Impian tetap a.k.a 1st Exam

Monday, July 20, 2009 0 comments

Assalamualaikum w.b.t



Dulu dan masih sekarang,

Impianku ialah menjadi pemuda yang beriman
beriman yang buatkan aku rasa gerun dan takwa kepadaNya
Bila setiap kali bibir membasahi berzikir, ‘Ya Rahman, Ya Rahim’ jiwa akan tenang..

itu baru betul penghayatan dan keyakinan terhadap ISLAM kan.
Solat 5 waktu akan aku jaga tepat pada masanya kerana itulah satu-satunya lambang maruah diriku
sebagai seorang mukmin.


Ilmu yang sentiasa aku idam dan aku peroleh, disebar dan diimarahkan pada sahabat2
Begitu juga dengan jika ada kesempatan untuk menaburkan tenaga, aku akan cuba. Kerana fitrahnya mukmin yang sejati itu lapar dan dahaga akan pahala dan benci akan dosa noda.
Benar pesan mak, bila dibumi orang perbanyakkan berdoa dan anggaplah segalanya yang kita lakukan adalah seorang mujahid yang berjuang fisabilillah
Ya, fisabilillah yang idak takut berkata benar dan tidak gentar melawan nafsu.



Impianku ialah menjadi mujahid yang menjaga tutur kata
Tidak bermegah dengan ilmu di dada, tidak menyombong dengan harta dunia.

Tapi untuk dikongsi bersama suka duka, susah senang kita tetap bersama.
Begitu juga sikap saling memerlukan ,give & take lah katakan :)

Jika diluar sana ada yang memerlukan, sekali lagi akan aku cuba sedayanya,

Kerana aku tahu ia akan mengejar aku sifat pemurah dan peramah dan jalan untuk peroleh ramai sahabat.



Impianku ialah menjadi pemuda yang menghormati ibu dan ayah
Sentiasa menghormati dan sedia untuk berbakti kepada keluarga dan saudara
kerana aku tahu merekalah insan mulia dan pendorong semangat didada

Bila umur sudah meningkat dewasa pula,

Impianku ialah menjadi umara’ yang gigih memimpin dan menjaga rumahtangga
Mendidik dan menyerapkan semangat islam ke dalam jiwa mereka
kerana aku tahu merekalah penyambung perjuanganku kelak.



Impianku ialah menjadi pemuda yang sentiasa bersedia menjadi imam (ketua)
Segala gerak geri seharianku sentiasa dibawah naungan Al-Quran dan As-Sunnah
dalam pertuturan seharian,

Aku tidak pasif, tapi mudah diajak berbincang dan berkongsi pendapat bersama,tak boleh ego!
Jika berjalan di luar sana, di Cairo , Alex atau dimana2, akan aku sentiasa menundukkan pandangan dan berbicara hanya bila perlu sahaja (kepada muslimat).



Impianku ialah peka dan optimis akan masa yang sentiasa mencemburui

Tidak membuang masa kepada benda yang tak berfaedah (ini kena cuba slow2)
tapi digantikan dengan mata layu kerana rakus menelaah dan bertahajud kepadaNya
Jika suaraku lesu pula, biarlah ia kerana keletihan mengaji dan berzikir

bukannya menyanyi lagu2 yang lagho dan atau menjerit tak kena mengena
Pada malamnya nanti, impianku ialah tidur lena bertemankan cahaya keimanan dalam ketaqwaan

kerana aku tahu disaat itulah nyawa aku di hujung dunia,alam barzakh serta akhirat yang kekal disana.
Bila aku bangun, jadikanlah subuhku ibarat sang harimau kelaparan
Zikir pagi kesyukuran berserta air mata tangisan menjadi hidangan
Kerana aku tahu hari demi hari yang Kau hadiahkan usiaku lanjut meniti kematangan.



Impianku ialah peringatan mati sebagai teman sejati
Kerana bagiku alam duniawi adalah ladang ukhrawi yang kekal abadi
kenangan hidup yang aku bajai hanyalah semata-mat a mengharap redha illahi
Agar berputik tunas yang bakal bercambah menjadi baka yang berkualiti
Untuk meneruskan perjuangan ISLAM hingga ke akhirat nanti".


================================


Ingatkan pesan mak abah, saudara mara, guru2 dan kawan2 semua,

-Masa yang terhampir dalam musim exam ini doa mustajab dan insyaAllah dipermudahkan segalanya

-Masa untuk counter revision! (semestinya la)

-Perbanyakkan ibadah, solat hajat dan tahajud serta sedekah

-Memohon maaf dan memaafkan semua kesilapan yang lalu.


Hari ini Isnin, 20 Julai 2009 tepat jam 9.30mlm,

Eh,ada yang tanya dah 20 haribulan erk?. Jangan buat-buat lupa pulak ye

Ada 21 hari lagi untuk hadapi EXAM,

Sllyibus physio.(respiration) dan biochem.(vitamin) tak habis lagi.(banyak lagi tu)

Jadi, lecturer yang mengajar pun macam keretapi pecut la.

Laju betul, bila ditanya faham ke tak?..angguk..faham angguk tak faham pun angguk. Tapi, erk nampaknya akhir2 ni lecturer bagi chance nak ‘tolong’ la :) so, tamau lepaskan peluang dan kena tumpu betul2 walaupun sejak dua menjak nak exam ni rasa malas nak pergi kelas (xtawu kenapa :s).


Oklah, makan malam dah siap. Harini hakim masak kari daging dengan nasi putih je. Sayur tak dak, sebab orang rumah ini xsuke makan sayur (kecuali saya), memang dah faham dah. Jom makan!, Nak rasa ada ‘kick’ tak kari hakim ni :p haha.


Salam.

Jumpa lagi.