Salam w.b.t
BismillahirRahmanirRahim..
Salam Ramadhan Mubarak..
Apa khabar semua tetamu Ramadhan yg dimuliakan? Sihat bersama nur Ramadhan? Masih bersemangat atau semakin bersemangat mengutip barakah Ramadhan dan malam2nya yg Indah? Jika “Ya” jawapannya, MasyaAllah, Alhamdulillah..
Saya setiap kali melangkah nak ke masjid buat solat terawih, mesti kena ingatkan diri tujuan sebenar setiap kudrat yg dileburkan dalam setiap langkah ke sana. Sentiasa kena refresh niat! Bukan tu je, melangkah je keluar dr pagar rumah dalam hati kalut berdoa supaya Allah hidup dan nyalakan semangat mengimarahkan malam yg mulia ni seperti mana terangnya cahaya bulan yg menghantar langkah kami ke masjid setiap malam, Subhanallah.. Saya mintak Allah bagi saya ketahanan mental dan fizikal pada tiap2 malam. Tu dia, macam tu sekali. Tu lah dia kelemahan namanya. Kadang2 di celah2 hati terselit rasa, “Ya Allah, mengantuk la pulak..”, “Ya Allah, malasnya nak buat sampai 20 rakaat..”, “Ya Allah tu, Ya Allah ni…” MasyaAllah, macam2 dugaan betul. Nak kata ada syaitan yg mengganggu, bukan semua habis kena kurung ke?Hurm.. maknanya ada yg tak kena dgn hati la tu.. nak kena check selalu ni.. Macam mana nak check hati?Jom pi belek yg namanya Muwasofat Tarbiyyah (MT)..Tafaddal!
Sebelum tu, credits untuk abang Bai yang forward mesej ni pada saya. Alhamdulillah, bagus sungguh abang senior sekolah ni. Kalau tak, saya pun tak terfikir nak semak MT ni untuk perbaiki diri sepanjang Ramadhan ni. Dok terperap jela dlm “atas riba” ni..Jazakillah ya ukhti..Jazakillahu khaira! (Jazaki, jazaki.. jazakillahu khaira.Walaki, walana.. InsyaAllahu Jannah!
Ada 10 perkara dalam MT;
1) Aqidah sejahtera
2) Ibadah yang sahih
3) Akhlak yg mantap
4) Mampu bekerja
5) Berpengetahuan
6) Tubuh yg cergas
7) Mujahadah
8) Teratur urusannya
9) Sangat menghargai masa
10) Bermanfaat kpd orang lain
Bagaimana caranya?
Saya bagi contoh2nya ye..
Aqidah sejahtera
Mengimani rukun2 iman
Mengikhlaskan amal kerana Allah semata
Tidak mensyirikkan Allah
Mensyukuri Allah SWT ketika menerima nikmatNya (Ingat Allah selalu)
Ibadah yg sahih
Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Berjemaah di masjid (solat terawih)
Perbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali ( 4x je dlm Ramadhan? Mana cukup! Hari2 la,cuba, InsyaAllah)
Bayar zakat
Berpuasa wajib
Berniat menunaikan haji
Beriltizam dgn adab2 tilawah (tadarus AlQuran)
Khusyu’ ketika membaca AlQuran
Hafaz satu juzu’ dr AlQuran
Berdoa pada waktu2 yg diutamakan ( berbuka dan bersahur)
Mengakhiri hari dgn taubat dan istighfar
Mulakan setiap amalan dgn niat
Menjauhi dosa2 besar
Sentiasa zikir pagi dan petang (Mathurat)
Ingat Allah setiap masa
Menyebarkan salam
Menahan anggota dr perkara haram
Beriktikaf di bulan Ramadhan ( Buzzz!! Now is Ramadhan, be alert!)
Bersugi
Sentiasa dlm keadaan berwudhu’
Akhlak yg mantap
Tidak takabbur, menipu, mencaci, mengadu domba, mengumpat, berdusta, mengejek, berkelakuan buruk. (Buzz!! Buzz!! Jaga mulut, puasa semua pancaindera)
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Mampu bekerja
Jauhi pekerjaan haram
Jauhi riba
Jauhi judi
Jauhi penipuan
Tunai zakat
Buat simpanan wlpun sikit
Tidak menangguh tugasan
Pelihara harta awam dan peribadi
Berpengetahuan
Baca tafsir satu juzuk dr ALQuran
Hafaz setengah dr Hadith 40
Hafaz 20 hadith Riadhussalihin
Mengenali 10 orang yg dijanjikan syurga
Kenali hukum2 bersuci, solat, puasa
Membaca sesuatu yg di luar bidang 4jam seminggu
Mahirkan diri dgn wasilah2 moden
Sentiasa peka akan serangan zionis terhadap Islam (Buzzz! Ni kesedaran diri ana sendiri)
Semak pertubuhan2 yg menyeleweng
Mendengar dgn baik dan mampu beri pandangan
Sedia terima tugas2 kolektif (tolong keluarga & sahabat2)
Tubuh yg cergas
Bersih tubuh badan, pakaian, tempat tinggal
Beriltizam dgn adab makan n minum
Tidak berjaga malam berlebihan (untuk kerja yg tidak berfaedah)
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sblm subuh ( jgn tidur slps bersahur!!)
Tinggalkan tabiat merokok (Buzz!Now is Ramadhan!!)
Jauhi tempat2 kotor (denggi)
Jauhi tempat2 berpenyakit ( H5N1)
Bermujahadah
Jauhi perkara2 haram
Jauhi tempat2 lalai yg diharamkan
Tinggalkan tempat2 maksiat
Teratur urusannya
Penampilan yg elok
Tidak berhubungan dgn musuh Islam (Buzz!! Boikot Israel n yahudi laknatullah)
Sangat hargai masa
Bangun awal
Gunakan masa tertentu utk belajar ( Buzz!!ingat tu semua budak2 medic!=D
Bermanfaat kepada orang lain
Tunaikan hak ibu bapa ( Balik berpuasa keluarga, solat terawih sama2)
Sertai majlis2 kegembiraan
Bantu org2 yg memerlukan
Bimbing orang yg sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai =)
Subhanallah, Allahuakbar! Islam itu syumul tiada bandingan.. Islam itu indah jika segalanya kerana Allah..
p/s :Jom, kita ramai2 cuba praktikkan.. Buzz untuk diri yang menyampaikan ini! Buzz! Buzz!
p/s lagi :Ingat surah AsSaff ayat 2-3..
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment