Pada suatu malam,
Omar yang ketika itu sedang menekan-menekan keyboard laptop tiba-tiba berhenti kejap, Aku pula seorang melayan laptop juga, tapi ber'aksesori'kan ear speaker Altec lansing kebanggaan Afif (tq bagi pinjam).
'Farhan, kenapa senyap je?'
'Muka ketat je aku tengok'
Samar sahaja dengar, tapi muka tetap menghala pada si abang Omar ni.Kali ini apa pula yang dia nak.
'Tak adelah..aku ok.biasa..'
'Yela..selalunya bising juga sebelum ini'
'Boring dow..bengang aku tengok ko diam je..'
'kalau orang kata ko study padahal tengah main komputer pun orang percaya taw tak'
'haha..mungkinlah'
Mungkinkah title 'budak senyap' masih melekat kat diri ini?,tanya diri
Kisah yang lain berwatakkan sama, Omar dan Farhan lagi.(memanglah roomate kan :).
Oh ya, Farhan harini mungkin lain macam sikit. Tak bising-bising dalam kelas, sudah itu naik tremco pun tak berkata apa-apa. Duduk diam sahaja bak budak sekolah rendah pertama kali nak pergi sekolah.Nak kata sakit tidak, sihat waalifiat sahaja...
Alhamdulilllah..:D
Pasti ada 'something; yang menyebabkan dia jadi macam ini..
pagi tadi seperti biasa, selepas solat suboh dan bersarapankan alma'thurat terdetik pula nak sentuh si kiyoshi.'Maaf ya kiyoshi, tak dapat nak tahan dah..rindu sangat nak sentuh ko'. Terpampang sahaja screen Google chrome di hadapan, tangan menulis pantas. Search!, aiwah.. Yang pertama ini tengok berita harian online, selepas itu bukak pula i luv islam. Sengaja nak menjenguk jadi santapan tazkirah di pagi hari. 'Male tadi doh puah aku pulun study,penak' hehe..
Di sebelah sudut sana, di column forum dan perbincangan juga artikel,buttonn itu memanggil-manggil.
Aku tekan
Assalamualaikum w.b.t
Buat sahabat-sahabat yang pendiam seperti saya..
Janganlah kalian sesekali terasa terhina hanya bila rakan-rakan sekelilingmu sibuk berbicara, bergurau senda, bertepuk sini sana.
Ingatlah, kalian orang yang beruntung..
Farhan menulis "Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Hikmah berdiam
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib. Hadis2 Rasullulah mengena!
i Kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat Abu Naim )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( Riwayat Bukhari dan Muslim)
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( Riwayat At-Tarmizi )
Madah Dari Hukama:
* Banyaknya berdiam tidak semestinya tidak bijak, banyaknya bercakap tidak semestinya cerdik. Kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang yang tidak cerdik lagi banyak cakap.
* Menasihati orang yang bersalah tidaklah bersalah, yang salah adalah memikirkan kesalahan orang itu.
*Jika kita dihina, bukanlah kita terhina. Yang sebenarnya orang itu menghina dirinya atas keaiban dirinya sendiri.
lihatlah Farhan, betapa pemurahnya Dia..
"Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia."
=================================
'Nampaknya kene duduk diam macam budak sekolah rendah la macam ini ek?'
Tidaklah begitu, berdiam itu biarlah diam berhikmah dan kena pada tempatnya. Betul kan? :)
Melihat kelibat Naim, Hadi, Omar, dan mereka-mereka selalu bercakap geram juga dibuatnya. Rasa macam nak turut serta. Tapi bersabar sambil hati berbisik 'berbicara bila perlu'. Jadi,sekiranya sesiapa nak kategorikan diri ini pendiam jawapannya 'TIDAK'. Sebab Farhan selalu sahaja buat bising (esp dalam class), lalalala nyayi, ketuk sana sini.
Diulangi sekali lagi, Farhan dan sahabat-sahabat yang lain yakin, dalam kelas memang Farhan dan sahabat-sahabat yang juga bergelar ikhwah tak boleh duduk diam. Kamilah yang suka buat huha-huha menceriakan suasana. Kalau tak, alamatnya lentoklah semua..
Ngeh3, Tanpa kami hilanglah seri kelas :D (kenekan akhwat)
Begitulah kisah harini,
Mungkin juga penulis boleh mengkategorikan hari ini merupakan 'hari senyap' buat dirinya.. :)
Esok apa pula ceritanya,
*Mahu study-
To be continued