Sekuat Manakah Kita..

Thursday, November 05, 2009 0 comments
Salam w.b.t

SollaAllahu 'alaihi wa alihi Muhammad..



Semenjak akhir-akhir ini gerimis turun tanpa dipaksai. Petanda musim sejuk disini bakal tiba. Alhamdulillah, begitulah agungnya ciptaanNya.Lihat, bagaimana peredaran musim berlaku selepas luruh datangnya sejuk, selepas bunga tibanya panas dan begitulah peredaran yang ditetapkan. Mereka tanpa sedikit pun berganjak dari apa yang ditentukanNya.Tanpa sedar diri kerdil terasa di hati. Tersentak sebentar diri hamba ini. Sedar atau tidak namun itulah sebenarnya lumrah manusia yang terjadi. Bila saat diri tidak gagah berdiri, air mata turun membasahi pipi. Indahnya suatu saat itu, bila mata-mata manusia berair menyesali apa yang berlaku, doa dipohon buat pengampunan hamba yang luhur. Tiada yang lebih bermakna melainkan air mata yang tumpah demi mengharapkan redha tuhan yang Esa.


Sesekali cemburu menyapa diri, melihat mereka sujud menyembah bumi, deras air yang turun seiring doa yang dipohon, sesekali diri terpanggil untuk memberi tolong, namun segagah apakah diri yang kerdil ini, bimbang jadi seperti tin yang kosong, semakin diketuk semakin berbuat berbunyi. Apakan dayanya.


Gambar hiasan


Keras…sekeras manakah saya?? Syahdu..sesyahdu manakah syahdu?. Hati yang keras tidak bermakna tiada punya masa untuk menjadi syahdu, diri yang syahdu bukan alasan untuk terus layu. Hakikat alam, terjadinya sesuatu bukan tanpa alasan tapi punya pengertian buat yang mereka bernama insan.


Sekudus manakah pandangan alam? Bisakah dijumpainya Tuhan andai diri hilang tanpa pengetahuan?


“Kenal diri sendiri untuk mengenal Tuhan”. Ungkapan keramat seiring perjalanan menuju Tuhan. Ramai yang menangis sambil menyalahi diri, kerana kesabaran yang tidak dapat terus bertahan bila diuji. Namun sedarlah mereka yang sering menangis, ujian itu hadir sebagai arahan untuk tangisan kelemahan insan. Manusia….bila dihinanya diri dihadapan Tuhan, kemuliaannya diangkat buat martabat diri. Kerana hakikat insan itu terus disimpan, hutang yang ada tiada yang dapat menyimpan. Bukankah hakikat kejadian manusia itu ialah orang yang berhutang. Hutang kita bukan sebarangan tapi hutang kita dengan tuhan. Menangislah selagi kalian mampu menangis.


Buat yang malu untuk menangis,


Sekeras mana lagi yang kau anggap keras. Kalau keras itu lambang kekuatan, mengapa lelaki yang kuat dinilai dari sudut kesabaran? Kuatnya kita hanya dihadapan makhluk, tapi lemahnya kita bila berhadapan kekuasaan Tuhan. Selagi punya nyawa dibadan, nikmat kekuatan hanya pinjaman. Angan apa yang menyapa dirimu, kalau air jernih yang turun disangka lambang kelemahan maka dimana pula nilai kemuliaan? Mulia bukan pada gambaran sempurna rupa, tapi jiwa yang mengharap pada kesudahan yang penuh kebaikan.



Gambar hiasan


Sempurnanya Islam kerana Iman, Iman sempurna kerana taqwa, Taqwa tidak hadir tanpa amalan, Amalan yang ikhlas pembuka pintu cahaya jiwa.



Buat yang sentiasa mencariNya,

Ingatlah pencarian panjang mencariNya, penuh godaan dan dugaan alam,

Sesukar mana pun dirimu ditekan, rahmat Tuhan pasti datang.

Kalau susah itu tanda kesukaran, kesenangan bagaimana pula yang kau jangkakan?..

Manusia…semakin diuji semakin matang, InsyaAllah..tanpa sedar kita semakin menghampiri tuhan…



Aku tiada tempat lain untuk mengadu..

Hanya Dia sebaik-baik tempat..


Wallahu a'lam..