Ikhlas kita

Tuesday, December 29, 2009 0 comments
Salam w.b.t

Solla Allahu 'Alaihi Wa Alihi Wasallam

Bersua lagi =)

Keilkhlasan baranagkali bukan sesuatu yang mudah diperoleh. Betul..Ia adalah sesuatu yang perlu dilatih untuk ia mengakar di dalam hati. Bukan semua orang dapat menikmati sebenar-benar ikhlas seperti para anbia' dan sahabatnya. Ingat,sifat yang tidak mengakar di dalam keikhlasan hanya akan membawa kepada futur dalam amal. Kebarangkalian untuk thabat adalah tipis. Jadi, sia-sialah jika sahabat-sahabat hanya melakukan sesuatu kerja semata-mata atas nama mahupun terpaksa.

Tetapi apabila keikhlasan diperoleh, maka akan terhasillah orang-orang yang hebat dan mempunyai keperibadian yang bersinar. Cahaya keimanan jelas kelihatan pada peribadi tersebut, sehinggakan syaitan sekalipun tidak akan mampu untuk mempengaruhi mereka ini.

Mana tidaknya? Syaitan hanya mampu menyerang dan membisikkan ke jahatan ke dalam hati manusia. Tetapi hati golongan yang ikhlas adalah tulen dan tidak bercampur-baur dengan sesuatu apa yang lain. Tujuan mereka hanya Allah, dan keinginan mereka adalah untuk menjadi kalimahNya kalimah yang tertinggi.

Hati yang soleh pasti akan mensolehkan seluruh anggotanya yang lain, dan hati yang rosak pasti akan merosakkan yang lainnya pula.

Lihatlah peribadi 'Umar, seorang sahabat yang menerima tarbiyah langsung daripada RasuluLlah. Baginda pernah bersabda:
Demi diriku di tangan-Nya, tidak ada suatu pun jejak langkah perjalanan yang ditemui oleh syaitan melainkan syaitan akan memanjangkan langkahnya (untuk mendapatkan yang empunya jejak langkah), melainkan jejak langkahmu.
(HR. Bukhari & Muslim daripada Saad Abi Waqqas)

Bukankah pada generasi mereka terdapat contoh yang terbaik?
-----------------------------------------------------------------

*Barisan kepimpinan Akademi Al-Quran (Zagazig) 08/09 telah melabuhkan tirai. Jadi, barisan kepimpinan yang baru 09/10 akan naik untuk mengambil taklifan masing-masing.

Sejauh manakah keikhlasan dalam diri kalian dalam mentadbir sebelum,selepas, dan akan datang dalam pucuk pimpinan?

Ingat, kalian membawa agama Allah, Keikhlasan adalah cara terbaik untuk mencapai hazaf yang berkesan.

Wallahu a'lam.

Adik-adik kita

0 comments

Salam w.b.t

S
elamat bersua kembali tetapi kali ini di dalam suasana yang agak kurang seronok. Kenapa? Ya, ditanah air sana adik-adik kita musim cuti sekolah mereka sudah hampir tamat, tetapi tidak bagi adik-adik remaja yang sedang berperang dengan peperiksaan besar; STPM yang tinggal beberapa hari lagi. Semoga berjaya diucapkan. Apabila melihat dengan tunak mata sendiri akan rencana dan aktiviti adik-adik kita yang sudah dinikmati cuti sekolah kali ini, timbul rasa bimbang yang tiada bertepi.

Senario umat manusia hari ini berhempas pulas mempertahankan jati diri dan mencari-cari formula berkesan untuk mengembalikan kegemilangan masa lampau terutama terhadap anak-anak muda masa kini. Memang realiti dunia hari ini mencemaskan juga merimaskan kita. Umat manusia dihambat dengan seribu satu malapetaka moral dan sosial yang parah dan boleh dikatakan amat kritikal.


Segala masalah masyarakat dewasa ini tidak lagi berlegar di sekitar isu-isu biasa dan sekarang menyusur ke arah aktiviti yang lebih memudaratkan diri dan merosakkan masyarakat tetapi mencemarkan dan membusukkan nama baik agama dan masyarakat itu sendiri. Inikah harga yang perlu dibayar bagi sebuah kemajuan manusia. Keruntuhan moral nilainya. Mana perginya ketamadunan akhlak manusia? Inilah hakikat era globalisasi yang semakin menghijab hati-hati manusia daripada menerima fitrah yang sepatutnya.

Pergi ke mana saja di ceruk negara sendiri, pasti ada adegan ‘panas’ anak-anak remaja yang masih belasan tahun yang begitu menyakitkan mata yang melihat. Tidak kira sama ada di dalam pengangkutan awam, taman rekreasi atau di kompleks membeli belah. Agaknya mereka ini tidak ingat atau tidak tahu bahawa Maha Pencipta sedang memerhati. Apa yang pasti ketika itu hanya melayani kata nafsu. Syaitan pula menjerit keriangan melihat rosaknya anak Adam.


Bila dibincangkan tentang isu-isu begini, ramai yang tampil memberi maklum balas. Ini merupakan satu perkara yang baik tetapi kita kena ingat bahawa maklum balas tersebut perlulah disusuli dengan tindakan. Jangan jadi seperti tin yang kosong; bunyi sahaja yang kuat tetapi tiada apa-apa yang terisi di dalamnya. Kita mencanang sana-sini masalah sosial yang melanda disekeliling kita, tetapi kita tidak berbuat apa-apa. Hanya menjadi pemerhati yang setia tanpa turut sama turun padang untuk membantu. Bila terkena batang hidung sendiri (terjadi kepada anak sendiri), baru muka malu sepuluh inci. Kemudian, sibuk pula menuding jari kepada orang lain.

Sebelum semuanya masih belum terlambat, sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing. Jagalah sahabat-sahabat kita jika kita seorang teman yang setia. Perhatikan tindak-tanduk adik-adik kita jika kita seorang abang atau kakak. Ingat seperkara, anak-anak muda kini adalah modal pemimpin negara masa hadapan. Kepada mereka jugalah nanti kita bergantung harap nasib negara. Jika ingin tahu nasib negara akan datang, lihatlah generasi muda hari ini.


Adik-adik remaja di luar sana pula, jangan pula asyik berlibur. Tidak salah untuk berhibur di musim sekolah begini selagi ianya tidak melanggar batas syariat. Dalam masa beberapa hari yang tinggal untuk menghabiskan sisa cuti ini, adik-adik boleh menilai sendiri sejauh mana pencapaian dan kepuasan adik-adik dalam musim cuti. Adakah adik-adik telah membaca 10 atau 20 buah buku bersifat ilmiah ataupun adik-adik sudah membazirkan masa adik-adik dengan aktiviti yang lagho lagi melalaikan. Memang tidak dinafikan ada yang terlampau seronok bercuti sebagai imbalan membalas dendam setelah sekian lama berkepit dengan buku. Jangan sampai cuti kita diisi dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan yang paling mendukacitakan, cuti yang tidak mendapat redha Allah SWT.


Sama-samalah kita ingat-menginggati dan berpesan-pesan. Seperkara, apa yang terjadi sebenarnya semuanya akan berbalik kepada diri kita sendiri kerana apa yang kita tidak dapat dari orang lain mencerminkan apa yang kita enggan berikan kepada orang lain. Sama-sama kita muhasabah buat pedoman.

credit to kholis

Wallahua'lam