Janji kita
tatkala ingin beramal
perlu difahami, dengan benar-benar faham
mulakan dengan niat yang juga benar
Allah, tiada yang lain
ikhlaskan hati, moga-moga usaha kita untuk ikhlas, dipandangNya
janji kita
amal bukan sebarang amal
perlu sungguh-sungguh, mujahadah
kerana kita pernah berjanji al-jihad sabiluna
sabarlah
syurga harganya mahal
menuntut pengorbanan luar biasa
fizikal, mental, emosi
pendek kata, segala-galanya
sabarlah juga
dalam mentaati ketaatan
hanya Allah yang tahu
suka ataupun tidak
janji kita
tidak ada yang lebih baik selain dari yang ditetapkanNya
untuk kita lebih tsabat
menempuh segala halangan yang mendatang,
untuk istiqamah, dan iltizam
dari itu,
kita berharap
lahirnya tajarud,
mohon kita bersih dari segala yang tidak diredhaiNya
lahirnya ukhwah,
di mana kita sama-sama merindu syurga
lahirnya tsiqah,
kerana kita tahu, janji kita sama
janji kita
Allah ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al Quran dusturuna
Al-Jihad sabiluna
Al-Mautu Fisabilillah asma amanina
Allah adalah tujuan kita
Rasulullah teladan kita
Al Quran pedoman hidup kita
Jihad jalan kita
Mati di jalan Allah, cita-cita tertinggi kita
janji kita
sukarnya,
sabarlah.
hanya padaNya kita berharap.
berharap, moga kita mampu kotakan.
janji kita.