kepada
Abang, Kakak dan sahabat-sahabat di Malaysia
(UM,UIA,USM,USIM,UKM,UMP,KUIS,UTeM,UiTM,KUIM)
tak lupa juga adik-adik yang akan menduduki peperiksaan SPM mahupun exam akhir tahun =)
"Dan tidaklah kamu diberi pengetahun kecuali sedikit" (Al-Isra':85)
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
Hadis ini merupakan hadis pertama dalam hadis 40. Ia diriwayatkan oleh dua orang ulama hadis termasyhur, Bukhari dan Muslim dan merupakan hadis Mutawattir yang tak dapat disanggah kesahihannya.
Sebenarnya apa yang nak disampaikan kali ini, kita sebagai manusia setiapnya mempunyai tujuan dan matlamat. Begitu juga dengan makhluk lain seperti bulan, bintang, matahari dan lain lain makhluk Allah. Manusia tidak kira dia seorang muslim, atau kafir semuanya dijadikan kerana mempunyai matlamat masing masing, tetapi semuanya mempunyai matlamat akhir yang sama, iaitu kerana Allah.
Kerana Allah lah matahari menyinarkan cahayanya kepada planet disekelilingnya.
Kerana Allah lah bumi beredar mengelilingi matahari
Kerana Allah lah air hujan turun ke bumi.
Begitu jugalah manusia hidup di bumi matlamat akhirnya adalah kerana Allah.
Kerana itulah pentingnya manusia kembali kepada tujuan asal ia berada di bumi Allah ini. Aku juga seorang pelajar, datang ke Mesir dengan matlamat untuk menjadi orang yang bijak pandai. Tetapi lama-kelamaan aku sedar itu sebenarnya adalah matlamat yang salah. Ada orang pernah berkata, kita belajar kenalah pasang niat kerana Allah barulah dapat pahala. Tetapi sebenarnya kita belajar kerana Allah seperti mana hati dan lidah kita melafazkannya, tetapi tidak kepada perbuatan kita. Ramai orang pasang niat untuk belajar kerana Allah, tetapi hakikatnya dia belajar hanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Ada juga yang mahu mendapat pekerjaan yang baik. Ada yang belajar kat Mesir untuk dapat ustaz/ustazah atau doktor/doktorah kerana akhirnya nanti dipandang tinggi sanak saudara ditanah air kelak.
Kita tidak sedar apa tujuan kita di sini. Walhal semua itu ada dalam buku teks PSI, PQS atau lebih memalukan ianya diterap pada peringkat sekolah rendah lagi. Semua yang belajar itu hanya sekadar pengetahuan, bukan untuk diamalkan. Perkara yang paling basic yang semua umat Islam lupa. Aku tak beritahu di sini apa tujuan kita di sini (sebab kalian semua tahu sebenarnya)...
Sampai di sini dahulu, renung renungkan..
Aku rindukan ustaz ustazah yang pernah mendidikku dulu...
Wallahua'lam
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.
“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang ria'. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya ria' dalam beramal.
p/s : ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
p/s II: Entry tertangguh (belum complete lagi)
"innamal a'malu binniat"
Tuntut ilmu ikhlas keranaMu..
Salam w.b.t
Beberapa hari ini, bagaikan sesuatu yang semacam sahaja. Begitu banyak berita yang kurang baik aku dengari. Selang beberapa hari, bagaikan ada sahaja berita kurang enak yang aku terima. Tak kiralah ianya sebesar mahupun sekecil mana pun. Yang pasti aku tahu ia adalah ujian dan hikmah dariNya
Berikut adalah berita yang aku terima dari Mesir.
Sila baca : [Petikan dari laman rasmi DPMZ]
Takziah kami ucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang terlibat. Semoga kesabaran dan ketabahan kalian Allah balas dengan jutaan rahmat yang tiada tandingannya.
Berita beberapa hari yang lalu aku terima dari sahabat karibku, Naim yang kini bercuti di Kedah. Aku mula2 kurang jelas dengan maklumat yang dibagi sebab dia hanya menghantar mesej sahaja. Kemudiannya aku tanya pada sahabat2 yang lain di Zagazig, Harith dan dia juga khabarkan berita yang sama. Hati aku sentak sebentar dengan harapan tiada yang tak diingini berlaku. Selepas menelefon dan melayari serba sedikit berita tentang kejadian tersebut ternyata alhamdulillah semuanya selamat walaupun terdapat antara mereka senior2 kami, Dr Syam yang merupakan ketua OPZ dan beberapa lagi AJKT yang turut serta mengalami trauma yang berlanjutan dan memakan masa untuk pulih. Marilah sama-sama kita mendoakan agar sahabat2 kita yang terlibat cepat sembuh dan dilindungiNya sentiasa.
==============================================
Bersabarlah sahabat..
Dalam segala keadaan apa sekalipun, apa yang lebih penting pada saat kita dilanda pelbagai macam musibah, kesabaran yang tinggi amat dituntut oleh agama. Dan setiap kesabaran itu juga merupakan pintu hidayah bagi hati. Tidak dapat tidak kita perlu memiliki kesabaran itu kerana setiap musibah yang terjadi tidak lepas daripada ketentuan Allah s.w.t. Kita tentu tidak mahu sehingga tiba pada suatu peringkat, akibat ketidaksabaran itu akan mencacatkan keimanan seseorang (kita) terhadap rububiyah Allah.
Salah satu daripada sedemikian banyak faktor yang menyebabkan kegagalan seseorang dalam menjaga dan menpertahankan sikap sabar adalah rasa pesimis dan kekurangan keyakinan terhadap balasan dan janji Allah s.w.t. Abu Talib Al-Makki dalam kitabnya Qutul Qulubmenjelaskan bahawa orang yang paling baik atau terpuji kesabarannya ketika ditimpa musibah adalah mereka yang paling tebal keyakinannya, dan kebanyakan manusia yang gemar atau suka mengeluh dan bersikap berdendam dalam menerima musibah adalah mereka yang tipis keyakinannya. Bagi Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah pula, bencana-bencana yang menimpa manusia merupakan kenikmatan. Terhapusnya dosa dan kesalahan dengan adanya musibah-musibah, juga termasuk dalam kenikmatan yang besar.
Bencana atau musibah yang melanda pada hakikatnya memiliki peranan yang besar dalam mendidik jiwa kita. Ini kerana sudah semestinya jiwa itu perlu dididik meskipun menerusi penerima bencana. Hal demikian itu semata-mata untuk menguatkan hati, keteguhan sikap, terlatih, dan sentiasa waspada terhadap persekitaran.
Pada saat itu seseorang manusia harus segera menyedari bahawa apa yang paling penting ialahiltija, iaitu mencari perlindungan diri kepada Allah s.w.t semata-mata, ketika di mana seluruh tempat bergantung tidak berupaya membantunya untuk menghadapi bencana tersebut. Tidak ada tempat berlindung kecuali berada di bawah naungan-Nya. Tidak ada pertolongan kecuali daripada-Nya. Sehubungan itu, Allah s.w.t berfirman:
”Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (At-Taghabun: 11)
Alqamah, seorang tokoh daripada kalangan tabiin pernah berkata: ”Ia adalah seseorang yang dilanda musibah. Kemudian ia meyakini bahawa musibah itu berasal daripada Allah, sehingga tetap reda dan berserah diri.”
Demikan juga dengan Nabi Yunus, iaitu ketika ia dimasukkan ke dalam mulut ikan yang besar, maka ia memanggil Rabbnya, memohon pertolongan daripada-Nya, sekali gus mengakui kesalahan dirinya.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa kami tidak akan mempersempitkannya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ”Bahawa tidak ada Allah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (Al-Anbiya: 87)
Mengabaikan tanda-tanda kehadiran Allah menjadikan hati gersang dan kacau, dan ‘mengundang’ jauhnya rahmat Allah dan datangnya bencana. Semoga kita semua terpelihara daripada bencana serta dapat menghayati ayat-ayat Allah, baik yang terhampar mahupun yang tertulis.
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa ia adalah hak/benar.” (Al-Fussilat: 53)
Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t ialah menjadikan kita atau keluarga sebagai tempat sasaran ujian-Nya. Musibah, memang akan selalu mengekorii umat manusia di dunia ini kerana dunia adalah tempat ujian dan cubaan. Hal demikian ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akan Kami ujikan kamu dengan sedikit daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan.”
(Al-Baqarah : 155)
Ini semua bertujuan memperbaiki ketakwaan dan kesabaran hamba-Nya dan akan memilih siapa yang berjaya menerima ujian tersebut dengan penuh kesabaran. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mereka yang banyak menerima ujian itu ialah para nabi, siddiqin, dan salihin, kemudian mereka yang mengiringi…”
Segala ujian itu seharusnya ditempuh dengan penuh kesabaran kerana ini akan mendekatkan lagi dirinya kepada Allah s.w.t. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Bukan bererti orang yang sabar itu akan bergembira apabila ditimpa kesusahan dan ujian tetapi mereka tetap sedih dan dukacita. Namun, mereka tidak akan bertindak di luar batasan agama. Nabi Muhammad s.a.w, contohnya, pada hari kematian anak kesayangan baginda, Ibrahim, tetap bersedih, dan air mata tetap berlinangan, tetapi tidak melakukan sesuatu di luar batas agama melainkan apa yang diredai oleh Tuhannya sahaja. Maka, orang yang memiliki tahap kesabaran yang tinggi telah benar-benar memurnikan tauhid dan mengikhlaskan doa hanya untuk Allah.
Demikianlah contoh keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam menghadapi ujian daripada Allah s.w.t. Justeru itu digalakkan mereka yang ditimpa musibah itu berkata sebagaimana yang dituntut oleh agama, yang bermaksud: “Kami hanya bagi (milik) Allah dan kami tetap kembali menghadap-Nya.”
(Al-Baqarah:156)
Di dalam al-Quran dinyatakan untuk mereka yang berjaya menghadapi ujian itu akan mendapat penghargaan daripada Allah, juga rahmat-Nya dan mereka itu memperoleh petunjuk. Hati mereka sekali-kali tidak akan terlintas atau terbawa-bawa dengan perasaan yang terselit persoalan kenapa Allah memilih diri atau keluarga mereka sebagai tempat ujian-Nya.
Kesabaran yang tinggi amat dituntut di dalam Islam kerana dengan memiliki jiwa yang sedemikianlah umat Islam akan menjadi suatu umat yang teguh peribadi dan kukuh jati diri, tidak gentar akan segala dugaan atau bencana yang menimpa. Yakinlah bahawa ada hikmah di sebalik bencana yang menimpa. Rahmat Allah sentiasa terbentang selagi kita yakin dengan jalan menuju ke arah keredaan-Nya.
p/s: pengisian diatas aku petik dari buku 'La Tahzan' yang aku baca suatu aku juga ditimpa ujian dan musibah dariNya..
Semoga ia jadi pedoman dan kekuatan untuk menempuh halangan hari depan. InsyaAllah
Wallahua'lam
Aku sudah berada di Kedutaan Mesir jalan Ampang,Kuala Lumpur buat kedua kalinya kerana urusan penting yang wajib aku uruskan. Kali ini aku berpeluang melihat kelibat orang arab mesir dan orang melayu kita yang telah di'arab'kan disana setelah kian hampir sebulan di Malaysia. Kelibat mereka tu kadang2 membuatkan aku geli hati dan kadang2 juga sakit hati kita dibuatnya. (sabar2..:D tapi yang bestnye mereka membuatkan aku melayan rindu sebentar pada mereka yang berada disana. Ya, tipulah jika aku tak merindukan Cairo,sayeda zainab :D dan Zagazig.
p/s: nak letak banyak gambar lagi,esok ye.ngantok sgt dah. (~~)
Salam w.b.t
2 hari lepas, aku terima mesej daripada Alif yang kini di Jakarta,Indonesia. Kami sahabat sekelas semasa sama2 persediaan/foundation di MSU Shah Alam tahun lalu. Aku hanya teliti membaca mesejnya tanpa memikirkan keadaan sekeliling masa tu. Mesejnya berbunyi, 'Farhan, doakn kami disini, minta tlg shbt2 kita buat qunut nazilah sme2'. Mesejnya ringkas dan penuh bermakna. Sebenarnya aku memang dah dapat teka apa isi mesejnya tambahan pula dari Indonesia. Alif kata, keadaan dia selamat disana tapi masih bimbang sebarang kemungkinan yang akan berlaku dalam masa terdekat ni. Sabar dan banyakkan doa je katanya.
Berikut tempat2 yang kritikal Alif nyatakan dlm mesejnya:
-Gempa di Tasik 15.04
-Susulan gempa pertama, Padang 17.16
-Gempa kedua, Padang 17.58
-Keesokkannya, di Jambi 08.52
Sekali lagi aku menenangkan Alif dgn perbanyakkan berdoa. Semua ni ujian Allah..dan ingatlah janji-janji Allah kepada hambaNya yang beriman.Dia hendak menguji iman dan taqwa kita padaNya. Astaghfirullah, aku bertanya. Bagaimana jika aku di tempat mereka..
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri,melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya"(Al Hijr ayat 4)
" (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”(QS. Al Anfaal: 52)
Wallahua'lam.
© 2009 iMuslim iMu'min · Proudly powered by Blogger & Green Park 2 by Cordobo.