Salam w.b.t
Sabtu yang lalu, awal pagi lagi kami dah bersiap2 untuk ke Mansurah. Doc syam senior tahun 3 itu pagi2 lagi dah tunggu kat bawah rumah. Ikhwah akhwat tunggu di mau’af mansurah dah tunggu awal2 lagi. Itulah beruntungnya duduk seimarah dengan Pengerusi ini, apa2 ikut dia je.tak yah risau:p Erkk, kami dari Zagazig ya,kami tak ramai jika nak dibanding dengan mansurah yang 3x ganda itu. Tak apelah, pergi sahaja walaupun sedikit. Janji jangan lupa identity kita Medic Zagazig yang sikoh belaka ini! :D Hari ini 11 Julai 2009, bertempat di dewan malakiah Mansurah bersebelahan dengan istad Mansurah. Ini event besar kot. Ya, mungkin. Jadi, sony suki aku ini mana boleh tinggal. Kita pukul gambar banyak2 ye. Untuk pengetahuan sahabat2 yang tak ‘berkesempatan’ untuk turut serta dalam seminar ini, seminar ini adalah seminar julong2 kalinya buat di Mansurah. Kiranya muhafazah ke-2 lah yang buat event grand selepas kaherah ni kan. Tahniah2!, seminar kali ini bertajuk Seminar Perubatan Islam. Great & interesting bukan?, lama tunggu program2 macam ini. 1st time tuu…
Perjalanan ke Mansurah memakan masa 1 jam 30 minit rasanya. Tapi kalau perjalanan masuk ke negerinya, Daqhiliah itu tak la lama sangat hanya 30 minit sahaja. Lagi 1, sepatutnya boleh sampai lebih awal disana tapi disebabkan kabus tebal yang menutup jalan menyebabkan ammu Peugeot yang bawa kami sering kali tersengguk kedepan kebelakang sebab jarak penglihatan yang dekat. Itu yang melembabkan perjalanan ‘krew’ kami. Setibanya di Mansurah, jam waktu itu 7.45 pagi mata aku jadi liar toleh kiri kanan(Eh,bukan liar yang bukan2) tapi nak cari patung ramsis yang menjadi kebanggaan setiap warga muhafazah itu. Kalau ikut dalam blog PCM memang dah betul dah. Patung ramsis di depan dewan dan disebelahnya istad muhafazah. Ya, betul!, suruh ammu tu turunkan kita disini. ‘ya amm,alagambin hina!.’mashi2’. Nah, thalata wannus genih (3.50 L.E). wah..murah aje…
Ok, udah berceloteh lagi, ambil fail kertas kerja dan masuk kedalam ya. Mahu tumpu betul2 seminar ini. Berharga ini setahun sekali sahaja :)
Selamat datang ke PERSIS ’09 Mansurah
Ini ramses versi zagazig depan ZU (muhafazah kita pun adak jugak :p)
Just to compare- mansurah(brown),zagazig(cokelat)
Dewan prestij malakiah- tempat seminar berlangsung
Ucapan perasmian daripada Naib presiden I PERUBATAN.
Beliau senior 4th year Universiti Kaherah (idola ni)
Dewannya sangatlah romantic (lampu oren). Khusyuk mendegar.
Alhamdulillah, seminar berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis penutup pada jam 6.30 petang yakni sesi terakhir sesi peluang untuk peserta melontarkan sebarang kemusykilan.
Kesimpulannya, PERSIS ’09 Mansurah memang sangat memuaskan sebab banyak input yang dapat. Terutamanya berkongsi pendapat dan ilmu dengan pelajar perubatan seluruh Mesir dan pelajar pengajian islam yang berkaitan dengan ibadah pesakit. insyaAllah semoga program begini akan berterusan untuk masa akan datang.
=============================
‘Eh, lupa pula nak isi borang survey’
‘Naim,komen simple2 sudeh’
Antara soalan yang ditanya dalam borang tersebut:
Perkhidmatan : baik – memuaskan - cemerlang
Fasiliti : baik – memuaskan - cemerlang
Cadangan : buat lagi best untuk akan datang. Tepati masa dan penyediaan fasiliti haruslah lengkap untuk keselesaan bersama (utk kami yang duduk di bawah-student zagazig & cairo)
Sebelum majlis melabuhkan tirai,
Terima kasih, syukron kepada semua yang hadir
-cairo,zagazig,tanta,Alexandria ke mansurah
Salam w.b.t
0 comments:
Post a Comment