Friends Story

Tuesday, May 26, 2009


Dia takdirkan kita bertemu disini.

Bertegur sapa, berkenal-kenal dan bercerita.

Dalam satu perjalanan jauh yang sama,

Masih di awan biru, menghitung hari,

Menuju ke bumi dan berserta azam yang baru.



Mesranya kekal sampai disini.

Memulakan hidup baru, dibumi yang baru,bumi mesir.

Kita bangun dan teguhkan segala yang rapuh,

Hingga serba kurang kami tangani bersama.

Tiada yang mustahil katanya, cuba sedaya upaya.

Percayakan rezeki kita disini,kita usaha..



Hari bersilih hari,

Tiba pengajian bermula.

Masa untuk kita berengang seketika,

Membawa diri dan tujuan yang belum pasti apa hasilnya.

Tetapi yang tentu hanya untuk kebaikan diri sendiri.

Sampai ketika buat diri kita menginsafi,

Dek ‘pakuan’ roll call di malam hari.



Tetapi kami bergelar ikwah,lelaki.

Mustahil hilang nakalnya.

bergurau sapa,terus kembali bermain lagi.

Kali ini sana sini.Berbumbung yang sama.

Naik turun imarah dibuatnya.

Tiada sia panjangnya cable melampai tinggi.

Manjadi medan hubungan kami.

Bertingkat-tingkat,semalaman suntuk kami meloncat-loncat.

Hanya kerana ‘tusukan’ pertama button permainan computer,

Berjela-jela league direka.Habis korban malam tiada terkira.

Perkara biasa.



Namun begitu,

Biarpun ‘permainan’ kami pasti tiada penghujungnya,

Tujuan dan niat kami setia.

Anatomy, physiology, biochemistry dan histology

Tetap bersama.

Doktor-doktor kesayangan tak akan kami lupa,

Dihormati dan dituruti katanya.

Kerana matlamat dikejar mengharap kejayaan di akhir sana.



= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =



Untuk Akram dan Izzat,

Terbanglah..

Teruskan perjuangan!, kalian tetap teman setia kami.

Ingatlah,masa depan kalian masih cerah di depan sana.

Tiada yang terbaik melainkan Dia yang telah menentukan itulah yang terbaik.

Bawalah kenangan kita bersama. Biarpun corat-coretnya hanya seketika, tetapi sangat bermakna.



-Mesti korang akan rindu aiskrim depan gama’ah :D ngeh2

-BBQ,krib (lambang zagazig) pastinya tiada lagi.

-Jangan serik naik jatuh turun tremco




Kami semua mendokan..

0 comments:

Post a Comment