Di Namira, sebuah desa sebelah timur ‘Arafat, telah dipasang sebuah kemah buat Nabi, atas permintaannya. Bila matahari sudah tergelincir, dimintanya untanya al-Qashwa, dan ia berangkat lagi sampai di perut wadi di bilangan ‘Urana. Di tempat itulah manusia dipanggilnya, sambil ia masih di atas unta, dengan suara lantang; tapi sungguhpun begitu masih diulang oleh Rabi’a b. Umayya b. Khalaf. Setelah mengucapkan syukur dan puji kepada Allah dengan berhenti pada setiap anak kalimat ia berkata,
Sabda Rasulullah SAW, iaitu wasiat terakhirnya semasa memberi khutbah (bukan membaca khutbah) kepada para sahabat dan pengikutnya, pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Bukit Arafah.
"Wahai saudara-saudaraku, dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak tahu apakah tahun depan atau selepas ini aku dapat bertemu lagi dengan kalian. Dengan itu dengarlah baik-baik apa yang ingin aku katakan dan sampaikanlah ini kepada yang tidak dapat hadir pada waktu ini."
"Wahai saudara-saudaraku, saperti kita ketahui bulan ini, dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang muslim kepercayaan yang suci".
"Kembalikan harta yang di amanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak menerimanya. Janganlah kalian melukai orang lain sebagaimana orang itu tidak melukai kaimu.Ingatlah bahawa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan membuat perhitungan amalanmu dengan sebenar-benarnya."
"Waspada terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya."
"Ya, wahai saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak."
"Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikap manis terhadap mereka kerana mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untukmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga telarang melakukan perzinaan."
"Wahai saudara-saudaraku, dengarlah baik-baik. Sembahlah Allah, solat lima waktu sehari, laksanakanlah puasa selama bulan ramadhan, dan tunaikanlah zakat, serta laksanakan ibadah haji bila mampu. Ketahuilah bahawa sesama muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbezaan satu terhadap yang lain kecuali ketaqwaan dan amal soleh. Ingatlah,
"Suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Maka itu, berhati-hatilah agar tidak menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti."
"Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada nabi atau rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu, dengarlah baik-baik saudaraku,
"Fahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahawa aku meninggalkan dua pusaka untuk kamu, iaitu Al Quran dan As Sunnah (contoh-contohku) yang mana selagi kalian berpegang padanya tidak akan sesat selama-lamanya."
"Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaranMu kepada umatku ya Allah."
Sementara Rasulullah mengucapkan khutbahnya, Rabi’a mengulanginya kalimah demi kalimah yang disampaikan, sambil meminta kepada semua muslimin untuk mendengarnya dengan penuh kesedaran. Rasulullah juga menugaskan Rabi'a untuk menanyakan mereka misalnya: Rasulullah bertanya “hari apakah ini?” Mereka menjawab: Hari Haji Akbar!
Nabi bertanya lagi:
“Katakan kepada mereka, bahawa darah dan harta kamu dari Allah SWT telah disucikan, seperti hari ini yang suci, sampai datang masanya kamu sekalian bertemu Allah.”
Setelah sampai pada penutup kata-katanya itu baginda berkata lagi:
“Ya Allah, Sudahkah kusampaikan?,Maka serentak dari segenap penjuru orang menjawab: “Ya!”
Lalu katanya: “Ya Allah, saksikanlah ini!”
Selesai Rasulullah menyampaikan khutbahnya lalu baginda turun dari al-Qashwa’ - untanya itu. Baginda masih di tempat itu sehinggalah sampai pada waktu sembahyang zohor dan asar. Kemudian baginda menaiki kembali untanya menuju Shakharat. Pada waktu itulah Rasulullah membacakan
Firman Allah SWT kepada mereka:
“Hari inilah Kusempurnakan agamamu ini untuk kamu sekalian dengan Kucukupkan NikmatKu kepada kamu, dan yang Kusukai Islam inilah menjadi agama kamu.”(Qur’an, 5: 3)
Abu Bakar As Siddiq yang mendengarkan ayat itu lalu menangis, dan merasakan bahawa risalah Rasulallah sudah selesai dan sudah dekat saatnya baginda untuk hendak menghadap Allah SWT.
Setelah meninggalkan 'Arafat malam itu baginda bermalam di Muzdalifah. Pagi-pagi baginda bangun dan turun ke Masy’ar’l-Haram. Kemudian pergi ke Mina dan dalam perjalanan itu baginda melemparkan batu-batu kerikil. Bila sudah sampai di kemah baginda menyembelih 63 ekor unta, setiap seekor unta untuk satu tahun umurnya, dan yang selebihnya dari jumlah seratus ekor unta korban yang dibawa baginda sewaktu keluar dari Madinah disembelih oleh Ali. Selesai itu baginda mencukur rambut dan menyelesaikan ibadah hajinya.
Dengan selesainya ibadah haji ini, maka tidak hairanlah ada orang yang menamakannya ‘Ibadah haji perpisahan’ yang lain menyebutkan ‘ibadah haji penyampaian’ ada lagi yang mengatakan ‘ibadah haji Islam.’6 Nama-nama itu memang benar semua. Disebut ‘ibadah haji perpisahan’ kerana haji inilah haji yang terakhir kalinya Rasulullah melihat Makkah dan Ka’bah. Dengan ‘ibadah haji Islam,’ kerana Allah telah menyempurnakan agama ini kepada umat manusia dan mencukupkan pula nikmatNya. ‘Ibadah haji penyampaian’ bererti Rasulullah telah menyampaikan kepada sekalian umat manusia apa yang telah diperintahkan Allah kepadanya. Tiada lain bahawa nabi kita, Muhammad SAW hanya memberi peringatan dan pembawa berita gembira kepada orang-orang beriman.
---------------------------------------------------
Aku terharu apabila saat Abu Bakar As Siddiq menitiskan air mata seolah-olah tahu akan pemergian baginda Rasulullah SAW. Jika aku ditempat mereka, pasti aku turut merasai sama kesedihan itu.
Ya Rasulullah, ketahuilah kami umatmu hari ini sentiasa berselawat ke atasmu, memegang amanah dan menyampai dakwahmu di muka bumi ini sehingga akhirnya kami. Tiada yang lain menjadi panduan agung kami hanya mukjizat al Quran dan as Sunnah mu.
Hari ini, 9 Zulhijjah 1430H. Jutaan umat islam di tanah suci akan berdoa di bukit Arafah sebelum kembali semula ke Makkah keesokkan harinya.Jadi, kita disunatkan berpuasa pada hari ini sepertimana dinyatakan dalam hadith Muslim,
"Puasa pada hari `Arafat (9 Dzulhijjah) dapat melebur (dosa-dosa) tahun yang lalu dan yang akan datang" HR. Muslim, No. 1162.
Buat umat islam di seluruh pelusuk dunia, Salam AidilAdha diucapkan.
"labbaika Allah humma labbaik..labbaika la Syarika laka lambaik..".
"Kami datang menyambut panggilanMu ya Allah..kami datang menyambut panggilanMu ya Allah.."
p/s: Buat orang Kajang,(scr xformal) Farhan ucapkan Selamat Hari Raya Haji semua :).Ingat orang sini ye..
(rindu sudah datang.whew~)
(rindu sudah datang.whew~)