Zuhud Khalifah

Friday, March 19, 2010

Salam w.b.t

Apa khabar semua? 'amil eih? =) harapnya semua sihat2 sejahtera hendakNya dan sentiasa dibawah rahmat lindungan Allah ta'ala. Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabi'in serta para ulama' alahisalam tu wassalam yang telah terkorban dalam menyebarkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Buktinya sehinggalah ke harini, alhamdulillah kalimah itu kita sama-sama dapat rasai dalam menikmati islam dan iman yang tidak ternilai harganya.

Salam sekali lagi,
Hampir sebulan ana tak jejak kesini sejak tawaqquf untuk bertugas sepanjang program festival zagazig 2010 minggu lalu.Tambah pula dengan macam-macam kerja yang perlu ana selesaikan dengan segera. Alhamdulillah, berbekalkan ilmu fiqh awlawiyat segalanya dapat disusun dengan rapi dan saksama walaupun banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam satu masa.

Tentu banyak persoalan yang ada dibenak sahabat-sahabat. Kenapa blog ini mendiamkan diri ya?. Ada lagi, "Farhan, update blog anta tu!" (nadanya lebih kurang gitu), 'sound' orang Gombak. Bukan sengaja tak mahu update, tapi biarlah berpada-pada. Ada masa kita bagi orang lain ditangga teratas dalam recent update, ada masa kita pula yang naik.

Baik,masa tak banyak ni. Jom ke tajuk entry! :D

Harini ana nak berkongi dengan sahabat=sahabat satu artikel berkisar riwayat agung seorang khalifah dimana sewaktu pemerintahan islam dibawah sistem khalifah tertegak hebat diseluruh muka bumi.

========================

Dalam lipatan sejarah Islam, terdapat 2 orang khalifah agung dimana kedua-duanya bernama Umar. seorang darinya bernama Umar bin alkhattab manakala seorang lagi bernama Umar bin abdul Aziz.menariknya, Umar Abdul Aziz ini merupakan cicit kepada Umar bin alkhattab.

pada suatu malam, khalifah umar bin abdul aziz sedang menyemak rekod wang perbendaharaan wang negara di pejabatnya.beliau meniliti dengan sempurna rekod-rekod itu dengan menggunakan cahaya sebuah pelita minyak kecil, cukup sekadar untuk kegunaan beliau seorang. Sedang beliau menyemak rekod tersebut, beliau terdengar pintu pejabatnya diketuk dan kedengaran suara orang memberikan salam.

"siapa?" beliau bertanya tanpa membuka pintu. "saya anakanda, ayahanda," suara anak lelakinya menyahut.

"ada apa?" tanya beliau, namun masih tidak bingkas untuk bangun membuka pintu pejabatnya,

"bonda menyuruh anakanda datang sebab ada masalah," jawab anak lelakinya.

"masalah apa?" tanya si ayah. "bukalah dahulu pintu ini ayahanda, biarkan saya memasukinya terlebih dahulu," kata si anak.

" baiklah, tunggu sekejap, ayahanda hendak membuka pintu,"kata khalifah Abdul Aziz.

sebelum beliau bangkit, beliau meniup api pelita hingga padam menyebabkan suasana bilik pejabatnya gelap gelita. khalifah teraba-raba mencari pintu lalu segera membukanya.

"masuklah," kata si ayah dalam suasana kegelapan itu, "ayahanda, mengapa dipadamkan cahaya pelita itu? bagaimana kita hendak berbual bicara dalam gelap ini?" tanya anaknya itu.

"nampaknya begitulah. kalau kita hendak berbicara didalam bilik ini,terpaksalah kita berbicara dalam suasana gelap," kata khalifah umar lagi.

"mengapa pula begini ayahanda?" tanya si anak lagi kehairanan. "bukankah anakanda tahu ini bilik apa,"

"ya, ini adalah pejabat ayahanda," jawab si anak. "siapa ayahanda wahai anakanda?" "ayahanda adalah khalifah negara, raja bagi sekalian orang-orang Islam," jawab sianak.

"itulah sebabnya, kita terpaksa berbual bicara didalam gelap didalam bilik ini," "tapi mengapa pula ayahanda?"

"pelita itu dinyalakan dengan minyak yang dibeli menggunakan wang negara, wang rakyat. anakanda datang kemari sebab hendak membincangkan urusan keluarga kita," kata si ayah.

"pejabat ini tempat ayahanda menjalankan tugas-tugas negara dan untuk kepentingan rakyat.

kita tidak boleh menggunakan harta rakyat untuk menguruskan hal-hal keluarga kita,"sambungnya lagi."jawatan ayahanda ini adalah AMANAH Tuhan, di akhirat kelak ayah akan disoal, bagaimanakah nantinya ayah hendak memberikan jawapan? kata khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada anak lelakinya itu.

======================

Coretan yang ringkas. Tapi padat dengan maksud tersiratnya.

Kita boleh bayang jika kita berada sewaktu pemerintahan Umar bin Abd Aziz. Sifat zuhud tak taqwanya yang tinggi dalam setiap gerak kerja beliau tiada yang dapat cari ganti dalam kalangan pemimpin sekarang.


Khalifah Umar bin Abdul Aziz :

“Kekuasaan yang berada di tangan tuan-tuan telah memungkinkan tuan-tuan menzalimi rakyat. Bila terasa di hatimu untuk menzalimi seseorang, ingatlah segera betapa besarnya kekuasaan Allah atas diri kamu.”
“Ketahuilah bahawa satu kejahatan yang ditimpakan pada rakyat akan tetap tercatat dalam daftar dosa. Ketahuilah pula bahawa Allah SWT membela orang teraniaya terhadap yang menzaliminya.”



Wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment