Salam w.b.t
Hari ini, hari rabu 22 Julai 2009. Awal subuh mata ini dah terjaga walaupun malam tadi hanya tidur sekejap. Semuanya gara-gara pulun habis2 topic COP (cardiac output) yang diajar pagi semalam. Betul, Khamis ini ada test cvs lagi dan isnin depan ada test respiration. Nampaknya sejak dua menjak ini Farhan dah ketandusan idea nak tulis entry. Tak tahu kenapa (exam mood). Mana taknya,hari demi hari dia memangkah countdown calendar kat dinding bilik dia tu. Oh exam..Jadi, sekali lagi asyik letak gambar dan tulis diari seharian jelah. Memang betul kan, bila dekat2 nak exam semuanya jadi tak tentu haluan. Makan minum,tidur, bilik sepah2 semua tak teratur. Masa inilah Allah nak uji kita sebenarnya sejauh manakan keyakinan kita kepadaNya. Bukanlah menjerit tak tentu pasal atau memberontak pukul kepala sana sini.ish. tapi mendekatkan diri,selalu berdoa dan solat sunat mohon ditenangkan hati jiwa dan dipermudahkan segalanya.Amin~
Pagi ini ada kuliah anatomy macam biasa, katanya nak sambung mana2 yang tak habis semalam atau nak tanya apa2 soalan & kemusykilan pada Mr.Anatomy. last chance in lecture dah ni. Lepas ni nak jumpa lecturer dah susah. Jadi, kene pulun kelas harini masak2. Tadi revise balik topik muscle at chest, bone on the thorax & practical. Sekali lagi pegang cadaver dan organ harini. Puas betul!, geram sebab masa lecture dulu susah nak pegang asyik lecturer je yang mengadap.pastu tunjuk2 gitu je. Masa revise organ kat lab, Mr.anatomy (Dr.Joseph) cakap harini lecturer dan lab terakhir. Aku terkejutlah. Rasa macam tak puas je study anatomy selama ini dan sekarang kelas terakhir. Ya, betul,yang terakhir.. khatam dah empat buku Sameh Doss ,upper limb,thorax,abdomen & pelvic. lepas beberapa minit yang berlalu mr.anatomy tinggalkan kami. Katanya ada kerja nak dibuat. Jadi, pandai2 la ek jaga ‘benda2’ tu katanya. Aku, Naim,Hadi pun apalagi, kami jalankan tugas macam semalam. Revise cadaver untuk upper limb dan organ (lung,liver,spleen,kidney) berkali2. senang.sebab nak bagi ingat betul2 dan tak panic masa practical exam nanti.. Alhamdulillah,rasa seronok sebab semuanya hadam dengan baik. Cadaver, organ & jar, see u again in exam..
Khamis lalu, 16 julai. Buat kali kedua revision slide histology. Kiranya tengok semua slide yang dah belajar selama ini, whole textbook (Cells,tissues,bones, cartilage & systems). Doctor cakap exam practical histo nanti akan ditanya jenis slide (EM or LM), lepas itu ‘ what type of cell/tissue/bone/ cartilage/system?’.itu sahaja. Erkk, ‘remember you can’t touch the slide and put your hand back ok’. Ala, macam kena tangkap dengan polis la pulak. Ish2, tak pelah.exam instruction kita ikut je. Nanti kena potong markah pulak sendiri yang menyesal. Ok, berbalik cerita dalam lab histo tadi. Revision kali ini tengok EM picture dan identify 1 by 1. Baik betul doktor kan.exam nanti guna picture tu jugak. Jadi, kena ingat betul2 setiap gambar dan its label. Lepas habis pusingan pertama, kali ini kena berjalan dari depan kelas ke belakang pulak.ha.. tengok LM picture la. Tengok satu2 slide kat microscope & try to identify (seperti soalan yang saya nyatakan diatas). Ada itu,sesetengah microscope tak nampak apa2 sebab slide lari. Yela, masing2 tangan gatal nak pusing fine adjustment dan light mirror! Cekap sungguh budak group c ini guna LM kan:)
2 jam yang berlalu tak terasa,cepat masa berjalan. Jalan depan kebelakang kedepan balik kebelakang semula.macam main pusing2 dah dalam lab tu. Di depan sana akhwat bincang dengan lecturer tentang contoh practical sheet dan exam time.(dapat tahu dari kak dzarifah). Ikhwah pula di belakang borak2 pasal histo. Yeke?.eh,betul!. Selesai semua sesi, kami dibenarkan pulang. Tapi beberapa minit sebelum itu, mrs.histo cakap ‘this is last lecturer and last lab’dan semua doktor mengharap yang terbaik dari group kami. Ya, group c insyaAllah akan buat yang terbaik untuk mr.& mrs. Histo!. Selesai sudah cerita yang terakhir histo kali ini. Sedih, terkejut dan takut semua ada. Apa2 pun,Alhamdulillah histo yang lalu dapat hadam dengan baik juga seperti anatomy:). Slide & picture, see u again in exam..
====================
‘Naim, kita pulun habis2 lah histo ini’
‘Banyaknya jar yang nak kena cover,huu..jangan merungut!’
Tak boleh jadik ni,
‘Gambatte histo, anatomy!’
==========================
Sini, secara tak rasminya kami mengucapkan
شكرأ جزيلا فى دكتور و دكتورة بكلية طب جامعة زقازيق
*Daripada kami Group C, 1st year 2009-Malaysian student*
p/s : Doakan kami cemerlang mumtaz imtihan sanawi nanti.
p/s lagi : Erkk, maaf pada lecturer semua sebab address blog ini xsampai pada kalian.
p/s akhir: Terima kasih lecturer,pakcik2 faculty dan kawan2 yang membantu masa dalam kelas yang lalu. Terima kasih sekali lagi.
Amin~
Salam
To be continued
0 comments:
Post a Comment