Sekali lagi

Wednesday, May 27, 2009 0 comments

Assalamualaikum w.b.t..

2 hari , sekali lagi perasaan yang sama


 Hari ini,indahnya seperti hari-hari rabu yang biasa. Terkejut, bangun awal, ceria, suka dan sedih semua perasaan ada. Hari yang sepatutnya dipenuhi dengan kelas anatomy, physiology dan embryo menjadi lain pula ceritanya. Alhamdulillah..syukur juga sebab hari ini saya dan sahabat-sahabat diberi kelonggaran untuk tidak ke ‘scary’ kuliah. Manakan tidak 2 hari yang lalu,’ayahnda’ doc physio kata nak buat ujian lagi ditambah ‘the most care lect’ (Biology &Embryology lect,Dr. Ibrahim) katanya minggu lalu nak buat ujian untuk semua topic embryo (banyak tu,aku pun tak abis baca lagi).Apalagi, semua pusing-pusing la. Masing-masing ambil kesempatan hari ini untuk delay exam.‘huhu..aku tarik nafas lega juga’, yela siapa yang nak minta-minta exam kan :D Malam tadi,malam yang sepatutnya jadi malam untuk bersengkang mata jadi malam yang dibanjiri linangan air mata pula(sebenarnya). Tapi masing buat-buat ‘cover’ kan. Main game, borak-borak dan macam-macam lagi.


Sambung cerita pagi tadi. Awal pagi (lebih awal dari pergi kelas lagi tu) kami semua dah bersiap-siap, imarah dah lengang. Terima kasih ‘pak cik’ warden Naim sebab sempat gerakkan imarah.ngeh3. Bising pulak tu.kih2 :) ok, semua kemaskan diri cepat-cepat.Masa nak turun kebawah melihat kelibat budak-budak arab depan imarah kami tu sedang bersiap-siap pergi kesekolah, teringat pula masa zaman sekolah dahulu (rindu betul alfalah,stp!). ‘Hakim, pukul berapa nak gerak ni?’,buat-buat Tanya Hakim takut-takut  ada sebarang perubahan waktu bording dan flight (2 benda yang berbeza kan?,pening). Kemudian, bila sudah siap, bagasi-bagasi orang yang kami raikan pun sudah sedia untuk diangkat,’ tiba masanya untuk kita bergerak, jom! Dah lewat ni’ teriak aku. Di depan dewan (DMPZ),tempat menunggu van jumpa pula dengan yang kami rapat,senior doc Syam,Hadi dan ustaz kesanyangan ustaz Hanif (adeh, muka baru bangun tido la) :D barangkali penat berjaga malam study agaknya.’ha’a, esok ada imtihan’ katanya. Mungkin detik ini detik terakhir untuk ‘mereka’ bersua dengan muka-muka yang disayangi kerana selepas pastinya susah untuk berjumpa. Terharu juga melihat mereka bila masing-masing berpelukan mengucapkan kata-kata semangat terakhir. ‘gembira dalam sedih’ itu yang saya dapat katakan waktu itu. Baiklah,van pun dah sampai, sekali lagi nak ke Cairo! (banyak kali dah ulang-alik sebenarnya,macam rutin pula),sekali lagi ke airport dan sekali lagi untuk gunakan ‘senjata’ snap ku ni.


 ‘Wah..aku rindu wei!’ ,cakap sorang-sorang :D, nun tak jauh dari sana dah nampak bangunan gergasi, banyak parking, banyak giant wing. Apa itu? itulah Cairo International airport. Omar, zul dan bob masing-masing tidur dalam perjalanan. Kih2 (kenakan diaorang).Sambung ayat tadi, bukan rindu apa sebenarnya. Tapi teringat detik masa mula-mula sampai ke sini dulu. Di situlah tempat pertama kakiku berpijak di bumi ini dan pastinya juga tempat terakhir ini akan meninggalkan bumi ini. Disana kena naik shuttle bus pula untuk ke terminal,’aik?..masa aku sampai dulu tak ade pun shuttle-shuttle ini’ sentak kejap. Mungkin da upgrade kot.’hu..maju juga, tapi tak boleh chanllenge dengan KLIA la’ hihi =p. Pesawat kali ini pesawat dari Singapore Airline, maka tempatnya di terminal thani (dua),terima Singapore airline sebab kau bawa kawan aku pulang ke tanah air,semoga selamat ye (doa sebentar).


 Tepat pukul 11.15 pagi, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba..kali ini pastinya tidak dapat tahan lagi, tak dapan nak tipu lagi, semua jujur. Berat rasanya untuk tinggalkan sahabat yang ku kenal selama ini. Sahabat yang menjadi medan kami berbual-bual dikala kesunyian , sahabat untuk study bersama bila tibanya penyakit malas  dan pastinya tempat bermain bersama. Memang tak dapat tahan, linangan air mata saling berpeluk-pelukan mengucap salam, nasihat dan kata-kata semangat jadi saat yang paling berharga masa itu. Kami saling bermaaf-maafan mohon ampun salah silap sejak bermulanya perkenalan kita. Akram, Izzat..tiada lagi gelak tawa kalian selepas ini,tiada teriakan nama kalian lagi disana sini. Pasti kami rindukan itu. Puah doh aku nganjing mu maso harijadi mu lepah :D Seperti di entry sebelum ini..ingin ku katakan,walaupun perkenalan kita singkat tapi sangat bermakna..(luahan hati sendiri). Selesai itu, kami melambai buat kali terakhir. Kali terakhir dari kami disini. Doa kami semoga berjumpa lagi dan semoga selamat di dalam perjalanan dan sampai di tanah air insyaAllah..


kenangan kita bersama..


Omar,Farhan,Akram,Faiz- kenangan flight ke Mesir masa transit di Kuwait



Hakim,Akram,Omar-Farhan,Faiz-disini kami mesra, gelak ketawa 



Kami akan buat yang terbaik!, looking for future doctor.insyaAllah..



Disini impian kita bina, kasih sahabat tiada penghujungnya


Masih adakah disana,kita bersama?


= = = = = = = = = = = = = = = = = = = =


Alhamdulillah..selesai sudah..


Jika sebulan yang lalu, kepulangan sahabat kita Taufik, hilangnya riang tawa di imarah 6th. Sekarang, Sekali lagi kepulangan Akram dan Izzat pula pudarnya seri ceria, gurau senda dan tempat bermanja.Sekali lagi linangan air mata mengalir..sekali lagi hilangnya sahabat disisi..


selepas itu kami pulang seperti dirancangkan tapi dengan sedikit kehilangan disini,dihati seorang sahabat.   

 

-Walaupun sedih dihati ini masih terasa, tapi jiwa mengatakan gembira dan sentiasa mendoakan.

‘Akram, Izzat..korang memang best! Walaupun korang masih dak-dak kecik lagi..’ =’)

 


-Sampaikan salam kitaorang dari sini pada KLIA na.

Ghoyak  nunggu kami dak lamo lagi.

 


-Selamar berjuang dari Farhan dan kami semua disini- :) kalian boleh! kami boleh!