Pengajaran

Wednesday, June 03, 2009 0 comments

Assalamualaikum w.b.t

3 hari yang lalu, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah gara-gara si kiyoshi kena tangkap dan kena ‘basuh’ dengan bro. Yaseer. Rindu juga dibuatnya sampai 3 hari tak sentuh.


2 hari yang lalu pula, pusing dan penig menghadap test yang berterusan. Mengejar syllabus yang masih bertimbun dalam masa yang sama menanti exam yang akan berkunjung pada akhir julai nanti.


Alhamdulillah :) segalanya dapat diselesaikan dengan baik. Kiyoshi juga sudah pulih sepenuhnya sekarang bersama windows baru yang farhan gantikan.


Entah mengapa harini terasa ingin mencoretkan sedikit sebanyak keadaan disini. Biasalah, mungkin sekarang sudah berbeza berbanding 2 bulan yang lalu. Masa itu masih boleh berbalut dengan saratoga lagi. Masa meninggalkan winter berlalu diikuti spring. Tapi disini tiada, malah dianggap summer yang berpanggangkan bumi dan langit. Disini saya coretkan cerita yang berlaku sepanjang miss entry yang saya tinggalkan selama 3 hari.


============================


***Cerita imarah***


‘Aduh’,mengeluh lagi. Siapa lagi kalau bukan Hakim.


Tak lama selepas itu datang pula Faez,


’Adeh..mama ni nak kena gocoh ni’


Siapa yang tak geram, air asyik putus sahaja. Memang jadi rutin tuan rumah imarah akan tutup air bila di waktu tertentu. Ini kerana, bil air yang mandadak telah mendahului bil api sejak-sejak ini. Maka disini farhan sebutkan time yang selalu air tiada adalah seperti berikut:


+Lewat malam,11.00 malam keatas - mungkin masa untuk tidur tak perlu bukak

+Awal pagi, 8 pagi keatas - masa untuk meninggalkan imarah, pergi class!

+Petang, 2 petang keatas - masa untuk ber’istirehat’ selepas balik, penat..


Begitulah schedule imarah 7th mama Sarah. Tak juga, bukan semua disebabkan bekalan air ditutup. Tapi ada juga masanya di waktu puncak imarah kami yang paling atas lah paling merana menadah air. Jadi, tiada gunanya untuk menjerit kan? Semuanya sudah ditetapkan untuk kebaikan sejagat :)


Pesanan untuk housemate -kalau tak ada air time masuk waktu solat,jom pergi masjid


Pesanan lagi untuk semua kawan2 -jangan mandi lama2.ngeh2..





============================


***Cerita exam***


‘Exam bulan depan’..25 julai insyaAllah..'


'Semua sihat? tengah buat ape?..'


Semalam baru chat dengan Syafiq kebetulan mak abah ada juga. Terubat juga rindu anaknda disini. Sah, confirm exam 25 julai depan. Apa-apapun yang terjadi exam kena juga dibuat hari tersebut. Kalau tidak, tak berpeluanglah nak balik kampong :) macam2 yang perlu diselesaikan disana.


Jadi, tidak hairanlah sekarang semua tengah under pressure menghadapi test yang bertimbun-timbun. Harini, pagi anate-embryology dipetangnya pula physio-cvs. Esok lusa doctor histo. Lega..selamat biochem tak ada test ya.ish2..


Harini, di kelas embryology- 12.00 pm


'Class,last week we didn’t have exam so, we delayed it..‘


'Erkk...so..' (menunggu)


‘Today, all malaysian student group c must to do exam’


'It's ok..just 2 important question..2 question only', tambahnya lagi


(lebih kurang begitu ayatnya Dr. Ibrahim :)


Dr. Ibrahim,Embryology bila mangajar semuanya kata important, all important..


Tengahari tadi exam embryology, semua blur. Masing2 anggap exam embyo sudah tiada lagi sebab minggu lepas tiada kelas.aiyoyo..jadi d bawa ke hari ini pula. Apa lagi,tak cukup tangan kami memerah otak. 2 dalam 1 (macam milo =), harini juga ada exam phyiso-cvs. Soalannya apa yang kami study semalam. Begitu pantas sekali. Harini belajar, esoknya exam.


‘Naim, ok tak tadi?’


‘Macam itulah..’


‘Aku pun..’ (aku faham..)


‘Takpe..kita jujur..’


(moga ada keberkatan disana..)





===========================


***Cerita The New Kiyoshi dan Yaseer***



********-Black screen-**********


‘Sudah..apa dah jadi ini..’


‘Kenapa tiba 2jadi macam ini’


2 hari yang lalu di cc Yaseer,


Hantarkan ke klinik sekejap si kiyoshi ini sebab ada masalah sikit. Ingatkan ‘doc’ Yaseer dapat rawat dengan cepat rupanya lama juga. Yela..mungkin chronic agaknya. Dulu, masa masih acute tak nak hantar terus. Sekarang diri sendiri yang menjerit.


Tinggalkan si kiyoshi bersama Yaseer umpama menelan hempedu yang pahit terpaksa ditelan juga. Sebelum ini tak pernak kiyoshi diberi pada tangan orang lain selain Tuan nya :). Rupa-rupanya kiyoshi dah kena virus X1Y1, habis semua data dalam c kena infection. ‘Alamak…’habis semua hilang dalam user 1 (my document, my music, my video etc.) baru je tahu all that in :c. =p


3 hari tinggalkan pada doc yaseer nampaknya berkesan, itu pun kena temankan si doc tu kalau tidak bertambah seminggu lah nampaknya. Arab memang begitu,cakapnya petah buatnya tengoklah..’Tomorrow..tomorrow..tomorrow..’( kira? Kan dah 3 hari).




Tapi happening lah duduk dengan doc komputer Yaseer, banyak ilmu computer boleh dapat. Tekan sana sini tak payah guna mouse pun..guna keyboard (shortcut) sudeh. Study and bercerita tentang RAM dan hard drive, game dan macam biasa dapat vocab ‘ammiah baru. Tak lupa juga sempat berkongsi tentang severe hypoxia cause of tachycardia. aiyaa..maw belajar medik ka atau komputer?. Tak apa, sekadar ilmu tambahan dan untuk kebajikan sejagat. Esok-esok boleh tolong orang lain pula.