Cukup-cukup

Thursday, January 21, 2010
Salam w.b.t


Tik tok tik tok, imtihan semakin hampir. paper first yang akan bermula 24 jan ni adalah histology, berdebar pula rasanya bila fikirkan semula persiapan yang belum pasti sudah aku 'masak' cukup-cukup. Mungkin juga apa yang aku katakan tadi berbalik pada diri aku sendiri (memang betul pun). Siapa suruh tak study kan?.Padanlah.Baik, apa pun effort ataupun usaha tetap diteruskan, insyaAllah pasti ada redha dan hidayahNya disitu.

Tak dinafikan, dalam fatrah imtihan imithan begini segalanya perlu dijaga rapi. Apa yang disebut "Habblun Min Allah wa Hablun Min Nas" hubungan sesama Allah dan sesama manusia perlu jaga sebaiknya. Soal baik buruk tingkah laku, saling maaf bermaafan dan mendoakan sesama lain juga digalakan. Dan yang paling penting antara itu redha daripada ibu bapa dan mua'allim, itu yang aku tak lupa.

-----------------------------------

Sebelum itu, (sekadar perkongsian)

Dalam SC yang lalu, tajuk yang dibawa Dr Syam membuat aku sedikit tertarik untuk aku sambung cerita mengenai imtihan ni. Ya, tajuk yang dibawa adalah apa yang dikatakan kebebasan dan ketetapan dalam konteks sebagai pelajar medik.Jadi, serba sedikit aku kaitkan dengan dengan suasana terkini. Dengan kata lain, dalam fatrah imtihan ini sendiri. Ramai sahabat kita yang beri pendapat yang bernas, idea yang 'up to date', cerita pengalaman sendiri dan macam-macam lagi. Jadi, apa yang dikatakan kebebasan dalam konteks imtihan adalah kebebasan cara menuju hadaf dan apa pula yang dikatakan ketetapan adalah natijah atau keputusan terhadap cara itu sendiri.

Berbalik semula pada fatrah imtihan tadi :D

Pastinya keadaan sekarang masing-masing sibuk menelaah pelajaran. Cerita cuti, jalan-jalan muhafazah terpaksa ditolak jauh2 dulu. Soal cara, masing-masing ada cara dan jalan masing-masing bergantung pada daya usaha dan otak anugerah Allah. Jadi, tidak hairanlah ada dalam kalangan sahabat kita sendiri zahirnya tidak terlalu rajin bahkan hanya menelaah dengan membaca 1-2 kali sahaja sudah memadai. Berbeza pula dengan sahabat kita yang lain perlu memerlukan sedikit usaha, membuat nota, discussion atau lebih mantap lagi buat summary yang panjang lebar untuk memahami seluruh yang dipelajari. Semua itu bergantung pada daya fikiran dan anugerah Allah. Aku selalu mengingatkan diri aku, jika aku berada di tempat no 1 tadi, apakah usaha yang aku lakukan terlalu sedikit. Dan jika aku di tempat no 2 pula, apakah natijah yang aku usahakan itu diberkati. Fikir-fikirkan..

Aku pernah baca petikan ayat dari buku 'Buat Sampai Jadi' karya DR HM Tuah Iskandar ayatnya lebih kurang berbunyi:

"Kita tak boleh kecewa dengan otak yang beku tapi kita patut kecewa kalau kita tak dapat impian untuk mencairkannya. Setiap kali ia mula cair, jawapannya kejayaan dan kecemerlangan kita"

----------------------------------------------



Aku sibuk mengajak kebaikan, tapi tak sibuk mengajak diri ku sendiri,

"wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?"

"(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"

(As Saaff:1,2)


Wallahu a'lam





2 comments:

  • Wan Munira

    "Kita tak boleh kecewa dengan otak yang beku tapi kita patut kecewa kalau kita tak dapat impian untuk mencairkannya. Setiap kali ia mula cair, jawapannya kejayaan dan kecemerlangan kita"\

    inspirational :)

  • FarhanMurtza

    InsyaAllah..=) "ijtihad wala taksal"

  • Post a Comment