Berehat Sebentar

Friday, January 15, 2010 0 comments
Salam w.b.t

Lama juga rasanya tidak mencatatkan apa-apa disini. Barangkali sibuk dengan fatrah imithan dan kerja-kerja yang menimbun. Maaf untuk kalini.Oh ya, sejak masuk tahun baru blog ini nampaknya semakin dipinggarkan tanpa mecoretkan sedikit catatan. kesian dia..=). Tak mengapa, Alhamdulillah harini hari jumaat (cuti) ada kesempatan untuk update blog.Jadi aku akan masak cukup2 menulis disini demi memberi sedikit sebanyak perkongsian dan peringatan kepada semua.

[chapter I)
Sedar tidak sedar, tahun yang kita sedang duduki harini ialah 2010. Terasa sungguh cepat masa berlalu. Jika dahulu di sekolah menengah aku asyik merungut untuk cepat besar,cepat dewasa. Tapi harini perasaan itu mungkin sebaliknya. Semakin besar semakin banyak tanggungjawab yang perlu aku pikul. Berbalik pada tahun baru tadi. Harini sudah 15 januari.Ya, Ada apa pada januari? (mediczagazig jgn buat xtawu!). Bulan ini aku dan sahabat-sahabat lain akan menempuh imtihan nifsu sanawi pada 28/1 - 3/2. Jadi tidak hairanlah dalam fatrah begini, 'kempen' jom ke kuliah beramai-ramai, study group, discussion, tutor dalam macam2 cara lagi diadakan untuk persiapan yang secukupnya.

Lagi,InsyaAllah aku yakin jika sebelum ini dewan kuliah bilangannya hanya setengah dipenuhi dengan pelajar2 kita tapi tidak pada fatrah ini aku yakin bilangannya akan bertambah tidak ubah seperti sardin sumbat :D .Apa pun, mak abah, doctor2 dan sahabat2 semua doakan kami semua tabah menjalani imtihan hingga keakhirnya.

[chapter II]
Sejak-sejak ini ada orang tanya, "farhan, anta xupdate blog ke?" atau bahasa xformalnya "pasal ko xupdate blog?" :D. Jadi, waktu tulah waktu untuk macam-macam alasan yang keluar (yang pastinya xmunasabah).Untuk entry kalini, mugkin ada yang tertanya kenapa penulis guna tajuk "Berehat sebentar" seperti tertera diatas. Sekarang musim cuti ke wahai pelajar medik mesir? atau masa untuk menonton series dan tidur?. Tentunya bukan..Nah, biar gambar yang menceritakan.


Utara, timur,barat dan selatan


Apa ini? batu bersurat

Penghujung sungai nil


Hakim,..,Dr Syam,Azhar


Laut Dumyat a.k.a Damietta


SC Dr Syam & SC Dr Hadi. Senior jumputan, Dr Syafiq,Dr Syazwan & Ust Zafir


Futsal Inter SC


Bola dirembat, Ukhwat diribat


Sanah Helwa Dr Hadi dan Syahmi


Wallahu a'alam