banyak tawakal, mungkin jawabnya,
Tiada riak, tipu pun tidak.

iii.
Suara halus di penghujung sana,
Milik pemuda berbaju terang, berseluar gelap,
Duduk bersila mengenang nasib,
Bermusahabah berfikir kembali,
Salah silap semalam dan hari ini.

Linangan air mengalir di pipi,
Hakikat seorang adam yang tak dizahiri,
Saccus lacrimalis terbuka, tanpa disedari pemiliknya,
Telah cuba dia bertahan, tetapi gagal,
Suasana hening di pagi peperiksaan,
Sesiapapun tak sedar, gerangan sang penangis.

Perlahan-lahan mencapai bagasi,
Apakah isinya memberi ketenangan?
Sejenis naskhah dibawa keluar,
Satu per satu diselak sang pemuda
Ya, benar. Al-Quran dipegangnya,
Menghayati setiap ayat yang tersimpan,
Untuk mendapat ketenangan yang berkekalan.

Pemuda tabah menghadapi dugaan,
Walau apa rintangan di hadapan,
Kitab suci Allah sentiasa menjadi pegangan,
Tatkala senang mahupun kesempitan.

Dunia ukhrawi,..