Selamat datang Julai

Wednesday, July 01, 2009 0 comments


Salam w.b.t

Selamat datang Julai sekali lagi


Buat yang pertama dan yang terakhir kali ini.Sekali lagi untuk kali ini sahaja.


Bulan 7 atau July yang dinanti-nantikan telah tiba.

Buat rakan-rakan,tak kira housemate rumah atas atau rumah bawah, bulan ini bulan terakhir kita.

Alhamdulillah, sampai juga kan. 7 bulan sudah kita di mesir.


Jadi, bersedialah semua! Ia semakin menghampiri, eh, tak tipu. Cuba check kalendar peribadi di laptop masing-masing. Masa untuk mengurangkan benda-benda yang tak patut . kita akan cuba insyaAllah..


Tak lupa juga sahabat-sahabat di sekitar sini, Cairo, Mansurah,Alexandria mahupun Zagazig :) ini bulan gembira untuk kalian. Nampaknya mereka sudah bersedia dengan sekeping kertas yang mereka tunggu-tunggu selama ini betul bukan? Itu dia tiket baling kampong! :p


Maka, bersegeralah kembalilah ke pangkuan keluarga anda ya. Disana, ibu ayah ,adek, abang dan kakak semua menanti dengan setia.


Untuk mereka (saya) yang 1st year tahun ini, ia bulan terakhir anda meninggalkan memori bersama sebelum membuka diari baru pada tahun akan datang dengan cerita-cerita yang lebih menarik.InsyaAllah


Kepada mereka yang 3rd year, ia bulan terakhir untuk ber’enjoy’ di bangunan fakulti sebelum bertukar ke bangunan hospital yang dinanti-nantikan itu di tahun depan,hospital (4th year -sudah masuk clinical year).


Buat yang terakhir kepada mereka yang di 6th year pula, ia pasti menjadi bulan yang paling bahagia, paling suka dan paling sedih. Sudah tiba masanya untuk meninggalkan memori dan kisah silam 6 tahun lalu di bumi ini. Kembali bersama segelung ijazah dan semangat untuk berbakti di tanah air sana.




Cairo view from air, pasti merindunya..




Attention to all passengers,thight your seat buckle!

semoga selamat pergi & pulang




Yang terakhir untuk tahun ini

mumtaz insyaAllah..amin~




Sahabat, kita boleh!, jangan surrender ok




======================


p/s : apa yang nak dibawa dan sudah dibawa pulang ke Malaysia 1st year ini? souvenir? or excellent?


p/s II: selamat mengahadapi imtihan histo esok. Semangat semua!


p/s III : selamat kembali ke tanah air :)- untuk kak kiah yang sedang menuggu di

boarding terminal Domodedovo International Airport ,Russia

(Moscow-Bangkok-Kuala Lumpur-boarding time - 0300 moscow time)