Seeking for own defense system

Friday, June 12, 2009 0 comments

Assalamualaikum w.b.t


Rasanya lama juga tak update blog, hampir dua minggu dah. memang betul kata abang2 senior disini, mula-mula buat blog memang susah betul nak lepaskan keyboard ini. Bila dah lama2, kerja sana sini bertimbun-timbun, sibuk study dan program yang macam2 akhirnya jadi malas pula. Tapi jangan salah sangka, en. penulis disini masih active lagi bergiat menghidupkan blognya. :)

Seminggu yang lalu, si kiyoshi laptop ku masuk ICU. sebab itulah segalanya jadi tergendala. Alhamdulillah, segalanya kembali pulih. Tapi, tak sempatlah nak coretkan pengalaman aku survive di hayyu sabi' (7th district) bersama Zul dan Afif pada jumaat yang lalu. 3 hari selepas itu, diikuti double event makan malam di mo'men dan rock chicken di Qaumiah dengan housemate. Entah kenapa minggu ini penuh dengan event yang 'best2'. InsyaAllah, ada masa nanti aku coretkan event tu disini sebagai pengalaman kita bersama.

diminggu seterusya,

Innalillahi wa innailaihi rajiun..

2 hari selepas itu, 10 Jun 2009- seluruh pelajar perubatan di Mesir digemparkan dengan pemergian saudara Muhammad Ammar b Zulkifli yang terlibat dalam kemalangan jalanraya bersama 2 rakanya Abdul Rahman b Ramdzan dan Akram Abdul Kadir yang masih dalam keadaan kritikal. Masing-masing mereka merupakan pelajar perubatan tahun 3 dan tahun 2 di Cairo University.

secara peribadinya penulis mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah dan sahabat-sahabat di Cairo university atas pemergiannya.

Semoga Allah mencucuri roh arwah dan ditempatkan bersama pada solihin. InsyaAllah

Al Fatihah..

================================

Pagi ini dapat lagi mesej dari 'abang jauh' yang setelah sekian lama menunggu :). Katanya ingin berkongsi sesuatu, entah apa pagi-pagi buta handset dah berbunyi,terkejut juga dibuatnya. 3 minggu yang lalu handset ini tak berbunyi sedikit pun. Sambungnya lagi, baru sahaja habis exam patho. dan selepas ini nak get ready for pharma. Exam disana jauh lebih berbeza jarak@ gap antara satu kertas ke satu kertas yang lain berbanding disini. Disana mereka masih boleh bermain lagi sementara meninggu kertas peperiksaan yang berikutnya.

Apa yang 'abang jauh' bagi?

================================

Dalam buku Robbins, Pathologic Basis of Disease,
Di bawah tajuk “INFLAMMATION”…

A critical function of inflammation is to deliver leukocytes to the site of injury and to activate the leukocytes to perform their normal functions in host defense. Leukocytes ingest offending agents, kill bacteria and other microbes, and get rid of necrotic tissue and foreign substances. A price that is paid for the defensive potency of leukocytes is that they may induce tissue damage and prolong inflammation, since the leukocyte products that destroy microbes and necrotic tissues can also injure normal host tissues.

….leukocytes atau dikenali sebagai sel darah putih ditakdirkan berada dalam sistem imuniti badan manusia, dan tak lain tak bukan, untuk melindungi dan mempertahankan badan manusia daripada infectious atau pun foreign bodies.

Subhanallah, hebat sungguh Allah ini.

Dia lah selayak-layak ilah yang berhak disembah. Dia lah yang menciptakan manusia itu daripada segumpal tanah yang hina. Kemudian dengan ilmu-Nya yang seluas-luas, dia telah membentuk suatu organisma bernyawa yang bernama An-Nas iaitu manusia atau pun sang pelupa. Berbalik pada kajian ‘Robbins’ di atas, para saintis, para patologis telah menemukan immune system dalam badan manusia. Kajian demi kajian, pelbagai istilah-istilah yang berbagai-bagai akhirnya diperkenalkan kepada dunia.

Sahabat yang saya hormati,

kita juga begitu, kita diciptakan bukanlah dengan kekosongan. Kita tidak bersendirian. Sebaliknya Allah telah menyediakan kita dengan sistem imuniti kita sendiri. Tetapi sistem imuniti yang bagaimanakah yang dikatakan ini? Masih lagi dalam skop ‘Robbins’ tadi ke? Tidak, kita sedang membincangkan skop yang lebih luas lagi. ITU TENTANG KEHIDUPAN KITA YANG SEBENAR. !!
Semua sudah maklum tentang mengapa kita diwujudkan di dunia. Tetapi, dalam kita menjalani hidup ini, hidup sebagai seorang muslim dan mu’min, sememangnya kita dihalangi oleh musuh nyata kita. Itu Syaitan, boleh jadi kita sendiri atau pun jin.An-Nas [114:6]. Jadi marilah kita berkata tentang defense system kita. Apa yang kita sediakan untuk mempertahankan diri kita daripada hasutan syaitan? Leukocyte lagi ke?

Itulah iman, our defense system yang menjadikan kita sejernih-jernih hamba-Nya. Iman itulah yang menentukan siapa diri kita, sejauh mana kekuatan diri kita untuk terus hidup atas kehendak-Nya. Tanpanya, ibarat ketiadaan leukocytes (saudara boleh fikir sendiri).

Tetapi…

A price that is paid for the defensive potency of leukocytes is that they may induce
tissue damage and prolong inflammation…

Memang tidak dapat disangkal, sebaik-baik dan sebenar-benar usaha kita untuk terus pertahankan jiwa kita, pasti ada ujian-ujian, pasti ada kerosakan-kerosakan, pasti ada kekurangan yang akan berlaku.

^ Wallahu’alam ^


*petikan dari Complex creation-penyucian hati-Moscow,Russian Federation

-sudah lama tak berborak-borak dengan orang Moscow kan, harap disana semua sihat2 sahaja

-Nak ucap terima kasih pada en. cc-ph,jasamu dikenang! :D

-Last but not least, untuk kakak tersayang, 'good luck for your 4th year final exam', bittaufiq wannajah

InsyaAllah..