3 Benua

Tuesday, May 26, 2009


Di sini,

Semalam,senja yang sayu sekali..

Tatkala hanya beberapa minit sahaja menunggu matahari terbenam , menunggu berkumandangnya azan maghrib. Dibawah, tiada lagi kanak-kanak arab bermain. Di sudut sana,di tengah bendang kelihatan petani sudah berkemas-kemas untuk pulang ke rumah masing-masing. Semuanya kelihatan letih.sayu..sama seperti disini.

Terjaga dari tidur. Kali ini entah mengapa,mungkin gara-gara ‘ujian jasad’ belum pulih sepenuhnya. keletihan tidak mengira masa dan tempat. Mungkin juga kelas yang semakin pack dan timbunan test yang berantai hari-hari.Seperti biasa celik sahaja mata, telefon bimbit yang dicari dahulu. “Kemana semua?” Terfikir kejap. Sunyi sahaja rumah. Tak mengapalah.

2 message received’

“Abg farhan,online sekejap,nak cakap”, ringkas sahaja

“Online,tunggu pukul 9 waktu sana”,dari jauh

“Allahuakbar..Allahuakbar…” (azan)

= = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Di Malaysia


-9 jam sebelum mesej diterima-

“Alhamdulillah..baik-baik sahaja.sihat…”

“InsyaAllah..alan akan cuba..insyaAllah..”

“Doakan alan dan jangan lupa sampaikan salam pada semua ye”

“Assalamualaikum..”

Pagi tadi,buat kali pertama terima panggilan dari orang Kajang. Hendak meloncat rasanya bila handset ini berdering (control) :D

Gembira rasanya dapat khabar dari mak,abah dan semua. Bukan sebab jarang bertanyakan khabar orang disana. Tapi kali ini terbalik pula. Orang sana yang call bertanyakan disini.3 hari yang lalu termasuk hari ini kesihatan kurang memuaskan dan kebetulan pada malam tadi kak kiah buzz lagi menanyakan soalan yang sama (ada soalan ‘maut’ lagi) :)Niat hanya nak melepas mengadu pada kak kiah kata diri punya badan tak beberapa sihat, keesokkanya sampai terus berita pada ummi. (laju betul, lebih laju dari pemberita pulak tu).Tak tentu keruan dibuatnya sampai risau-risau. Maklumlah,sekarang banyak penyakit lagi semua jadi tak tentu arah.Menitis air mata juga bila kenangkan semula peristiwa di corong handset semalam. Hingga begitu keperihatinan ummi.Lama kelamaan, alhamdulillah dapat juga ditenangkan. Sayang orang disana sangat-sangat.

“Pasti ini ujian dariNya..”

“Dia yang memberi ujian, dan Dia jugalah yang mengubatinya”

“Tabah..”

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Di Moscow

-3 jam selepas mesej diterima-

“Buzz!”,kak kiah memang begitu. Bukan nak bagi salam dulu.

Seperti biasa bertanyakan khabar (padahal sudah tahu orang disini tak sihat).

“Sejuk disini 11 celcius”, katanya walaupun sekarang sudah masuk musim bunga.

Nampaknya berbantalkan bunga-bungalah anda disana ye :D

Lama juga tak berborak dengan kak kiah. Setiap kali chat ada sahaja nasihat dan tips-tips yang berharga.“Sekarang tengah musim exam disini,masa tak menentu.”,katanya.Serba salah dibuatnya bila chat lama-lama . Manakan tidak, pada tahun 4 ini dia sibuk dengan practical dan klinikal di hospital. Masa yang terluang amatlah terhad. Untuk fokus pada exam lagi.


“Doakan akak disini dapat jawab dengan baik”

“InsyaAllah..kita doa sama-sama”

“Jangan lupa hari ‘istimewa’ye,sekadar mengingatkan”.Kak dah buat,tiba giliran Farhan pula” tambah lagi.

“Farhan ingat..”

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Perbualan yang ringkas tapi padat dengan nasihat dan kata-kata semangat.

Alhamdulillah, ‘ujian jasad’ akhirnya selamat dirawat :)

Hari ‘istimewa’ juga selamat disambut dengan ceria sekali walaupun tanpa kami berdua :)

(nampaknya berjaya)


Kesimpulan bagi penghujung bulan ini:

*Selamat hari jumaat (1 Mei)

*Selamat hari pekerja

*Selamat hari Ibu

*Selamat hari ‘istimewa’

*Selamat berjuang (exam disini)

*Selamat bercuti (budak sekolah)


Selamat untuk semua disana & untuk semua disini..

Terima kasih..


-Entry ini berkisah hari ‘istimewa’ untuk insan istimewa- :D

0 comments:

Post a Comment