Caution for This Disaster

Sunday, July 05, 2009 0 comments

Salam w.b.t


Tadi lepas habis dari kelas,entah kenapa boleh datang idea pelik-pelik macam ini untuk update blog. Barangkali idea ini datang dengan spontan dan sesuai dengan situasi sekarang.Sudah hampir 3 bulan rasanya diri ini dimakan bahang cahaya matahari dek musim panas. Memang panas betul ,tak tipu.walaupun senior-senior kata sekarang masih belum musim panas tapi masih lagi spring. Bila mereka cakap macam itu, aku tersentak la. Spring ada ke disini?. Entah macam manalah musim panas nanti. Sabar sahajalah..kena kuatkan diri ini.lebih-lebih lagi untuk keluar rumah :)

Pening kepala, selesama atau demam sudah menjadi adat mengahadapi musim itu. Ya, sudah lali kan.bila terfikirkan ‘mende alah’ ini baru ingin cuba-cuba tukar selera. Nak rancang ‘sesuatu’ yang baru. Yelah kan, siapa yang nak sakit. Jadi, aku cuba cari-cari jalan untuk hindar sebelum terjadi. Kan menghindar itu lebih baik dari mengubati.

Article ini dipetik dari abg Yusri Arif dari Cairo University yang dulunya seniorku di STP. Rindu pula rasanya bila terkenangkan geng2 sekelas dan sedorm abang aku dulu. Aish!,memang rajin betul. Dari beliau pula, sumber ini dipetik dari kenyataan kementerian Kesihatan Malaysia. Tapi, kenyataan ini lebih dikhususkan pada negeri beliau la, negeri Melaka Bandaraya Bersejarah itu. Rindu Melaka juga:)

=================================

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita kematian seorang pelatih JPJ dari Melaka akibat penyakit meningitis. Oleh itu, saya terpanggil untuk memberikan beberapa fakta penting tentang apa yang boleh anda buat sebagai langkah pencegahan untuk penyakit yang sedang merebak di negeri Melaka sekarang.

Sejak 16 Mei 2009 sehingga sebanyak 25 kes masih lagi dirawat di wad isolasi Hospital Melaka. Semalam, daripada 32 kes yang dirawat, 7 daripada mereka telah dibenarkan pulang. Tiada kes baru dimasukkan ke hospital.

PENYAKIT MENINGITIS

Apakah Penyakit Meningitis?

Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Salah satu bakteria penyebabnya ialah
Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan pelbagai umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan.

Cara Jangkitan

Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.



Jaga-jaga!, bahaya didalam diri anda



Tanda dan Gejala Penyakit Meningitis

5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.

Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:

  • · Demam
  • · Sakit kepala yang teruk
  • · Loya
  • · Muntah
  • · Ketegangan atau sakit pada tengkuk
  • · Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)
  • · Ruam pada badan
  • · Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion)



Kan dah leceh kalau begini, kena pakai topeng pula.



Terima kasih…sungguh prihatin ya semua:p

Baca lagi di ruangan beliau

yusriarif


==================================

p/s:Jaga diri anda. Pandai-pandai jaga kebersihan.

p/s II:Dah lama tak jumpa abang Yus. Semoga najah imtihan tahun ini!


-Terkenangkan 05 (f3,f5) STP