Kanak-kanak membesar (Cerita I)

Monday, July 13, 2009


Salam w.b.t



Dulu, zaman kanak-kanak. ya, semestinya farhan memang nakal dan lasak. Bermula masa menetap di Damansara dulu, berlari sana sini waktu petang, suka kacau anak jiran sebelah dan lewat pergi kesekolah adalah satu yang biasa la. Sampaikan mak yang letih balik dari sekolah pun tak larat dah nak angkat rotan atau kadang kala itu hangar baju yang menjadi mangsa . Tak cukup lagi, adik-adik di rumah kena buli pula. Mentang-mentanglah abang kakak dah kesekolah berasrama ,jadi masa inilah nak jadi hero kononnya :p Di Al huda Gombak, ustaz ustazah sudah tahu semua itu. Tapi tak la nakal yang bukan2.betul tak b.ayi :) paling teruk pun malas nak pakai kasut sekolah sejak masuk waktu zuhur hingga tamat waktu sekolah di petangnya.

-pastinya kenangan itu tak akan aku lupa-


Dulu, zaman menigkat remaja. Sifat kebudak-kebudakan yang lalu itu sudar semakin pudar. Kadang kala juga sifat itu tenggelam timbul bermain bersama sifat keremajaan yang mahu membangun. Disini.aku mula mahu berdikari :D terkenangkan memori di AlFalah dulu. Sesuatu yang paling aku ingat hujung minggu kami luangkan masa di pantai kuala kutip gemis atau ketam.pastu upah orang kampung rebus dan pada malamnya makan bersama. Kuat betul ukhwah kami ketika itu. Dua tahun selepas itu, selepas aku meniggalkan sijil SMRA di AlFalah,aku berpindah ke Tun Perak di negeri yang sama sekolah tempat aku menuntut ilmu-ilmu baru :) kini sudah berada di sekolah yang punyai banin dan banat, memang kekok dibuatnya.tak tipu. Disini aku mengenal erti pelajaran itu sendiri. Hinggalah aku meniti satu tangga naik kesatu tangga tertinggi di puncak alam persekolahan.

-pastinya pengajaran mereka tak akan aku lupa-


Kini, umur semakin meningkat dan membesar dewasa. Masa yang sudah berlalu banyak mengajar erti syukur kepadaNya. Pastinya tiada lagi masa untuk berkata kosong dan sia-sia. Kerana semakin besar kita maka semakin besarlah tanggungjawab yang dipikul. Apatah lagi tanggungjawab itu adalah menegakkan kalimah Allah dan dakwah yang berterusan kepada mereka di luar sana. Walaupun ianya tak seberapa, tapi setakat yang dapat disampaikan atau menyedarkan sesuatu kearah yang ma’aruf pun sudah memadai. Janji berkat dariNya pasti ada.


==================================


“Mira nanti besar-besar nak jadi apa?”

“nak jadi..hmm..”

“jadi apa?..” (senyum)

“jadi...jadi pakteh la”

“jadi pakteh?..nak jadi macam pakteh?”

“haa..kalau pakteh jadi doctor?”

“Mira pun jadi dokter kot.!”

Pandai ye budak ni. Takut pakcik dibuatnya:p



Kanak-kanak sedang membesar & cepat belajar :)

NurMirrahNashihin,Nur’AliyahSyakirah,NurIrdinaSofiah



Ini belum update. Sekarang sudeh pandai berlari la pakteh:D



==================================


- Kak kiah buat apa ye di rumah? Dengarnya dalam practical lagi. Kali ini dekat mana? SMC lagi?.

-rindukan sekolah2 lama sampai mimpi melangit :D

-kanak-kanak dirumah cepat membesar ye!



wallahu'alam

-2 b continue-



0 comments:

Post a Comment