Syafiq & Hamidy
Ceritanya bermula 19 tahun yang lalu, ketika umur abah dan emak masing-masing 37 dan 36 tahun masa tu. Sekitar tahun 90-an, masa tu abah masih berkerja sebagai pengarah koperasi negeri. Memang sibuk betul abah waktu tu. Dari Pengarah Koperasi Negeri Melaka lepas tu ditukar ke Kedah dan akhirnya ke Wilayah Persekutuan KL. Kiranya naik turun semenanjung tu dah jadi asam garam abah. Mak pula bekerja sebagai seorang guru sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong. Memang pekerjaan mak dari awalnya seorang guru sebelum kelahiran saya kami.
Hinggalah pada waktu tu, pada tahun 1990 farhan dilahirkan..diikuti Syafiq pada 1992 dan Hamidy 1993. Jadi, kami anak kuala lumpur la. Syukur, kami bertiga dibesarkan disana dengan baik oleh mak abah. Kata mak, jarak tarikh kelahiran kamu dekat masing-masing selang setahun setengah. Aku pun buat kira-kira nak kepastian dan hasilnya memang betul pun. Jadi, bila kami keluar bertiga selalu orang akan kata kami kembar tiga. Memang seronok kami masa kecik dulu. Makan bertiga, pergi sekolah bertiga dan paling comelnya kadang kala baju kami juga mak abah beli fashion yang sama.
Pernah dulu, masa di tahun 3 di Al Huda,ABIM aku ikuti program tamrin(program kerohanian) disekolah pada setiap hari jumaat dan pulang pada keesokkan harinya. Program itu wajib dan bila Syafiq dan Hamidy di tahun 3 nanti pun akan kena juga. Jadi, pada hari sabtu tu abah ajak adik-adik pergi beli baju di Jusco 1 utama tapi aku tak ada. Kali ni mak kata lagi, ikut size Apit (Syafiq) je, size Apit kan sama dengan abang alan. Eh, macam mana kami boleh sama sedangkan aku abang dan Syafiq adik. Memang dari kecik kamu macam itu kata mak. Begitu juga dengan Hamidy, kadang-kadang nak ke sekolah tak ada kasut aku pinjam kasut dia. Memang muat fit-fit je. Beruntung kami masa tu tak banyak menyusahkan mak abah.
Sebenarnya, aku nak view gambar kami masa kecik dulu. Masa tu kami di kampung mak di hutan percha, Melaka. Tapi, tak ada rezeki sebab gambar tu ada dalam album dirumah. Jadi, kena scan dulu dari orang sana. Tak pelah, nanti entry akan datang aku serta sekali.
===============================
Hari ini, 25 julai 2009 genap sudah 16 tahun Hamidy. Midy lahir pada tahun 1993 dan merupakan putera terakhir daripada Ahmat Murtza dan Siti Sara. Begitu juga dalam adik beradik kami dia yang paling bongsu. Nampaknya adik bongsu aku ni dah besar. Maka, semakin besarlah harapan aku pada dia.
Midy,
Abg alan disini sentiasa mendoakan Midy
Umur, kesihatan, kejayaan kamu juga
Kamulah satu-satunya adik terakhir abg
Adik yang menjadi harapan keluarga & semua
Jadilah muslim yang kental dan berani
Tak gentar dengan cabaran di hadapan
Jangan bimbang.kamu masih muda,
Jadi, janganlah sia-siakan hari-harimu sekarang
Usaha untuk yang terbaik untuk kami semua
Abg tahu kamu boleh!
kerana,
Midy lah adik Alan
SELAMAT HARI LAHIR a.k.a HAPPY BIRTHDAY a.k.a SANAH HELWAH
Pada MIDY ke 16 tahun!,
Alan rindu pada korang semua la :)
Erkk,kenapa masa di Malaysia dulu tak pernah rasa nak cakap camtu ek.haa..
==============================
0 comments:
Post a Comment