1.00

Wednesday, February 03, 2010 0 comments

Salam w.b.t

Memohon doa kepada Allah S.W.T dengan penuh khusyuk, mengharapkan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat sedang sepanjang hayatnya apa yang dipohon dengan apa yang dilakukan adalah bertentangan…

Apakah ini yang dinamakan tawakal??

Saya teringat suatu kisah yang saya baca dalam sebuah buku, Penawar Bagi Hati, karangan Abdul Aziz Ismail, keluaran Pustaka Azhar; mengingatkan kisah yang berlaku di zaman Khalifah Umar Al-Khattab R.A.


Rombongan sahabat yang menuju ke Syria mendengar berita tentang wabak taun yang merebak di sana. Dalam rombongan itu timbul dua pendapat. Sebahagiannya ingin meneruskan perjalanan dan sebahagian lagi ingin pulang. Khalifah Umar memutuskan pulang. Tetapi timbul pertanyaan yang menentang.

“Apakah anda melarikan diri dari takdir Allah Ta'ala?”

Saidina Umar menjawab, “Ya, lari dari takdir Tuhan kepada takdir Tuhan juga.”

Diberikan perbandingan jika mempunyai pilihan dimana tersedia dua lapangan, yang satu kering dan yang lainnya subur,tentu sahaja lebih baik memilih lapangan yang subur. Hal ini menunjukkan bahawa ikhtiar menghindari penyakit perlu dilakukan dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

Pendapat Khalifah Umar Al-Khattab R.A diperkuatkan dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


“Apabila kamu mendengar penyakit berjangkit di suatu negeri, maka janganlah kamu pergi ke tempat itu. Dan kalau kamu sedang berada dalam negeri itu, maka janganlah kamu keluar dr negeri itu, kerana hendak melarikan diri.” (Riwayat Bukhari)


Dalam hubungan ini, Aku masih ingat, Rasulullah S.A.W pernah mengajar kita sepotong doa yang berbunyi:

“Ya Allah, aku menyerahkan diri kepadaMu dan aku menyerahkan urusanku kepadaMu dan aku menyerahkan kekuatanku kepadaMu kerana takut dan cinta padaMu. Tidak ada tempat berlindung , tidak ada tempat untuk lari daripadaMu melainkan kepada-Mu. Aku percaya kepada kitab yang Kau turunkan kepada Nabi yang Kau utuskan.” (Riwayat Bukhari)


Oleh itu sahabat2, mari, kita sentiasa bertawakal dalam apa saja perkara, mahupun ia remeh. Tetapi perlulah diingatkan kita hendaklah berusaha terlebih dahulu sebelum kita bertawakal kepada Allah… :D

Satu kisah lagi,

“Telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang ditungganginya terlepas begitu sahaja di pintu masjid, tanpa ditambat terlebih dahulu.

Dia bertanya, “Ya Rasulullah, apakah unta perlu saya tambat terlebih dahulu kemudian saya tawakal atau saya lepaskan saja begitu dan sesudah itu saya bertawakal?” Rasulullah menjawab, ” Tambatkan terlebih dahulu dan kemudian bertawal 'ala Allah lah kamu!” (Riwayat At-Tirmidzi)

-----------------------------------------------------------

Aku sukakan ayat-ayat Allah ini:- =)

“Siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Dia yang permudahkannya” [At Talaaq:3]


“Dan bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai pelindung” [An Nisa':81]

“Sesungguhnya Allah itu menyintai orang-orang yang bertawakal” [Al Imran:159]


“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia jadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan) dan akan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka kerana barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia menjadi pencukupnya. Sesungguhnya Allah itu lurus urusannya dan sesungguhnya Allah itu telah ada ketentuan bagi tiap2 sesuatu” [At Talaaq:2-3]

----------------------------------------------------

Tepat pukul 1.00 tengahari tadi , maka tamatlah riwayat paper biochemistry dan paper2 lain untuk peperiksaan semester pertama. Setelah sejam (tak sampai sejam.haih..) masing-masing memerah otak dan keringat fikiran dengan mengira bilangan ATP dari setiap cycle atau soalan enzyme comparison , akhirnya tamatlah sudah medan pena warkah anatomy, physiology, biochemistry dan histology untuk doktor-doktor tersayang.


Mid-Sem Exam end~

Khallas~,kata Ra'is Qism :D

Jadi, sekarang berbalik pada kita semula. setelah bertungkus-lumus berusaha apakata kita 'bertungkus-lumus' meningkatkan tawakal dan doa kita pula.

Maka,dengan itu bermulalah cuti semester pertama /Winter break bagi seluruh pelajar mediczagazig.



Faculty of Medicine, Zagazig University
Jumpa lagi di semester 2..

(pic credit to utyl)

p/s:


Ya Allah..

Apalah yang aku rasakan sekarang ni..

Apakah berbaloi usaha yang aku lakukan berbanding tawakal yang aku harapkan dariMu..?



Wallahu 'alam
..