Try & error diagnose

Friday, May 29, 2009 0 comments


6.00 petang-

Semalam semua dah siap-siap nak turun main bola di istad mahafazah (stadium zagazig). Hadi yang dari imarah 4th bersungguh betul ajak kitaorang semua main. Tak penah dibuat sebelum  ini. Terkejut juga,kan bagus kalau nak pegi kelas ajak macam itu..ngeh3 (kenekan hadi kejap).

Katanya main sejam je dari pukul 6.30 ptg sampai 7.30 ptg. Tapi sekarang dah lambat, mesti terlajak sampai ke maghrib. Confirm, memang  betul terlajak pun. Lepas maghrib baru kami pulang.

‘Naim, cepatlah..dah lewat ni’

‘Sabar la sat..’

‘Orang dah bolos 2 3 dah lorh..’

Naim memang macam ini ke? Nak pergi main bola pun nak bersolek-solek.huu..,siap bersikat rambut lagi. Sambil-sambil tunggu,jenguk-jenguk ke bawah dari tinggap nampak Abrar tengah kemas-kemaskan seluar dia. Apatah yang tak kena. Kelakar je.

‘ Abrar..Abrar..’,

Barangkali jauh,dia tak dengar sebab dah jauh. Ingat nak pergi sama-sama. Takpelah, pergi dengan Naim je.

Dah siap, kami pun berjalan sampai didepan kedai tempat kami ‘menyakat’ si comei echa. Ngeh3 :D

Aik?,Jangan salah sangka ye,bukan mengorat taw. Dia kecil lagi lah.. Itu yang kami selalu kacau tu. Nak2 lagi bila balik dari class.

Tiba di depan maktabah tauhid, terserempak dengan seorang  budak arab lelaki ini. Menunggang basikal yang tak sepadan dengan saiz badannya. Sayang sekali kesian sampaikan terjengkit-jengkit bila nak mengayuh. Naim hanya tersenyum.

‘Eh’,Mata sedang menangkap,

‘Ada yang tak kena la dengan budak tu’, alih pandangan sekejap, tengok sekali lagi.

 Budak itu pula pusing-pusing mengelilingi kami. Ulang alik dari hujung jalan ke hujung jalan dengan lajunya.

‘Kesian budak itu..kenapa mata dia macam itu ek?’

‘Ko tawu Naim?’

‘Entah..’

‘Glaucoma ke?..mulut pantas buat conclusion’

 

Naim dah pandang lain macam,

‘Hahaha..entah betul ke tak engkau ni’

‘Yela..tu je yang aku belajar, aku sebut la..’

‘Hehe..ha’a, betul juga, itu sahaja yang kita belajar sebelum ini’

‘Lagipun aku perasan ada selaput putih di mata dia, tapi...tak semestinya kan’

Tanpa me’rajin’kan diri 'diagnosis' budak itu, kami terus jalan.Tapi dalam fikiran medic aku ini masih tak puas hati. How to diagnose this case? (macam Dr. Ali cakap :), what are the causes?, and how its cured?, the strongest and poorest answer is glaucoma.(because not sure) tak dapat nak lihat lebih dekat.Let’s we see..

Balik dari main bola, terus surf di browser Google chrome si kiyoshi,


 What is glaucoma?

Glaucoma is the name for a group of eye diseases that damage the optic nerve. The optic nerve, which carries information from the eye to the brain, is in the back of the eye. When the nerve is damaged, you can lose your vision.

At first, people with glaucoma lose side (peripheral) vision. But if the disease is not treated, vision loss may get worse. This can lead to total blindness over time.

There are three types of glaucoma.

*Open-angle glaucoma 

*Closed-angle glaucoma 

*Congenital glaucoma 

(Sini saya tak terangkan secara terperinci sebab takut peningkan kepala pembaca :)

What causes glaucoma?

Damage to the optic nerve is often caused by increased pressure in the eye (intraocular pressure). This can happen when extra fluid builds up in the eye, such as when the eye makes too much fluid or does not drain well. But some cases of glaucoma aren't caused by increased pressure. In these cases, the cause may not be found.

You can get glaucoma after an eye injury, after eye surgery, or because of an eye tumor. Some medicines (corticosteroids) that are used to treat other diseases may cause glaucoma.

What causes glaucoma?

Damage to the optic nerve is often caused by increased pressure in the eye (intraocular pressure). This can happen when extra fluid builds up in the eye, such as when the eye makes too much fluid or does not drain well. But some cases of glaucoma aren't caused by increased pressure. In these cases, the cause may not be found.

You can get glaucoma after an eye injury, after eye surgery, or because of an eye tumor. Some medicines (corticosteroids) that are used to treat other diseases may cause glaucoma.

How is glaucoma diagnosed?

Your doctor will ask questions about your symptoms and do a physical exam. If your doctor thinks you have glaucoma, you will be sent to an ophthalmologist for more tests. This may take more than one visit.

An ophthalmologist or an optometrist can diagnose and treat glaucoma. An optician cannot diagnose or treat this disease.

See your doctor if you notice blind spots in your vision or if over time you are having more trouble seeing. It's also a good idea to be checked for the disease if you have a family history of open-angle glaucoma, are over age 70, or have diabetes.

How is it treated?

Glaucoma is usually treated with medicine such as eyedrops. Be sure to follow a daily schedule for your eyedrops so that they work the way they should. You will likely need to take medicine for the rest of your life. You may also need laser treatment or surgery.

In adults, treatment can't bring back vision that has been lost, but it can keep your vision from getting worse. Treatment aims to stop more damage to the optic nerve by lowering the pressure in the eyes.


Important!  : Risk for glaucoma rises after age 40 and even more quickly after age 70. Race is also a factor. Blacks are more likely than whites to get the disease. You are also at risk if you have diabetes or if a close family member has had glaucoma.

 Source : http://health.yahoo.com/vision-overview/glaucoma-topic-overview

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

‘Alamak Naim, aku dah tersalah la…’

‘Haha..tak kan budak-budak boleh kena glaucoma kot’

‘haha..ish..ish..tula..’

Tak mengapa, sekurang-kurang kita mencuba kan. ‘try and error’ :D

Bila lagi nak guna ‘benda’ ni kan? Esok-esok dah abis belajar jadi doktor tak bolehlah guna istilah ‘try and error’ lagi :)

*Macam-macam penyakit yang budak-budak medic boleh tengok disini. Best, tapi tiada seorang yang memikirkannya.

*Jangan terlalu buat kesimpulan  awal,harus diingatkan  perlu di diagnose terlebih dahulu dengan terperinci :)

-untuk penulis (Sesetengah itu bolehlah tengok dengan mata kasar sahaja)

* Kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..:D (baru 1st year)

 

P/s( untuk diri sendiri dan kawan)- Study hard physio ye, next week exam

  Ana asif Dr Physio, Naim.. :]


-Entry before starting new topic physio.-

Silent day

Thursday, May 28, 2009 0 comments


Pada suatu malam,

Omar yang ketika itu sedang menekan-menekan keyboard laptop tiba-tiba berhenti kejap, Aku pula seorang melayan laptop juga, tapi ber'aksesori'kan ear speaker Altec lansing kebanggaan Afif (tq bagi pinjam).

'Farhan, kenapa senyap je?'

'Muka ketat je aku tengok'

Samar sahaja dengar, tapi muka tetap menghala pada si abang Omar ni.Kali ini apa pula yang dia nak.

'Tak adelah..aku ok.biasa..'

'Yela..selalunya bising juga sebelum ini'

'Boring dow..bengang aku tengok ko diam je..'

'kalau orang kata ko study padahal tengah main komputer pun orang percaya taw tak'

'haha..mungkinlah'

Mungkinkah title 'budak senyap' masih melekat kat diri ini?,tanya diri

Kisah yang lain berwatakkan sama, Omar dan Farhan lagi.(memanglah roomate kan :).

Oh ya, Farhan harini mungkin lain macam sikit. Tak bising-bising dalam kelas, sudah itu naik tremco pun tak berkata apa-apa. Duduk diam sahaja bak budak sekolah rendah pertama kali nak pergi sekolah.Nak kata sakit tidak, sihat waalifiat sahaja...

Alhamdulilllah..:D

Pasti ada 'something; yang menyebabkan dia jadi macam ini..

pagi tadi seperti biasa, selepas solat suboh dan bersarapankan alma'thurat terdetik pula nak sentuh si kiyoshi.'Maaf ya kiyoshi, tak dapat nak tahan dah..rindu sangat nak sentuh ko'. Terpampang sahaja screen Google chrome di hadapan, tangan menulis pantas. Search!, aiwah.. Yang pertama ini tengok berita harian online, selepas itu bukak pula i luv islam. Sengaja nak menjenguk jadi santapan tazkirah di pagi hari. 'Male tadi doh puah aku pulun study,penak' hehe..

Di sebelah sudut sana, di column forum dan perbincangan juga artikel,buttonn itu memanggil-manggil. 

Aku tekan

Assalamualaikum w.b.t

Buat sahabat-sahabat yang pendiam seperti saya..

Janganlah kalian sesekali terasa terhina hanya bila rakan-rakan sekelilingmu sibuk berbicara, bergurau senda, bertepuk sini sana.

Ingatlah, kalian orang yang beruntung.. 

Farhan menulis "Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.


Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia. 

Hikmah berdiam
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah. 
2. Perhiasan tanpa berhias. 
3. Kehebatan tanpa kerajaan. 
4. Benteng tanpa pagar. 
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang. 
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal. 
7. Menutupi segala aib. Hadis2 Rasullulah mengena!

 i Kelebihan diam yg bermaksud: 
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat Abu Naim ) 

* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( Riwayat Bukhari dan Muslim)  
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( Riwayat At-Tarmizi ) 

Madah Dari Hukama: 
* Banyaknya berdiam tidak semestinya tidak bijak, banyaknya bercakap tidak semestinya cerdik. Kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang yang tidak cerdik lagi banyak cakap.
* Menasihati orang yang bersalah tidaklah bersalah, yang salah adalah memikirkan kesalahan orang itu.

*Jika kita dihina, bukanlah kita terhina. Yang sebenarnya orang itu menghina dirinya atas keaiban dirinya sendiri. 

lihatlah Farhan, betapa pemurahnya Dia..


"Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia."

=================================

'Nampaknya kene duduk diam macam budak sekolah rendah la macam ini ek?'

Tidaklah begitu, berdiam itu biarlah diam berhikmah dan kena pada tempatnya. Betul kan? :)

Melihat kelibat Naim, Hadi, Omar, dan mereka-mereka selalu bercakap geram juga dibuatnya. Rasa macam nak turut serta. Tapi bersabar sambil hati berbisik 'berbicara bila perlu'. Jadi,sekiranya sesiapa nak kategorikan diri ini pendiam jawapannya 'TIDAK'. Sebab Farhan selalu sahaja buat bising (esp dalam class), lalalala nyayi, ketuk sana sini.

Diulangi sekali lagi, Farhan dan sahabat-sahabat yang lain yakin, dalam kelas memang Farhan dan sahabat-sahabat yang juga bergelar ikhwah tak boleh duduk diam. Kamilah yang suka buat huha-huha menceriakan suasana. Kalau tak, alamatnya lentoklah semua..

Ngeh3, Tanpa kami hilanglah seri kelas :D (kenekan akhwat)

Begitulah kisah harini, 

Mungkin juga penulis boleh mengkategorikan hari ini merupakan 'hari senyap' buat dirinya.. :)

Esok apa pula ceritanya,


*Mahu study- 

To be continued


Sekali lagi

Wednesday, May 27, 2009 0 comments

Assalamualaikum w.b.t..

2 hari , sekali lagi perasaan yang sama


 Hari ini,indahnya seperti hari-hari rabu yang biasa. Terkejut, bangun awal, ceria, suka dan sedih semua perasaan ada. Hari yang sepatutnya dipenuhi dengan kelas anatomy, physiology dan embryo menjadi lain pula ceritanya. Alhamdulillah..syukur juga sebab hari ini saya dan sahabat-sahabat diberi kelonggaran untuk tidak ke ‘scary’ kuliah. Manakan tidak 2 hari yang lalu,’ayahnda’ doc physio kata nak buat ujian lagi ditambah ‘the most care lect’ (Biology &Embryology lect,Dr. Ibrahim) katanya minggu lalu nak buat ujian untuk semua topic embryo (banyak tu,aku pun tak abis baca lagi).Apalagi, semua pusing-pusing la. Masing-masing ambil kesempatan hari ini untuk delay exam.‘huhu..aku tarik nafas lega juga’, yela siapa yang nak minta-minta exam kan :D Malam tadi,malam yang sepatutnya jadi malam untuk bersengkang mata jadi malam yang dibanjiri linangan air mata pula(sebenarnya). Tapi masing buat-buat ‘cover’ kan. Main game, borak-borak dan macam-macam lagi.


Sambung cerita pagi tadi. Awal pagi (lebih awal dari pergi kelas lagi tu) kami semua dah bersiap-siap, imarah dah lengang. Terima kasih ‘pak cik’ warden Naim sebab sempat gerakkan imarah.ngeh3. Bising pulak tu.kih2 :) ok, semua kemaskan diri cepat-cepat.Masa nak turun kebawah melihat kelibat budak-budak arab depan imarah kami tu sedang bersiap-siap pergi kesekolah, teringat pula masa zaman sekolah dahulu (rindu betul alfalah,stp!). ‘Hakim, pukul berapa nak gerak ni?’,buat-buat Tanya Hakim takut-takut  ada sebarang perubahan waktu bording dan flight (2 benda yang berbeza kan?,pening). Kemudian, bila sudah siap, bagasi-bagasi orang yang kami raikan pun sudah sedia untuk diangkat,’ tiba masanya untuk kita bergerak, jom! Dah lewat ni’ teriak aku. Di depan dewan (DMPZ),tempat menunggu van jumpa pula dengan yang kami rapat,senior doc Syam,Hadi dan ustaz kesanyangan ustaz Hanif (adeh, muka baru bangun tido la) :D barangkali penat berjaga malam study agaknya.’ha’a, esok ada imtihan’ katanya. Mungkin detik ini detik terakhir untuk ‘mereka’ bersua dengan muka-muka yang disayangi kerana selepas pastinya susah untuk berjumpa. Terharu juga melihat mereka bila masing-masing berpelukan mengucapkan kata-kata semangat terakhir. ‘gembira dalam sedih’ itu yang saya dapat katakan waktu itu. Baiklah,van pun dah sampai, sekali lagi nak ke Cairo! (banyak kali dah ulang-alik sebenarnya,macam rutin pula),sekali lagi ke airport dan sekali lagi untuk gunakan ‘senjata’ snap ku ni.


 ‘Wah..aku rindu wei!’ ,cakap sorang-sorang :D, nun tak jauh dari sana dah nampak bangunan gergasi, banyak parking, banyak giant wing. Apa itu? itulah Cairo International airport. Omar, zul dan bob masing-masing tidur dalam perjalanan. Kih2 (kenakan diaorang).Sambung ayat tadi, bukan rindu apa sebenarnya. Tapi teringat detik masa mula-mula sampai ke sini dulu. Di situlah tempat pertama kakiku berpijak di bumi ini dan pastinya juga tempat terakhir ini akan meninggalkan bumi ini. Disana kena naik shuttle bus pula untuk ke terminal,’aik?..masa aku sampai dulu tak ade pun shuttle-shuttle ini’ sentak kejap. Mungkin da upgrade kot.’hu..maju juga, tapi tak boleh chanllenge dengan KLIA la’ hihi =p. Pesawat kali ini pesawat dari Singapore Airline, maka tempatnya di terminal thani (dua),terima Singapore airline sebab kau bawa kawan aku pulang ke tanah air,semoga selamat ye (doa sebentar).


 Tepat pukul 11.15 pagi, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba..kali ini pastinya tidak dapat tahan lagi, tak dapan nak tipu lagi, semua jujur. Berat rasanya untuk tinggalkan sahabat yang ku kenal selama ini. Sahabat yang menjadi medan kami berbual-bual dikala kesunyian , sahabat untuk study bersama bila tibanya penyakit malas  dan pastinya tempat bermain bersama. Memang tak dapat tahan, linangan air mata saling berpeluk-pelukan mengucap salam, nasihat dan kata-kata semangat jadi saat yang paling berharga masa itu. Kami saling bermaaf-maafan mohon ampun salah silap sejak bermulanya perkenalan kita. Akram, Izzat..tiada lagi gelak tawa kalian selepas ini,tiada teriakan nama kalian lagi disana sini. Pasti kami rindukan itu. Puah doh aku nganjing mu maso harijadi mu lepah :D Seperti di entry sebelum ini..ingin ku katakan,walaupun perkenalan kita singkat tapi sangat bermakna..(luahan hati sendiri). Selesai itu, kami melambai buat kali terakhir. Kali terakhir dari kami disini. Doa kami semoga berjumpa lagi dan semoga selamat di dalam perjalanan dan sampai di tanah air insyaAllah..


kenangan kita bersama..


Omar,Farhan,Akram,Faiz- kenangan flight ke Mesir masa transit di Kuwait



Hakim,Akram,Omar-Farhan,Faiz-disini kami mesra, gelak ketawa 



Kami akan buat yang terbaik!, looking for future doctor.insyaAllah..



Disini impian kita bina, kasih sahabat tiada penghujungnya


Masih adakah disana,kita bersama?


= = = = = = = = = = = = = = = = = = = =


Alhamdulillah..selesai sudah..


Jika sebulan yang lalu, kepulangan sahabat kita Taufik, hilangnya riang tawa di imarah 6th. Sekarang, Sekali lagi kepulangan Akram dan Izzat pula pudarnya seri ceria, gurau senda dan tempat bermanja.Sekali lagi linangan air mata mengalir..sekali lagi hilangnya sahabat disisi..


selepas itu kami pulang seperti dirancangkan tapi dengan sedikit kehilangan disini,dihati seorang sahabat.   

 

-Walaupun sedih dihati ini masih terasa, tapi jiwa mengatakan gembira dan sentiasa mendoakan.

‘Akram, Izzat..korang memang best! Walaupun korang masih dak-dak kecik lagi..’ =’)

 


-Sampaikan salam kitaorang dari sini pada KLIA na.

Ghoyak  nunggu kami dak lamo lagi.

 


-Selamar berjuang dari Farhan dan kami semua disini- :) kalian boleh! kami boleh!

   


Friends Story

Tuesday, May 26, 2009 0 comments


Dia takdirkan kita bertemu disini.

Bertegur sapa, berkenal-kenal dan bercerita.

Dalam satu perjalanan jauh yang sama,

Masih di awan biru, menghitung hari,

Menuju ke bumi dan berserta azam yang baru.



Mesranya kekal sampai disini.

Memulakan hidup baru, dibumi yang baru,bumi mesir.

Kita bangun dan teguhkan segala yang rapuh,

Hingga serba kurang kami tangani bersama.

Tiada yang mustahil katanya, cuba sedaya upaya.

Percayakan rezeki kita disini,kita usaha..



Hari bersilih hari,

Tiba pengajian bermula.

Masa untuk kita berengang seketika,

Membawa diri dan tujuan yang belum pasti apa hasilnya.

Tetapi yang tentu hanya untuk kebaikan diri sendiri.

Sampai ketika buat diri kita menginsafi,

Dek ‘pakuan’ roll call di malam hari.



Tetapi kami bergelar ikwah,lelaki.

Mustahil hilang nakalnya.

bergurau sapa,terus kembali bermain lagi.

Kali ini sana sini.Berbumbung yang sama.

Naik turun imarah dibuatnya.

Tiada sia panjangnya cable melampai tinggi.

Manjadi medan hubungan kami.

Bertingkat-tingkat,semalaman suntuk kami meloncat-loncat.

Hanya kerana ‘tusukan’ pertama button permainan computer,

Berjela-jela league direka.Habis korban malam tiada terkira.

Perkara biasa.



Namun begitu,

Biarpun ‘permainan’ kami pasti tiada penghujungnya,

Tujuan dan niat kami setia.

Anatomy, physiology, biochemistry dan histology

Tetap bersama.

Doktor-doktor kesayangan tak akan kami lupa,

Dihormati dan dituruti katanya.

Kerana matlamat dikejar mengharap kejayaan di akhir sana.



= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =



Untuk Akram dan Izzat,

Terbanglah..

Teruskan perjuangan!, kalian tetap teman setia kami.

Ingatlah,masa depan kalian masih cerah di depan sana.

Tiada yang terbaik melainkan Dia yang telah menentukan itulah yang terbaik.

Bawalah kenangan kita bersama. Biarpun corat-coretnya hanya seketika, tetapi sangat bermakna.



-Mesti korang akan rindu aiskrim depan gama’ah :D ngeh2

-BBQ,krib (lambang zagazig) pastinya tiada lagi.

-Jangan serik naik jatuh turun tremco




Kami semua mendokan..