Hakikat Manis Perjuangan

Wednesday, July 14, 2010 3 comments
Surat titipan untuk kalian
Buatmu sahabat seperjuangan..  

Ingatlah, Penjara, penyiksaan, pengasingan , penindasan malah dibunuh adalah amat sinonim dengan kisah para pejuang dakwah.  

Bermacam-macam dugaan diterima, namun inilah hakikat yang perlu ditelan dalam perjuangan dalam menyebarkan perkara haq. Para pejuang dakwah tidak pernah putus asa, malah ada yang sampai mengatakan;  

“Setiap kali kami dihentak atau dipukul dan mengalir darah di kepala kami, maka disitulah kami rasakan saat kemanisan dakwah.”  

Apakah rahsia besar kejayaan mereka dalam meperteguhkan prinsip memperjuangkan dakwah?

Mereka sama sekali bukan mengimpikan kemenangan, tetapi merasakan diri bertanggungjawab di atas amanah Iman dan Islam. Inilah harga yang mereka bayar, untuk membeli kunci syurga. 

Dunia bukanlah tempat berenak-enakan bagi mereka. Kisah-kisah pejuang agama. Kebanyakan dari mereka ketika hidup, adalah orang buruan, dipenjara, disiksa dan bermacam-macam lagi dugaan malah tohmahan. 

Imam Abu Hanifah mati di dalam penjara. Tetapi selepas kematiannya ilmunya dipakai, malah dikenang hingga sekarang sebagai salah seorang Imam Besar.  

Imam Malik disiksa kerana mempertahankan prinsip fatwanya sewaktu menjadi Mufti Madinah. Pendapatnya berlawanan dengan Gabernor yang memerintah ketika itu. Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling kota Madinah. Ia tidak pernah tidak menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan.  

Imam Al-Laits, seorang alim menjadi Mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata, 
“Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, mejadikan satu tingkat baginya masuk syurga”  

Imam Syafie' difitnah sebagai seorang Syiah, sehingga beliau diikat dan dirantai. Tetapi perjuangannya menyebabkan kemudian dia digelar sebagai ‘Nasirus Sunnah’.  

Perjuangan Imam Ahmad bin Hambal yang dicambuk kerana menetapkan pendirian bahwa Al-Qur’an itu bukan makhluk juga pendirian yang sama dipegang oleh Ulama Ahmad bin Naser Al-Khuza’I yang dipancung dan digantung kepalanya.  

Melihat ujian mereka, amat kerdillah rasanya diri. Tak malu, manakah dikatakan kita pejuang yang mengharapkan syurga tetapi hidup hanya bersenang-senang saja tanpa ujian dan dugaan...


credit to ibnsina

Ikatan Ukhwah

Tuesday, July 06, 2010 0 comments
Salam ukhwah,
Tika sahabat lain sibuk merencanakan kegiatan/aktiviti tersendiri, tidak salah, kita, sebagai seorang muslim intelek, boleh mencuri masa dengan melebarkan sayap ukhwah.
Hubungan sesama manusia tidak wujud dengan sendiri. Perlu ada permulaan dan perlu ada kesinambungan. Berilah salam, mulakan bicara, dan carilah titik persamaan dalam membina ukhwah. InsyaAllah, moga setiap aturan kita permudahkan.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
(Al-Hujuraat;13)

 
Lewat kini, ramai yang sering menggunakan pendekatan yang tidak sopan dalam setiap perkenalan. Maka, berlakulah pergaulan bebas, melanggari batas antara lelaki dan wanita sehingga menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku. Persoalan, sedalam manakah setiap dari individu muslim memahami objektif dan pendekatan yang disyariatkan dalam Islam??

Kalau difikir-fikirkan balik, sebenarnya banyak kebaikan dan kelebihan apabila kita benar-benar memahami cara untuk berkawan. Hubungan sahabat sesama muslim misalnya, boleh dieeratkan dengan pelbagai aktiviti. Kita boleh berjaulah, bersukan, bermunaqasyah, study group, gotong royong, dan banyak lagi aktiviti yang menarik ikatan ukhwah boleh dilakukan. Atas dasar ukwah ini, kita mampu mewarnai persahabatan dan boleh saling bantu membantu antara satu sama lain.

Rasulullah pernah bersabda "Innal muslim akhul muslim" yang bermaksud "sesungguhnya muslim itu saudara bagi muslim lainnya".  Antara kelebihan ukhwah ialah individu akan dapat merasai manisnya iman. Rasulullah s.a.w bersabda "Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta pada seseorang kerana Allah, dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api neraka"
(Riwayat Bukhari-Muslim)

Cabaran ukhwah masa kini lebih kepada peperangan dalam individu itu sendiri. Jangan mudah tertewas. Teliti dengan apa yang ada di sekeliling kita. Be an observer!

Kepentingan diri merupakan tembok yang paling besar kepada penyatuan ummah. Seringkali manusia kalah apabila berlaku konflik antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Prinsip Islam jelas, bahawa apabila berlaku konflik ini, kepentingan umum adalah mengatasi. Di sini, kekuatan iman yang melahirkan ukhwah Islam yang sebenar akan diuji. Hanya Iman dan takwa mampu mengenepikan kepentingan diri demi untuk saudara seislam dan agama Islam
umumnya. (ukhwah islamiah, 2008)

Melihatkan situasi buruk yang kian meruncing sekarang, elok sahabat-sahabat semua, mari bersama kita melebarkan dan perbaiki jaringan ukhwah sesama kita. Kembalikan dan ceriakan segala yang dituntut oleh syariat Islam. Jadilah seorang yang kreatif, inovatif, berpandangan jauh, punya soft skills, dan ada critical thinking.  Islam perlukan pengerak yang berpandangan jauh dan luas, yang mana setiap pandangan dan pemikirannya perlulah berlandaskan kepada ilmu Islam yang syumul.



Wahai sahabatku..kuatkan ukhwah kita