Salam..
Bukan sengaja,
2 minggu nampaknya aku tak update blog ni. Mungkin kesibukan dan kepenatan baru saja tiba di kajang. Oh ya, mungkin ada yang telepas,tepat jam 9.25 pagi 18 september Farhan selamat mendarat di KLIA buat kali pertamanya :) Alhamdulillah, semuanya selamat..
Sahabat-sahabat yang lain pun begitu juga. Kami semua kepenatan sejurus selesai urusan 'exam' dan tiket balik kampung. Syukur nasib baik kajang ni dekat saja dengan KLIA. kalau tidak kena naik 'flight' atau bas pula untuk ke utara, pantai timur atau selatan seperti kawan-kawan yang lain.Penat..
Kini, di Kajang. Kesempatan masa bersama keluarga disini begitu panjang dan pastinya membawa seribu makna. Maka, secara 'rasmi'nya jadual 'cerita pendek' untuk tahun 2009 ini akan berkuat kuasa selepas selesai musim raya ni :)
Jaga-jaga la semua..!
-Supaya blog ni akan terus bangkit selepas sekian lama tidur (xdela lama sangat pun) :D
-'Budak' tu teruja betol 'first time' sampai KL dari Cairo & Manama.
10 years ago