Indah bersamaNya

Tuesday, November 17, 2009 0 comments
Salam w.b.t



Terdengar dari sudut sana, duduk bersila sebaris tidak jauh dengan posisi penulis kedengaran seseorang ingin berkatakan sesuatu. Awalnya sukar untuk cari punca disebabkan tempat ini padat ditambah lagi sarat dengan angkatan banin yang ramai. Beberapa minit kemudian barulah pandangan saya diberi ruang.

Benar, dia yang disebut-sebutkan itu adalah abang senior saya. Selalu nampak, cuma belum pernah kenal lebih dekat, berbisik. Siapa yang tak kenal, beliau yang dimaksudkan adalah 'orang kuat' badan dakwah dan juga merangkap ketua umum ma'ahad kami.



"Akhi..akhi.."
Suara dari anjung surau, abang Hafiz kami menunjukkan isyarat good tanda majlis boleh bermula. Senyum saja.


"Bismillah..bismillah.." (mic testing)
Tiba-tiba, jemaah menjadi bisu seribu bahasa. Suara banin mahupun banat yang berkata-kata selepas selesai solat maghrib tadi tiada kedengaran sepatah pun.Petanda majlis bermula.


Bismillah,
Salam,selawat dan istighfar sebagai pembuka kalam sepertimana biasa penceramah memulakan muqaddimahnya.

"Bersyukur kepada Allah, kerana dengan limpah dan kurnianya dia mempertemukan kita di dalam satu majlis, yang sekurang-kurangnya, membuatkan kita sedar tentang kehidupan ini, mengingatkan kita tentang kematian yang tidak mengenal usia."

Saya memerhatikan segenap wajah sahabat-sahabat yang lain. Majlis liqa' jemaah sebegini, jarang-jarang dibuat, yang kebiasaannya, jika ada majlis-majlis tertentu seperti maal hijrah, maulid nabi atau nuzul quran sahaja majlis sebegini dibuat di maahad.


Sambung lagi,

”Ada manusia, baru umur keluar dunia, tidak sampai satu hari, Allah dah tarik nyawanya, ada manusia, yang belum sampai 20-an , sudah pergi meninggalkan kita, dan ada manusia yang Allah panjangkan umurnya melebihi 90 masih hidup segar sentiasa.


Apa erti ini? ”

Saya melihat wajah-wajah yang hadir. Sungguh, masih sahabat saya . Rakan sekelas, adik-adik junior dan abang-abang senior juga. Tak ubah.

” Jika Allah beritahu kita bahawa kita akan mati sekian-sekian haribulan, maka ramailah manusia , mungkin sebahagian dari kita, akan tidak langsung ingat tentang kematian, kecuali satu hari sebelum kematian menjelang.

Maka, begitulah , kenapa Allah merahsiakan hari kematian kita, agar kita sentiasa berjaga-jaga terhadap kehidupan ini.

Kerana itu kita perlu tahu, apakah amalan yang bila kita mati sahaja, masih ada saki baki bekalan amal yang terus menerus sampai kepada kita walau kita sudah tiada di dunia ini.

Dan di sinilah perlu kita memahami apa maksud ibadah, Islam , the way of life.


Sekian lama mendegar seronok rasanya dengan majlis sebegini.Tidak sedar majlis dah berlangsung hampir 1 jam lamanya. Mungkin malam ini merupakan malam pengisian rohani dari AJKT BADAR ma'ahad agaknya. Secara umumnya, sangkaan saya majlis ini berkisar tentang peringatan-peringatan tentang kehidupan dan kematian agar bersihnya rohani dengan menyuburkan rasa iman di jiwa, dan ada sebahagiannya.

” Mungkin sebahagian dari kita akan kata, ibadah hanya solat, puasa , zakat … maksudnya, hanya lima rukun islam itu adalah ibadah.

Bahkan ibadah itu lebih luas dari kerangka itu. Ianya adalah dari kita bangun tidur sehinggalah kita tidur dan bangun balik.

Bagaimana?

Ibadah ni maksudnya lebih kurang setiap perbuatan kita , Allah sentiasa hadir di hati kita.

Kita buat apa-apa sahaja, maka sebutan nama Allah, dengan bacaan bismillah atau apa-apa sahaja doa yang disebut nama Allah, maka perkara yang kita buat itu adalah ibadah.

Sebagai contoh, kita bila memakai pakaian, kita niat menutup aurat, dan masa kita pakai itu, kita membaca bismillah, maka bermula dari kita niat dan memakai pakaian itu, amalan kebaikan akan sentiasa ditulis sehinggalah kita buka pakaian tersebut.

Bila kita baca buku dan menulis, sebelum kita membaca, kita baca bismillah, maka bermula dari kita membaca tu sehinggalah kita menutup buku, amalan kebaikan akan sentiasa dicatit sebagai kebaikan, dan ianya adalah ibadah.

Contoh lain pula, seperti, kita masuk tandas, kita masuk dengan kaki kiri, dan kita baca bismillah, maka sepanjang kita duduk dalam tandas tu, kita duduk mencangkung tu, selama tu lah kebaikan akan dicatat, dan kita duduk dalam tandas tu, dikira sebagai ibadah. ”

Saya melihat kebanyakan dari sahabat-sahabat tersengih bila disebut ”mencangkung”.

”Begitulah, bila kita faham apa erti ibadah tu, maka kita akan merasa dan kita takkan merasa berat dengan islam. Kita faham perkara ni, maka kehidupan kita diaplikasikan sebagai – islam- the way of life.

Apa yang penting dari kehidupan ini adalah , hati kita subur dengan Allah sentiasa berada di bibir dan dihati.

Jika kita terkadang tergelincir sedikit, mungkin kita terbuat salah ke, maka kita akan sebut istigfar terus kepada Allah, memohon keampunan kepada Allah.”

Hidup kita ini tidak lama , maka dengan pendeknya umur ini, dengan kefahaman kita terhadap islam, amalan kita akan berterusan.

Bila kita sentiasa ingat Allah, Allah akan hadirkan perasaan tenang dan damai dalam hati kita, walau seteruk mana kerja kita, sesusah mana tanggungjawab kita, kita akan berjaya melaluinya dengan kedamaian jiwa.

Allah kata di dalam Al-quran :

”...orang yang berat timbangan amal baiknya; (6) Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. (7) Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya; (8) Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah” (9) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (10) (Haawiyah itu ialah): Api yang panas membakar. (11) – (alQari'ah;101)

Allah sebut , sesiapa yang berat timbangannya, akan berada di dalam senang lenang – kehidupan yang diredhai.

Maka di sinilah kita merebut bagaimana membuat amal, dengan menjadikan kehidupan kita sebagai ibadah.

Dan kita akan melihat islam itu di dalam kerangka yang luas, seluas langit dan bumi, seterusnya menjadikan jiwa lebih besar.


Ibadah itu menenangkan

Wallahu a'lam