Salam w.b.t
Sudah 3 hari saya tak mencoretkan apa2 disini. Seikhlasnya dalam masa terdekat ni saya sibuk pulun ulangkaji untuk final exam nanti. Ya, final exam tak lama lagi pun. Hanya 10 hari sahaja lagi.Makin hampir nak exam makin banyak pula dugaan yang diterima bertubi2. Adat peperiksaan pelbagai dugaan ada, macam halangan yang kena tempuh. Syukur alhamdulillah sehingga kini Allah masih menyayangi diri, tiada sakit yang bertandang. Terima kasih ya Alllah.. lain pula mereka yag diberi ujian,ada kalangan sahabat seimarah saya yang mengadu sakit2, demam dan sbg. Kata aku tak mengapa, tu ujian Allah untuk kita tuk terus kuat dan tabah hadapinya. Kita boleh sahabat..jgn lemah!. Alhamdulillah sekali lagi, sememangnya saya bersyukur kerana masih diberi kesihatan dan masa yang baik. Tak lupa juga kesihatan keluarga di tanah air pun yang baik2. Apa khabar la ek anak buat pak the kat sana?.. :)Harini 31 Julai, hari terakhir untuk bulan ni. Siapa ingat lagi coretan ‘selamat datang julai’ yang Farhan sebelum ni, sekejap sahaja rasanya masa berlalu melabuhkan tirai Julai dan keesokkanya aku akan bukak cerita baru untuk bulan yang ditunggu2, Ogos..oh Ogos.. Sejujurnya, tipulah kalau saya katakan saya tak merindukan keluarga disana kan. Yelah, nampaknya ramai juga antara kawan2 yang dah balik dan akan balik tak lama lagi ke Malaysia untuk bertemu keluarga masing2 akhir2 ni.(maaf saya tak sertakan nama kalian) tapi bagi saya, hati ni bak berbahagi dua, 1 disini dan 1 disana. Makin hari makin kuat pula untuk melekat dan tertarik untuk kekal disini dan makin hari juga makin tambah rindu orang disana. Dulu, masa pertama SC, Abg syam pernah kata, mungkin ilmu dan kenangan kita disini yang buat kita camtu. Ahaa..mungkin juga. Bila dah balik ke tanah air nanti masing2 buat haluan sendiri,tiada lagi jumpa dan untuk amalkan apa yang selalu kita buat disini. Itu mereka..bagi aku, environment sekitar bumi Mesir yang aku lalui hari2 disini yang membuatkan jadi gitu. Betul x kawan2?..
3 hari yang lalu, classic aku ni berdering lagi. Ada mesej dari abang Ayi, Midy dan Syafiq sekaligus yang aku terima. Katanya mahu sembang2 di skype. Sebelum ni jarang dapat mesej dari mereka bertiga, bila dapat tu aku terkejut juga. Macam teruja la..rindu agaknya orang kat sini. 3 hari yang lepas merupakan hari pertunangan kak Amrina, kakak yang ke-2 dalam adik beradik kami selepas abg Apiz. Nampaknya akan bertambah lagilah ahli keluarga kami tak lama lagi :). Sekarang ni aku punyai seorag abang ipar dan seorang kak ipar yang baik2 belaka semuanya. Jika nak dicerita tentang mereka kenala tunggu entry akan datang pula. Kali ini kami sekeluarga tak sabar2 nak tunggu yang ‘ke-3’.aa.. perkenalan untuk mereka ni farhan hanya tulis secara general saja memandangkan merka hanya baru bertunang. Kakak yang ke-2 ni bernama NurulAmrina Bt Ahmat Murtza yang kini berumur 25 tahun dan akan menamatkan pengajiannya di KUIS dalam jurusan syariah tak lama lagi. Bakal abang ipar pula bernama Musa Yazid dan kini berumur 26 tahun dan telah menamatkan pengajiannya di Maahad Qiraat Shoubra, Kaherah Mesir beberapa tahun yang lalu.(itu sahaja fakta dapat aku terokai). Lepas ni kak lang kenala cerita lagi kat alan k. Hari tu online skype nak cakap2 dengan kak lang, lama dah tak tengok muka kakak ku yang sorang ni. Nampaknya kakak ku yang ni dah jadi milik orang rupanya..tak sangka masa pantas berlalu. Warrhh..lepas ni rindula dengan masakan kak lang..Walaubagaimanapun,Alhamdulillah selesai untuk edisi kakak yang ni..dan lepas ni tinggal lagi 1 kakak lagi untuk ditunggu2.ngeh3..;).
=========================
Sangat merindui:
Abah kata abah buat kenduri jemput orang ramai buat makan2 sikit untuk orang sebelah ‘sana’ dan orang sebelah ‘sini’ (memanglah adat bertunang). Lebih hebat lagi, abah tumbangkan 2 ekor kambing bakar untuk tetamu yang hadir (ni xboleh tahan). Sedapla kiranya kan. Macam biasa kalau keluarga kami buat kenduri pasti ramai yang hadir. Paling prominent sekali geng KISAS b.Ayi kata abah. Betul2, setuju tu. Kata mak pula masa aku tengah chat tu, Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Tidak banyak yang mak cerita pada aku sebab nampaknya mak keletihan sedikit waktu tu (rindu pada mak tak puas lagi). Beberapa minit selepas aku sembang, mak paggil kak lang untuk sambung. Part ni yang paling dinanti-nantikan masa kak lang tunjuk cincin kat depan camera. Hihi..Tahniah kak lang !..Mudah-mudahan insyaAllah..Alan doakan..:)
Entry ni ditulis dalam masa 1 malam 2. Reason- Kerana tergendala sebentar utk ikut kelas tambahan biochem daripada senior 3rd year.
p/s: Tinggal lagi 10/9 hari
lagi p/s: Kak lang,nanti ting tong alan bila abah nak buat majlis tu. Cakap abah cepat2 sikit :p
lagi-lagi p/s: Kandak,sori… :p