[PERINGATAN: Ini bukan entry bersifat Politician, Analyst, mahupun Suara bebas. Tetapi, sekadar pendapat untuk paparan bacaan umum. Entry ini tiada kena mengena dengan Pro-war atau Pro-peace.]
Sketsa politik dunia hari ini,lihat.
------------------------------------------------------------------------------------------------
TEHERAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad (gambar) semalam berikrar meneruskan hak Iran mendapatkan teknologi nuklear dan tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan Barat bagi menamatkan program berkenaan.
“Republik Iran akan terus mempertahankan hak undang-undangnya dan tidak akan berundur kepada mana-mana tekanan,” katanya ketika berucap di satu perhimpunan di Shiraz, yang turut disiarkan secara langsung.
“Pihak Barat tidak boleh memaksa Iran tunduk biarpun dengan menyalahgunakan pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).”
Minggu lalu, Iran mendakwa ia sudah memulakan usaha besar-besaran menghasilkan proses penguraian uranium yang didakwa Barat bertujuan menghasilkan bom atom.
Teheran sebaliknya menafikannya dan mendakwa ia bagi tujuan menjana tenaga.
Pengakuan Teheran itu disambut kecaman Barat. Russia, sekutu utama Iran pula meragui keupayaan Teheran menghasilkan uranium secara besar-besaran.
Namun semalam, Ahmadinejad mempertahankan usaha Iran meneruskan agendanya itu.
“Nasihat saya kepada Barat, buanglah sikap penindas itu. Jika tidak anda dan negara anda akan terancam,” kata pemimpin Iran itu tanpa mengulas lanjut.
Pada Mac lalu, Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan baru ke atas Iran kerana enggan menggantung program nuklearnya - dengan mengharamkan eksport senjata api Teheran. Selain itu, sekatan kewangan terhadap individu dan institusinya turut dibuat. –
Kini,
Iran telah mampu membina 3000 centrifuge tenaga nuklear.
Meski tidak mendapat bantuan dari negara lain.
Takbir!!!
Takbir!!!
Takbir!!!
credit to carigold
------------------------------------------------------------------------------------------------
Lihat lagi,
(Sedikit komentar)
Ketegangan politik nuklear Iran telah kembali memanas. Ucapan George W Bush 2 tahun yang lalu di satu sidang media, “Saya telah menyatakan sekiranya anda ingin mengelak daripada Perang Dunia Ketiga, ini bermakna anda seharusnya berminat untuk menghalang mereka (Iran) daripada memiliki pengetahuan yang diperlukan untuk membuat senjata nuklear.”
Kemudian, Tony Blair pula mengisytiharkan apabila berucap mengenai ‘ideologi kemusnahan’ ekstremis Islam, “Ideologi ini, pada ketika ini mempunyai sebuah negara, iaitu Iran,yang kembali bersedia dan membiayai keganasan dalam usaha mengganggu kestabilan negara-negara yang ingin hidup aman.” Timbalan Presiden Cheney juga berkata merujuk kepada cita-cita nuklear Iran, “Negara kita, dan seluruh komuniti antarabangsa, tidak boleh melihat sahaja sebuah negara penaja keganasan memenuhi cita-cita terbesarnya.”
Kemudian, Tony Blair pula mengisytiharkan apabila berucap mengenai ‘ideologi kemusnahan’ ekstremis Islam, “Ideologi ini, pada ketika ini mempunyai sebuah negara, iaitu Iran,yang kembali bersedia dan membiayai keganasan dalam usaha mengganggu kestabilan negara-negara yang ingin hidup aman.” Timbalan Presiden Cheney juga berkata merujuk kepada cita-cita nuklear Iran, “Negara kita, dan seluruh komuniti antarabangsa, tidak boleh melihat sahaja sebuah negara penaja keganasan memenuhi cita-cita terbesarnya.”
Saban kali isu nuklear Iran sering menjadi isu ulangan utama di media-media massa utama barat terutamanya Amerika. Setelah dilakukan propaganda hebat di media sebagai mana selalunya oleh rejim Amerika, maka akan berlaku rundingan demi rundingan, kemudian rundingan-rundingan menemui jalan buntu dan seterusnya berakhir dengan ketegangan dengan mengheret isu ini ke Majlis Keselamatan PBB yang disudahi dengan resolusi sekatan ekonomi sekiranya Iran tidak memenuhi tuntutan resolusi tersebut dalam masa yang ditetapkan.
Sumber: Berita Harian, Al Jazeera
[Catatan]
Ini bukan cerita baru dan direka-reka. Tapi semasa malah sedang berlaku. Sekali lagi ini bukan cerita science fiction. Mungkin bagi penggemar berita dunia dan isu semasa sudah maklum dengan hal yang berlaku sekeliling mereka. Entry ini sengaja saya tampalkan dalam kotak blog supaya mereka yang pro komputer, pro game mahupun pro suka tidur tersentak dari khayalan mereka.
Bila ditanya tentang isu semasa (berita), semua tunduk diam dan buat endah tak endah. Yelah apelah dikatakan nanti kita asyik merungut tanpa memberi sedikit kesan apa-apa. Betul kan? Dalam fenomena pelajar medik disini, pengetahuan isu semasa mungkin agak mengecewakan (mengikut survey). Bagi mereka, ilmu perubatan itulah segala-galanya. Keduanya, mereka kata budak medik dengan dengan dunia mereka. Hairannya, boleh pula kalian me'rajin'kan diri duduk depan laptop berjam-jam semata-mata untuk permainan game dan berchat ing ya. Sedangkan membuka laman web berita tiadalah susah mana pun.
Laman web seperti Aljazeera, BBC, Bloomberg atau laman berita tempatan yang lain tiada ruginya jika kita baca dan jadikan sebagai pengetahuan semasa. Ini tidak, kalau katakan esok lusa dunia berperang pun tak tahu. Sekali lagi, saya katakan entry ini tidak berniat untuk menyingung perasaan sesiapa. Tapi, berkali-kali ingatkanlah diri tentang peranan kita sebagai mahasiswa yang membawa prospek masa depan agar tidak dibuai lena dengan perkara yang melalaikan.
* idea datang masa baca berita pagi tadi. Tiada niat lain, sekadar PERINGATAN.
Wallahu a'lam
1 comments:
AS mengharamkan nuclear energy but then..dalam mase yang same..AS ade produce jgk..membelakangkan rules yg mereke sendiri buat..tgk rules yang laen,semua base on kepentingan depa ajer..~
tak payah nak ikot barat punyer rules tu..rules are made to be broken..
Post a Comment