kepada
Abang, Kakak dan sahabat-sahabat di Malaysia
(UM,UIA,USM,USIM,UKM,UMP,KUIS,UTeM,UiTM,KUIM)
tak lupa juga adik-adik yang akan menduduki peperiksaan SPM mahupun exam akhir tahun =)
"Dan tidaklah kamu diberi pengetahun kecuali sedikit" (Al-Isra':85)
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
Hadis ini merupakan hadis pertama dalam hadis 40. Ia diriwayatkan oleh dua orang ulama hadis termasyhur, Bukhari dan Muslim dan merupakan hadis Mutawattir yang tak dapat disanggah kesahihannya.
Sebenarnya apa yang nak disampaikan kali ini, kita sebagai manusia setiapnya mempunyai tujuan dan matlamat. Begitu juga dengan makhluk lain seperti bulan, bintang, matahari dan lain lain makhluk Allah. Manusia tidak kira dia seorang muslim, atau kafir semuanya dijadikan kerana mempunyai matlamat masing masing, tetapi semuanya mempunyai matlamat akhir yang sama, iaitu kerana Allah.
Kerana Allah lah matahari menyinarkan cahayanya kepada planet disekelilingnya.
Kerana Allah lah bumi beredar mengelilingi matahari
Kerana Allah lah air hujan turun ke bumi.
Begitu jugalah manusia hidup di bumi matlamat akhirnya adalah kerana Allah.
Kerana itulah pentingnya manusia kembali kepada tujuan asal ia berada di bumi Allah ini. Aku juga seorang pelajar, datang ke Mesir dengan matlamat untuk menjadi orang yang bijak pandai. Tetapi lama-kelamaan aku sedar itu sebenarnya adalah matlamat yang salah. Ada orang pernah berkata, kita belajar kenalah pasang niat kerana Allah barulah dapat pahala. Tetapi sebenarnya kita belajar kerana Allah seperti mana hati dan lidah kita melafazkannya, tetapi tidak kepada perbuatan kita. Ramai orang pasang niat untuk belajar kerana Allah, tetapi hakikatnya dia belajar hanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Ada juga yang mahu mendapat pekerjaan yang baik. Ada yang belajar kat Mesir untuk dapat ustaz/ustazah atau doktor/doktorah kerana akhirnya nanti dipandang tinggi sanak saudara ditanah air kelak.
Kita tidak sedar apa tujuan kita di sini. Walhal semua itu ada dalam buku teks PSI, PQS atau lebih memalukan ianya diterap pada peringkat sekolah rendah lagi. Semua yang belajar itu hanya sekadar pengetahuan, bukan untuk diamalkan. Perkara yang paling basic yang semua umat Islam lupa. Aku tak beritahu di sini apa tujuan kita di sini (sebab kalian semua tahu sebenarnya)...
Sampai di sini dahulu, renung renungkan..
Aku rindukan ustaz ustazah yang pernah mendidikku dulu...
Wallahua'lam
© 2009 iMuslim iMu'min · Proudly powered by Blogger & Green Park 2 by Cordobo.