10 years ago
Vaksin Haji Disahkan Halal
Monday, September 28, 2009 Posted by FarhanMurtza at Monday, September 28, 2009Salam,
Kementerian Kesihatan mengesahkan vaksin meningococcal quadrivalen (ACYW135) yang digunakan di semua fasilitinya adalah halal.
Vaksin ini tidak mengandungi unsur-unsur dari babi atau pun lembu.
Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan Selasa ini sebagai memperjelaskan laporan sebuah akhbar tempatan yang menyebut Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitiskepada jemaah haji negara itu kerana ia mengandungi enzim babi.
Suntikan vaksin tersebut diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi sebagai syarat pengeluaran visa untuk jemaah haji dan umrah.
(Sumber: Bernama)
Kepada seluruh umat islam khususnya jemaah haji Malaysia, Selamat berangkat untuk kalian. Semoga haji anda mabrur dan diredhai Allah s.w.t.
p/s : beruntung mereka menjadi tetamu Allah.
InsyaAllah.. satu hari nanti..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment