2 hari , sekali lagi perasaan yang sama
Sambung cerita pagi tadi. Awal pagi (lebih awal dari pergi kelas lagi tu) kami semua dah bersiap-siap, imarah dah lengang. Terima kasih ‘pak cik’ warden Naim sebab sempat gerakkan imarah.ngeh3. Bising pulak tu.kih2 :) ok, semua kemaskan diri cepat-cepat.Masa nak turun kebawah melihat kelibat budak-budak arab depan imarah kami tu sedang bersiap-siap pergi kesekolah, teringat pula masa zaman sekolah dahulu (rindu betul alfalah,stp!). ‘Hakim, pukul berapa nak gerak ni?’,buat-buat Tanya Hakim takut-takut ada sebarang perubahan waktu bording dan flight (2 benda yang berbeza kan?,pening). Kemudian, bila sudah siap, bagasi-bagasi orang yang kami raikan pun sudah sedia untuk diangkat,’ tiba masanya untuk kita bergerak, jom! Dah lewat ni’ teriak aku. Di depan dewan (DMPZ),tempat menunggu van jumpa pula dengan yang kami rapat,senior doc Syam,Hadi dan ustaz kesanyangan ustaz Hanif (adeh, muka baru bangun tido la) :D barangkali penat berjaga malam study agaknya.’ha’a, esok ada imtihan’ katanya. Mungkin detik ini detik terakhir untuk ‘mereka’ bersua dengan muka-muka yang disayangi kerana selepas pastinya susah untuk berjumpa. Terharu juga melihat mereka bila masing-masing berpelukan mengucapkan kata-kata semangat terakhir. ‘gembira dalam sedih’ itu yang saya dapat katakan waktu itu. Baiklah,van pun dah sampai, sekali lagi nak ke Cairo! (banyak kali dah ulang-alik sebenarnya,macam rutin pula),sekali lagi ke airport dan sekali lagi untuk gunakan ‘senjata’ snap ku ni.
Tepat pukul 11.15 pagi, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba..kali ini pastinya tidak dapat tahan lagi, tak dapan nak tipu lagi, semua jujur. Berat rasanya untuk tinggalkan sahabat yang ku kenal selama ini. Sahabat yang menjadi medan kami berbual-bual dikala kesunyian , sahabat untuk study bersama bila tibanya penyakit malas dan pastinya tempat bermain bersama. Memang tak dapat tahan, linangan air mata saling berpeluk-pelukan mengucap salam, nasihat dan kata-kata semangat jadi saat yang paling berharga masa itu. Kami saling bermaaf-maafan mohon ampun salah silap sejak bermulanya perkenalan kita. Akram, Izzat..tiada lagi gelak tawa kalian selepas ini,tiada teriakan nama kalian lagi disana sini. Pasti kami rindukan itu. Puah doh aku nganjing mu maso harijadi mu lepah :D Seperti di entry sebelum ini..ingin ku katakan,walaupun perkenalan kita singkat tapi sangat bermakna..(luahan hati sendiri). Selesai itu, kami melambai buat kali terakhir. Kali terakhir dari kami disini. Doa kami semoga berjumpa lagi dan semoga selamat di dalam perjalanan dan sampai di tanah air insyaAllah..
kenangan kita bersama..
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Alhamdulillah..selesai sudah..
Jika sebulan yang lalu, kepulangan sahabat kita Taufik, hilangnya riang tawa di imarah 6th. Sekarang, Sekali lagi kepulangan Akram dan Izzat pula pudarnya seri ceria, gurau senda dan tempat bermanja.Sekali lagi linangan air mata mengalir..sekali lagi hilangnya sahabat disisi..
selepas itu kami pulang seperti dirancangkan tapi dengan sedikit kehilangan disini,dihati seorang sahabat.
-Walaupun sedih dihati ini masih terasa, tapi jiwa mengatakan gembira dan sentiasa mendoakan.
‘Akram, Izzat..korang memang best! Walaupun korang masih dak-dak kecik lagi..’ =’)
-Sampaikan salam kitaorang dari sini pada KLIA na.
Ghoyak nunggu kami dak lamo lagi.
-Selamar berjuang dari Farhan dan kami semua disini- :) kalian boleh! kami boleh!
0 comments:
Post a Comment