Masih disini.
Exam yang sudah semakin hampir. Lain pula buat mereka yang akan berangkat meniggalkan Cairo malam ni, Farhan doakan selamat pulang semuanya. Kepada group c 1st year, kita sudah semakin dengan ujian kita. Tak lupa juga, dalam usaha kita tersebut ada ujian yang lebih penting, ujian dari Illahi. Sesungguhnya itu yang mendekatkan kita kepada apa yang kita impikan.
Malam tadi,sibuk baca buku sampai terlena tepi katil. hingga misi malam yang aku target tadi tak tercapai sepenuhnya walaupun hanya sikit lagi nak habiskan topic thorax tu. Kalau nak dikira peratus persediaan aku untuk exam nanti hanya ada 50% sahaja. Memang masih banyak fossa2 yang belum aku sediakan secukupnya..masih banyak kekurangan lagi.Sampailah satu saat, aku terfikir seketika. Fikiran sedikit melayang, tak pernah lagi perasaan ni datang sebelum ni. Apa yang aku rasakan sejujurnya berat sungguh amanah yang diberikan kepada diri ni..Apakah betul niat aku sebelum ni?, apakah aku telah jalankan niat itu dengan baik sejak kaki ini berpijak di bumi yang diidam2kan selama ni. hinggalah aku yang sekarang adalah amanah dari Allah s.w.t, memegang amanah dan janji2ku pada ibu bapa, keluarga serta masyarakat disana. Bagi aku, leka yang seketika tadi penuh bermakna dan banyak mengajar erti menghargai diri.Hingga beberapa minit kemudian, aku tekun sambung study semula tanpa disedari air mata berlinang di pipi. Ya, mungkin aku amat sensitif bila berkata tentang amanah yang terselit dalamnya mengigatkan semula pada ibu bapa yang banyak berkorban selama ni serta paling besar sekali amanah dariNya.
Berehat seketika
Muhasabah
Mahu hilangkan sedih @ cari alternatif semangat
=======================
Otak ni sudah tepu. Bagai jika disumbat dimuntah kembali. Sampai satu tahap otak ni sudah terfikirkan Kishyo, terfikir nak makan, nak jalan2 diluar dan sebagainya. Hinggalah akhirnya Kishyo juga jadi pilihan. Kali ni aku capai satu topik dari cik Moskv yang dirindu sekian lama. Apa katanya?,sekarang sudah di Malaysia dan banyak cerita2 baru mahu dikongsi bersama. Yang terbaru,katanya tentang penemuan atau kajian yang amat unik dan agak complicated untuk dihuraikan.(lbih kurng camtu la aytnya). Hingga memakan masa juga untuk aku membacanya.
Leka lagi.
Terus baca,
Terasa agak sesak dengan topik tersebut, beralih topik yang lain,atau artikel yang lain, kemudian jika sesak dengan artikel tersebut, kembali dengan topik yang asal.
Begitulah rutin membaca.
Kembali ke topik asal. Sengaja cik Moskv pusingkan lagi otak orang sini..
++Berikut adalah topik yang asal yang Farhan tertarik :
Saya ada membuat kompilasi artikel-artikel Dr Zamzuri Idris, seorang saintis muslim, juga seorang doktor , neurosurgeon , dan lecturer.
E=mc2 adalah teori Einstein yang paling popular, dengannya bom atom tercipta.
Melalui E=mc2 jugalah, physic akhirnya bertemu dengan PENCIPTA segalanya. Allah Yang Maha Bijaksana.
Dalam kompilasi artikel-artikel beliau, gabungan sejarah, alam semesta , dan physic dicantum.
Sangat menarik.
Indah.
Teruja.
Tiada kata yang terungkap membaca penerangan beliau.
Mungkin ada sedikit kesilapan dalam menyusun susunan artikel, tapi masih tidak lari dari membentuk kefahaman.
Ebook E=mc2 bertemu Tuhan klik di sini
Jika kalian ada sedikit masalah untuk memahami apa yang dituliskan, elok membuat sedikit bacaan tentang
1. the general relativity
2. the quantum mechanic
Cari dekat pakcik google atau yahoo.
==========================
p/s: Semoga diri ini semakin dekat denganNya
Selamat Membaca. & wallahualam
Mahu sambung study semula.
0 comments:
Post a Comment