Berita dari Zaqazig

Friday, October 16, 2009

Salam w.b.t


Beberapa hari ini, bagaikan sesuatu yang semacam sahaja. Begitu banyak berita yang kurang baik aku dengari. Selang beberapa hari, bagaikan ada sahaja berita kurang enak yang aku terima. Tak kiralah ianya sebesar mahupun sekecil mana pun. Yang pasti aku tahu ia adalah ujian dan hikmah dariNya

Berikut adalah berita yang aku terima dari Mesir.

Sila baca : [Petikan dari laman rasmi DPMZ]


Takziah kami ucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang terlibat. Semoga kesabaran dan ketabahan kalian Allah balas dengan jutaan rahmat yang tiada tandingannya.


Berita beberapa hari yang lalu aku terima dari sahabat karibku, Naim yang kini bercuti di Kedah. Aku mula2 kurang jelas dengan maklumat yang dibagi sebab dia hanya menghantar mesej sahaja. Kemudiannya aku tanya pada sahabat2 yang lain di Zagazig, Harith dan dia juga khabarkan berita yang sama. Hati aku sentak sebentar dengan harapan tiada yang tak diingini berlaku. Selepas menelefon dan melayari serba sedikit berita tentang kejadian tersebut ternyata alhamdulillah semuanya selamat walaupun terdapat antara mereka senior2 kami, Dr Syam yang merupakan ketua OPZ dan beberapa lagi AJKT yang turut serta mengalami trauma yang berlanjutan dan memakan masa untuk pulih. Marilah sama-sama kita mendoakan agar sahabat2 kita yang terlibat cepat sembuh dan dilindungiNya sentiasa.


==============================================


Bersabarlah sahabat..


Dalam segala keadaan apa sekalipun, apa yang lebih penting pada saat kita dilanda pelbagai macam musibah, kesabaran yang tinggi amat dituntut oleh agama. Dan setiap kesabaran itu juga merupakan pintu hidayah bagi hati. Tidak dapat tidak kita perlu memiliki kesabaran itu kerana setiap musibah yang terjadi tidak lepas daripada ketentuan Allah s.w.t. Kita tentu tidak mahu sehingga tiba pada suatu peringkat, akibat ketidaksabaran itu akan mencacatkan keimanan seseorang (kita) terhadap rububiyah Allah.


Salah satu daripada sedemikian banyak faktor yang menyebabkan kegagalan seseorang dalam menjaga dan menpertahankan sikap sabar adalah rasa pesimis dan kekurangan keyakinan terhadap balasan dan janji Allah s.w.t. Abu Talib Al-Makki dalam kitabnya Qutul Qulubmenjelaskan bahawa orang yang paling baik atau terpuji kesabarannya ketika ditimpa musibah adalah mereka yang paling tebal keyakinannya, dan kebanyakan manusia yang gemar atau suka mengeluh dan bersikap berdendam dalam menerima musibah adalah mereka yang tipis keyakinannya. Bagi Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah pula, bencana-bencana yang menimpa manusia merupakan kenikmatan. Terhapusnya dosa dan kesalahan dengan adanya musibah-musibah, juga termasuk dalam kenikmatan yang besar.


Bencana atau musibah yang melanda pada hakikatnya memiliki peranan yang besar dalam mendidik jiwa kita. Ini kerana sudah semestinya jiwa itu perlu dididik meskipun menerusi penerima bencana. Hal demikian itu semata-mata untuk menguatkan hati, keteguhan sikap, terlatih, dan sentiasa waspada terhadap persekitaran.


Pada saat itu seseorang manusia harus segera menyedari bahawa apa yang paling penting ialahiltija, iaitu mencari perlindungan diri kepada Allah s.w.t semata-mata, ketika di mana seluruh tempat bergantung tidak berupaya membantunya untuk menghadapi bencana tersebut. Tidak ada tempat berlindung kecuali berada di bawah naungan-Nya. Tidak ada pertolongan kecuali daripada-Nya. Sehubungan itu, Allah s.w.t berfirman:


at-taghaabun


”Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (At-Taghabun: 11)


Alqamah, seorang tokoh daripada kalangan tabiin pernah berkata: ”Ia adalah seseorang yang dilanda musibah. Kemudian ia meyakini bahawa musibah itu berasal daripada Allah, sehingga tetap reda dan berserah diri.”


Demikan juga dengan Nabi Yunus, iaitu ketika ia dimasukkan ke dalam mulut ikan yang besar, maka ia memanggil Rabbnya, memohon pertolongan daripada-Nya, sekali gus mengakui kesalahan dirinya.


al-anbiya'


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa kami tidak akan mempersempitkannya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ”Bahawa tidak ada Allah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (Al-Anbiya: 87)


Mengabaikan tanda-tanda kehadiran Allah menjadikan hati gersang dan kacau, dan ‘mengundang’ jauhnya rahmat Allah dan datangnya bencana. Semoga kita semua terpelihara daripada bencana serta dapat menghayati ayat-ayat Allah, baik yang terhampar mahupun yang tertulis.


Fusilat

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa ia adalah hak/benar.” (Al-Fussilat: 53)


Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t ialah menjadikan kita atau keluarga sebagai tempat sasaran ujian-Nya. Musibah, memang akan selalu mengekorii umat manusia di dunia ini kerana dunia adalah tempat ujian dan cubaan. Hal demikian ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akan Kami ujikan kamu dengan sedikit daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan.”


al-baqarah

(Al-Baqarah : 155)


Ini semua bertujuan memperbaiki ketakwaan dan kesabaran hamba-Nya dan akan memilih siapa yang berjaya menerima ujian tersebut dengan penuh kesabaran. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mereka yang banyak menerima ujian itu ialah para nabi, siddiqin, dan salihin, kemudian mereka yang mengiringi…”


Segala ujian itu seharusnya ditempuh dengan penuh kesabaran kerana ini akan mendekatkan lagi dirinya kepada Allah s.w.t. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Bukan bererti orang yang sabar itu akan bergembira apabila ditimpa kesusahan dan ujian tetapi mereka tetap sedih dan dukacita. Namun, mereka tidak akan bertindak di luar batasan agama. Nabi Muhammad s.a.w, contohnya, pada hari kematian anak kesayangan baginda, Ibrahim, tetap bersedih, dan air mata tetap berlinangan, tetapi tidak melakukan sesuatu di luar batas agama melainkan apa yang diredai oleh Tuhannya sahaja. Maka, orang yang memiliki tahap kesabaran yang tinggi telah benar-benar memurnikan tauhid dan mengikhlaskan doa hanya untuk Allah.


Demikianlah contoh keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam menghadapi ujian daripada Allah s.w.t. Justeru itu digalakkan mereka yang ditimpa musibah itu berkata sebagaimana yang dituntut oleh agama, yang bermaksud: “Kami hanya bagi (milik) Allah dan kami tetap kembali menghadap-Nya.”


156

(Al-Baqarah:156)

Di dalam al-Quran dinyatakan untuk mereka yang berjaya menghadapi ujian itu akan mendapat penghargaan daripada Allah, juga rahmat-Nya dan mereka itu memperoleh petunjuk. Hati mereka sekali-kali tidak akan terlintas atau terbawa-bawa dengan perasaan yang terselit persoalan kenapa Allah memilih diri atau keluarga mereka sebagai tempat ujian-Nya.


Kesabaran yang tinggi amat dituntut di dalam Islam kerana dengan memiliki jiwa yang sedemikianlah umat Islam akan menjadi suatu umat yang teguh peribadi dan kukuh jati diri, tidak gentar akan segala dugaan atau bencana yang menimpa. Yakinlah bahawa ada hikmah di sebalik bencana yang menimpa. Rahmat Allah sentiasa terbentang selagi kita yakin dengan jalan menuju ke arah keredaan-Nya.



p/s: pengisian diatas aku petik dari buku 'La Tahzan' yang aku baca suatu aku juga ditimpa ujian dan musibah dariNya..

Semoga ia jadi pedoman dan kekuatan untuk menempuh halangan hari depan. InsyaAllah


Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment