Sedikit perkongsian bersama sesama kita selaku syabab (pemuda/di) Islam.
فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم. ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار.
MUQADDIMAH.
Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah.Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan.
Sabda Rasulullah saw.
أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.
Maksudnya:
Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.
Sabda Rasulullah saw.
إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة.
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )
Generasi Muda sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah. Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta ini adalah jelas kerana: antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)
Generasi Muda tak selayaknya alpa dibuai mimpi dan impian palsu, sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.
Sabda Rasulullah saw.
و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”
Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata:إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرفالجاهلية
“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”
CABARAN UTAMA YANG PASTI DIHADAPI.
Paling minima, cabaran utama yang akan ditempohi oleh generasi muda dalam membentuk dan membina kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah:
Ø Sukar untuk mencipta Isu
Ø Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul
Ø Isu membalikkan arca negatif ( back fired )
Ø Sifat Isu yang mudah luput
Ø Tidak menafsirkan isu dengan tepat
Lantaran itu, Generasi Muda sewajarnya memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini, suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan Isu yang tajam dan berpengalaman.
Tanpa persiapan sedemikian, Generasi Muda akan terperangkap dalam manipulasi musuh yang amat licik. Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh.
Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu kerana menyedari “jiwa kepemudaan” Generasi Muda mudah dipengaruhi.
(إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ ( رواه الحاكم
Maksudnya:
Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain: Hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu, mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu.
Sabda Rasulullah saw:
لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ: عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه.
Maksudnya:Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara:Ke manakah dihabiskan umurnya, bagaimana ia manafaatkan usia mudanya, dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya.
( Riwayat At- Tarmizi )Antara isu yang menguji keperihatinan Generasi Muda hari ini, sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran, keruntuhan moral, dan tentangan pemerintahan sekular.
Perkongsian :Copyright Ust Nasruddin Hassan Tantawi
0 comments:
Post a Comment