Bermula dari sini

Friday, December 10, 2010 1 comments


silent mosque by apocalitico@devianart
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam semua,

Setinggi sukur kehadrat illahi, Tuhan pentadbir sekelian alam. Selawat & salam buat junjungan mulia penghulu nabi tercinta Rasulullah S.A.W serta ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabi'in, soleh solehin seterusnya para syuhada yang mulia disisi Allah Ta'ala.

Sudah lama rasanya tidak mengungkap apa-apa coretan disini. terasa senyap dalam berkata-kata. terlalu banyak yang hendak diungkapkan jika dibandingkan masa yang berlalu dengan pantas. Jauh sekali jika hendak dikejar atau dibandingkan dengan laman blog sahabat-sahabat saya diluar sana. Manakan tidak selang dua tiga hari, Kotak inbox saya meloncat-locat memberi khabar bahawa ada post/ artikel yang ditatapkan buat si pembaca.

mungkin tak perlulah saya nyatakan kenapa blog ini sepi sejak 4 bulan yang lalu. cukup sekadar saya katakan alasan  saya terlalu 'malas' ataupun penat untuk mengupdate artikel atas sebab yang saya kira prosedurnya  perlu memerah otak penuh merumitkan dan keringat jari jemari untuk menghasilkan satu karya penulisan yang saya kira satu alasan yang paling tidak munasabah bukan? Tapi itu bukanlah punca utamanya. Ada punca lain yang akan saya beritahu susulan artikel selepas ini. Dengan cara itu, saya kira saya akan terus menulis dan menulis selepas ini sehinggalah apa yang saya mahukan tercapai.

Alahai,sewajibnya saya katakan, blogger seperti saya seharusnya memperbanyakkan lagi timbunan bacaan buku bersifat ilmiah atau apa-apa sumber yang boleh menjadi sumber idea bagi penulisan yang bermanfaat dan berguna pada penulisan akan datang. InsyaAllah..

Hanya itu sahaja..
Sekadar permulaan..

Bermula dari sini..

Hakikat Manis Perjuangan

Wednesday, July 14, 2010 3 comments
Surat titipan untuk kalian
Buatmu sahabat seperjuangan..  

Ingatlah, Penjara, penyiksaan, pengasingan , penindasan malah dibunuh adalah amat sinonim dengan kisah para pejuang dakwah.  

Bermacam-macam dugaan diterima, namun inilah hakikat yang perlu ditelan dalam perjuangan dalam menyebarkan perkara haq. Para pejuang dakwah tidak pernah putus asa, malah ada yang sampai mengatakan;  

“Setiap kali kami dihentak atau dipukul dan mengalir darah di kepala kami, maka disitulah kami rasakan saat kemanisan dakwah.”  

Apakah rahsia besar kejayaan mereka dalam meperteguhkan prinsip memperjuangkan dakwah?

Mereka sama sekali bukan mengimpikan kemenangan, tetapi merasakan diri bertanggungjawab di atas amanah Iman dan Islam. Inilah harga yang mereka bayar, untuk membeli kunci syurga. 

Dunia bukanlah tempat berenak-enakan bagi mereka. Kisah-kisah pejuang agama. Kebanyakan dari mereka ketika hidup, adalah orang buruan, dipenjara, disiksa dan bermacam-macam lagi dugaan malah tohmahan. 

Imam Abu Hanifah mati di dalam penjara. Tetapi selepas kematiannya ilmunya dipakai, malah dikenang hingga sekarang sebagai salah seorang Imam Besar.  

Imam Malik disiksa kerana mempertahankan prinsip fatwanya sewaktu menjadi Mufti Madinah. Pendapatnya berlawanan dengan Gabernor yang memerintah ketika itu. Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling kota Madinah. Ia tidak pernah tidak menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan.  

Imam Al-Laits, seorang alim menjadi Mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata, 
“Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, mejadikan satu tingkat baginya masuk syurga”  

Imam Syafie' difitnah sebagai seorang Syiah, sehingga beliau diikat dan dirantai. Tetapi perjuangannya menyebabkan kemudian dia digelar sebagai ‘Nasirus Sunnah’.  

Perjuangan Imam Ahmad bin Hambal yang dicambuk kerana menetapkan pendirian bahwa Al-Qur’an itu bukan makhluk juga pendirian yang sama dipegang oleh Ulama Ahmad bin Naser Al-Khuza’I yang dipancung dan digantung kepalanya.  

Melihat ujian mereka, amat kerdillah rasanya diri. Tak malu, manakah dikatakan kita pejuang yang mengharapkan syurga tetapi hidup hanya bersenang-senang saja tanpa ujian dan dugaan...


credit to ibnsina

Ikatan Ukhwah

Tuesday, July 06, 2010 1 comments
Salam ukhwah,
Tika sahabat lain sibuk merencanakan kegiatan/aktiviti tersendiri, tidak salah, kita, sebagai seorang muslim intelek, boleh mencuri masa dengan melebarkan sayap ukhwah.
Hubungan sesama manusia tidak wujud dengan sendiri. Perlu ada permulaan dan perlu ada kesinambungan. Berilah salam, mulakan bicara, dan carilah titik persamaan dalam membina ukhwah. InsyaAllah, moga setiap aturan kita permudahkan.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
(Al-Hujuraat;13)

 
Lewat kini, ramai yang sering menggunakan pendekatan yang tidak sopan dalam setiap perkenalan. Maka, berlakulah pergaulan bebas, melanggari batas antara lelaki dan wanita sehingga menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku. Persoalan, sedalam manakah setiap dari individu muslim memahami objektif dan pendekatan yang disyariatkan dalam Islam??

Kalau difikir-fikirkan balik, sebenarnya banyak kebaikan dan kelebihan apabila kita benar-benar memahami cara untuk berkawan. Hubungan sahabat sesama muslim misalnya, boleh dieeratkan dengan pelbagai aktiviti. Kita boleh berjaulah, bersukan, bermunaqasyah, study group, gotong royong, dan banyak lagi aktiviti yang menarik ikatan ukhwah boleh dilakukan. Atas dasar ukwah ini, kita mampu mewarnai persahabatan dan boleh saling bantu membantu antara satu sama lain.

Rasulullah pernah bersabda "Innal muslim akhul muslim" yang bermaksud "sesungguhnya muslim itu saudara bagi muslim lainnya".  Antara kelebihan ukhwah ialah individu akan dapat merasai manisnya iman. Rasulullah s.a.w bersabda "Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta pada seseorang kerana Allah, dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api neraka"
(Riwayat Bukhari-Muslim)

Cabaran ukhwah masa kini lebih kepada peperangan dalam individu itu sendiri. Jangan mudah tertewas. Teliti dengan apa yang ada di sekeliling kita. Be an observer!

Kepentingan diri merupakan tembok yang paling besar kepada penyatuan ummah. Seringkali manusia kalah apabila berlaku konflik antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Prinsip Islam jelas, bahawa apabila berlaku konflik ini, kepentingan umum adalah mengatasi. Di sini, kekuatan iman yang melahirkan ukhwah Islam yang sebenar akan diuji. Hanya Iman dan takwa mampu mengenepikan kepentingan diri demi untuk saudara seislam dan agama Islam
umumnya. (ukhwah islamiah, 2008)

Melihatkan situasi buruk yang kian meruncing sekarang, elok sahabat-sahabat semua, mari bersama kita melebarkan dan perbaiki jaringan ukhwah sesama kita. Kembalikan dan ceriakan segala yang dituntut oleh syariat Islam. Jadilah seorang yang kreatif, inovatif, berpandangan jauh, punya soft skills, dan ada critical thinking.  Islam perlukan pengerak yang berpandangan jauh dan luas, yang mana setiap pandangan dan pemikirannya perlulah berlandaskan kepada ilmu Islam yang syumul.



Wahai sahabatku..kuatkan ukhwah kita

Bermula

Saturday, June 19, 2010 0 comments
credit to Google

Maafkan saya,
Saya ingin mula semula..
Sunyi tanpa suara, bisu tidak berkata-kata 

Saya ingin mula..
Mahu kayuh hingga ke penghujungnya
Ribut pasir, berpeluh dahaga bukan penghalangnya
Hanya mahu mentafsir keagungan ciptaanNya
Memberi peringatan buat pencerita  dan pembaca

Namun hari yang lalu bersilih ganti
Tiada lagi dapat kembali
Sekali lagi maafkan tentang ini
Amanah dan janji tetapkan ku kotai

Maafkan saya..

Anugerah Hati

Friday, March 19, 2010 1 comments

-Salam w.b.t.. :|

-credit to Google-

Saudaraku,
Mungkinkah orang yang banyak berdosa, mengesakan hati yang mengakui keagungan Allah swt? Banyak orang berfikir jawapannya, tidak. Mereka mengatakan, hanya orang soleh yang mampu memiliki hati yang menyimpan kebesaran dan keagungan Allah swt. Sementara orang yang berdosa bergelimang kemaksiatan, mereka termasuk kelompok orang yang tidak mendapat rahmat Allah, dan ini ertinya tidak ada pengakuan dalam hati mereka terhadap kebesaran dan keagungan Allah swt.

Saudaraku yang dikasihi Allah,
Dosa dan maksiat memang pasti memberi kesan pada orang yang melakukannya. ketaatan yang memberi pengaruh pada orang yang melakukannya. “Kebaikan itu menyinari wajah (nur), memberi cahaya dalam hati,membuka seluas rezeki, memberi kekuatan tubuh, menambah cinta di hati makhluk. Sedangkan keburukan dan dosa itu, memberi kelam di wajah, kegelapan di dalam kubur dan di dalam hati,melemahkan tubuh, menyempitkan rezeki dan memunculkan kebencian di hati makhluk.” Demikian ungkapan Ibnu Abbas RA.

Saudaraku,
Tapi Islam tetap selalu ingin memberi semangat pada orang yang sudah berdosa agar tidak pernah putus harapan dari rahmat Allah. Dosa dan kemaksiatan sebenarnya tidak menghalangi seseorang untuk tetap memiliki hati yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah swt. Mungkin, kita meletakkan kaki di tempat yang tidak sesuai dengan keredhaan Allah swt. Tapi hati kita tetap memendam pengakuan tulus akan keagungan Allah swt. Ertinya, Allah swt meniupkan kebaikan dalam hati, meskipun secara lahir kita belum sesuai dengan situasi hati kita. Itulah sebabnya para ulama’ membahagi dua kategori kemaksiatan, iaitu kemaksiatan anggota tubuh yang disebut dzunuub al jawaarih, dan kemaksiatan hati yang disebut dzunuub al qalb. Walaupun keduanya tiada kaitan secara lahiriah, dan paling membahayakan adalah kemaksiatan hati berbanding kemaksiatan anggota tubuh.

Saudaraku,
Keadaan hati yang tetap mengagungkan Allah swt, adalah kedudukan yang membersihkan seseorang untuk kembali dari limbah kehinaan. Hati seperti inilah yang tetap menyuarakan keagungan dan kebesaran Allah swt sehingga menolong pemiliknya dari keadaan keruh dalam kemaksiatan. Kata hukama’ ada menyebut, “Barangsiapa yang di dalam hatinya tetap mengagungkan Allah swt, maka Allah swt akan menolongnya agar jasadnya juga mengagungkan Allah swt.”

Lihatlah peristiwa yang dialami seorang soleh bernama Basyar Al Hafi, tokoh ulama yang terkenal zuhud dan wara ’ Abu Na ’im dalam Hilyatu Al Auliya, menguraikan Basyar Al Hafi yang mengatakan, “Aku dahulu seorang yang tersesat dan tidak tahu arah. Suatu hari aku melihat sebuah kertas di atas jalan. Aku mengambil kertas itu dan kulihat di dalamnya tertera kalimat “Bismillahir Rahmaanir Rahiim ”. Aku bersihkan kertas itu dan aku masukkan ke dalam jubah. Saat itu aku hanya mempunyai wang dua dirham, tapi wang tu aku habiskan untuk membeli minyak wangi. Minyak wangi itu aku usap pada kertas yang kusimpan di dalam jubah. Malam harinya, aku bermimpi seseorang mengatakan padaku, “Wahai Basyar, engkau angkat Nama Kami dari jalanan. Engkau membuatnya harum. Maka Aku akan mengharumkan namamu di dunia dan di akhirat.”

Renungkanlah saudaraku, bagaimana pengagungan Allah swt yang ada di dalam hati Basyar Al Hafi.


-credit to Google-

Saudaraku,
Ada pula kisah pelaku dosa yang tiba-tiba jiwanya tersungkur merasakan keagungan Allah swt. Lihatlah perubahan besar yang dilakukan seorang bernama Fudhail bin Iyadh, yang kemudian menjadi salah satu ulama besar Islam di zamannya. Dahulunya, Fudhail adalah seorang perompak yang sangat ditakuti akan kekejamannya. Suatu ketika, ia merompak sebuah rumah sebelum waktu subuh. Bila sahaja dia menembusi tembok rumah, ia melihat seorang kakak tua membaca Al-Qur ’an. Mugkin ketika itu, Fudhail tetap dengan hasratnya untuk merompak, tapi bacaan Al-Qur ’an orang tua itu begitu membuat jiwanya luntur. Secara zahirnya, Fudhail sudah melakukan kejahatan. Tapi kali ini, kejahatan fizikalnya tidak mendominasi keburukan hatinya. Maka, ketika orang tua itu membacaan firman Allah swt,

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka)…” (Al Hadid :16).

Fudhail memandang ke langit, seraya berkata, “Ya Tuhanku, aku bertaubat kepadamu malam ini.” Saat itu juga ia turun,, lalu mandi dan pergi ke masjid menangis dalam taubatnya. Seperti itulah, bahawa ada banyak perilaku maksiat yang tidak membatasi kedudukan hati yang tetap mengagungkan Allah.

Saudaraku,
Kerana itu, nilai seseorang tidak serta merta jatuh karena ia melakukan dosa dan maksiat. Bahkan ketika seorang pezina direjam lalu mendapat cacian dan penghinaan dari sejumlah sahabat,

Rasulullah saw bersabda, “Jangan lakukan itu, dia telah bertaubat dengan taubat yang bila ditimbang dengan 70 orang penduduk Madinah nescaya taubatnya meliputi mereka semua.”

Dalam riwayat lain,, “Sesungguhnya taubatnya jika ditimbang dengan seluruh penduduk Madinah, nescaya akan meliputi mereka semua.”

Ertinya, penzina itu pun ternyata memiliki hati yang tetap mengagungkan Allah swt.

Hati seperti itulah yang membuatnya rela mendapat hukuman setimpal dengan perbuatannya.



Sekarang,tanyalah pada diri, sebesar mana keagungan Allah swt dalam hati kita? :D


Sumber: Tarbawi

Zuhud Khalifah

0 comments

Salam w.b.t

Apa khabar semua? 'amil eih? =) harapnya semua sihat2 sejahtera hendakNya dan sentiasa dibawah rahmat lindungan Allah ta'ala. Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabi'in serta para ulama' alahisalam tu wassalam yang telah terkorban dalam menyebarkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Buktinya sehinggalah ke harini, alhamdulillah kalimah itu kita sama-sama dapat rasai dalam menikmati islam dan iman yang tidak ternilai harganya.

Salam sekali lagi,
Hampir sebulan ana tak jejak kesini sejak tawaqquf untuk bertugas sepanjang program festival zagazig 2010 minggu lalu.Tambah pula dengan macam-macam kerja yang perlu ana selesaikan dengan segera. Alhamdulillah, berbekalkan ilmu fiqh awlawiyat segalanya dapat disusun dengan rapi dan saksama walaupun banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam satu masa.

Tentu banyak persoalan yang ada dibenak sahabat-sahabat. Kenapa blog ini mendiamkan diri ya?. Ada lagi, "Farhan, update blog anta tu!" (nadanya lebih kurang gitu), 'sound' orang Gombak. Bukan sengaja tak mahu update, tapi biarlah berpada-pada. Ada masa kita bagi orang lain ditangga teratas dalam recent update, ada masa kita pula yang naik.

Baik,masa tak banyak ni. Jom ke tajuk entry! :D

Harini ana nak berkongi dengan sahabat=sahabat satu artikel berkisar riwayat agung seorang khalifah dimana sewaktu pemerintahan islam dibawah sistem khalifah tertegak hebat diseluruh muka bumi.

========================

Dalam lipatan sejarah Islam, terdapat 2 orang khalifah agung dimana kedua-duanya bernama Umar. seorang darinya bernama Umar bin alkhattab manakala seorang lagi bernama Umar bin abdul Aziz.menariknya, Umar Abdul Aziz ini merupakan cicit kepada Umar bin alkhattab.

pada suatu malam, khalifah umar bin abdul aziz sedang menyemak rekod wang perbendaharaan wang negara di pejabatnya.beliau meniliti dengan sempurna rekod-rekod itu dengan menggunakan cahaya sebuah pelita minyak kecil, cukup sekadar untuk kegunaan beliau seorang. Sedang beliau menyemak rekod tersebut, beliau terdengar pintu pejabatnya diketuk dan kedengaran suara orang memberikan salam.

"siapa?" beliau bertanya tanpa membuka pintu. "saya anakanda, ayahanda," suara anak lelakinya menyahut.

"ada apa?" tanya beliau, namun masih tidak bingkas untuk bangun membuka pintu pejabatnya,

"bonda menyuruh anakanda datang sebab ada masalah," jawab anak lelakinya.

"masalah apa?" tanya si ayah. "bukalah dahulu pintu ini ayahanda, biarkan saya memasukinya terlebih dahulu," kata si anak.

" baiklah, tunggu sekejap, ayahanda hendak membuka pintu,"kata khalifah Abdul Aziz.

sebelum beliau bangkit, beliau meniup api pelita hingga padam menyebabkan suasana bilik pejabatnya gelap gelita. khalifah teraba-raba mencari pintu lalu segera membukanya.

"masuklah," kata si ayah dalam suasana kegelapan itu, "ayahanda, mengapa dipadamkan cahaya pelita itu? bagaimana kita hendak berbual bicara dalam gelap ini?" tanya anaknya itu.

"nampaknya begitulah. kalau kita hendak berbicara didalam bilik ini,terpaksalah kita berbicara dalam suasana gelap," kata khalifah umar lagi.

"mengapa pula begini ayahanda?" tanya si anak lagi kehairanan. "bukankah anakanda tahu ini bilik apa,"

"ya, ini adalah pejabat ayahanda," jawab si anak. "siapa ayahanda wahai anakanda?" "ayahanda adalah khalifah negara, raja bagi sekalian orang-orang Islam," jawab sianak.

"itulah sebabnya, kita terpaksa berbual bicara didalam gelap didalam bilik ini," "tapi mengapa pula ayahanda?"

"pelita itu dinyalakan dengan minyak yang dibeli menggunakan wang negara, wang rakyat. anakanda datang kemari sebab hendak membincangkan urusan keluarga kita," kata si ayah.

"pejabat ini tempat ayahanda menjalankan tugas-tugas negara dan untuk kepentingan rakyat.

kita tidak boleh menggunakan harta rakyat untuk menguruskan hal-hal keluarga kita,"sambungnya lagi."jawatan ayahanda ini adalah AMANAH Tuhan, di akhirat kelak ayah akan disoal, bagaimanakah nantinya ayah hendak memberikan jawapan? kata khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada anak lelakinya itu.

======================

Coretan yang ringkas. Tapi padat dengan maksud tersiratnya.

Kita boleh bayang jika kita berada sewaktu pemerintahan Umar bin Abd Aziz. Sifat zuhud tak taqwanya yang tinggi dalam setiap gerak kerja beliau tiada yang dapat cari ganti dalam kalangan pemimpin sekarang.


Khalifah Umar bin Abdul Aziz :

“Kekuasaan yang berada di tangan tuan-tuan telah memungkinkan tuan-tuan menzalimi rakyat. Bila terasa di hatimu untuk menzalimi seseorang, ingatlah segera betapa besarnya kekuasaan Allah atas diri kamu.”
“Ketahuilah bahawa satu kejahatan yang ditimpakan pada rakyat akan tetap tercatat dalam daftar dosa. Ketahuilah pula bahawa Allah SWT membela orang teraniaya terhadap yang menzaliminya.”



Wallahu'alam